27 November 2013

TERKINI! KERAJAAN YINGLUCK BAKAL TERBUBAR?!!!!

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Thailand isytihar darurat


Anggota polis berkawal selepas kumpulan Baju Kuning merempuh pengadang bangunan kementerian.

BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand mengisytiharkan perintah darurat di sini, semalam susulan rusuhan penunjuk perasaan anti kerajaan dan polis, sejak Ahad lalu.

Pengisytiharan dilakukan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra selepas penunjuk perasaan terdiri daripada kumpulan Baju Kuning ‘menawan’ Kementerian Luar dan Kementerian Kewangan serta mengepung bangunan Jabatan Perhubungan Awam.

“Pencerobohan premis kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Tindakan ini menyebabkan kakitangan awam tidak boleh melaksanakan tugasan," katanya.

Menurutnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasakan di wilayah Samut Prakarn di mana terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.

Media tempatan melaporkan, sehingga malam tadi, ribuan penyokong Baju Kuning terus berkubu di sekitar pejabat kerajaan sebagai mendesak pemimpin itu supaya berundur.

Yingluck enggan bubar Parlimen

Semalam, Yingluck sekali lagi menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan atau membubarkan Parlimen walaupun didesak melalui demonstrasi mega.

“Saya tidak berniat meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen. Kabinet masih boleh berfungsi, walaupun kita menghadapi kesukaran,” katanya.

Sementara itu, Persekutuan Industri Thai (FTI) dan Jawatankuasa Perdagangan Swasta, Industri dan Perbankan (JCCIB) mengadakan mesyuarat tergempar mencari jalan meredakan keadaan termasuk menggesa kerajaan supaya menimbangkan semula keputusan pembubaran Parlimen.

Menurut Agensi, pengerusi FTI Payungsak Chartsuthipol berkata, pihaknya mahu sektor perniagaan kerajaan turut sama campur tangan dalam menyelesaikan konflik ini.

“Kami percaya, pembubaran Parlimen dapat meredakan ketegangan tetapi keputusan adalah terletak kepada kerajaan,” katanya.

Ketegangan di Bangkok tercetus selepas kumpulan Baju Kuning mendakwa, Yingluck cuba membawa pulang abangnya, Taksin juga bekas Perdana Menteri ke tanah air melalui usul undang-undang pengampunan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...