25 November 2013

PANAS ! BAS PERCUMA SELEPAS AIR PERCUMA......SAH SELANGOR AKAN MUFLIS.....


Bas percuma: Rakyat diutamakan, warga asing kena bayar

Selepas TS Khalid membuat tawaran kepada 4 syarikat konsensi Air Selangor sebanyak RM9.60 Bilion.....dari mana wang untuk ini......kemudian nak bagi tambang bas percuma pulak... Bagaimana kecekapan beliau menguruskan ekonomi...rakyat selangor tidak silap memberi mandat 5 tahun lagi kepada beliau dan pakatan rakyat..

Jadi kalau beliau sebagai menteri kewangan pusat, bagimana.....lu fikirlah sendiri...


SHAH ALAM 24 NOV : Kerajaan negeri disaran mengenakan bayaran kepada warga asing bagi perkhidmatan bas awam percuma yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata langkah itu harus dilaksana bagi mengelakkan bas awam percuma disalah guna warga asing.



Katanya, kutipan bayaran ke atas warga asing itu juga boleh digunakan bagi tujuan penyelenggaraan bas berkenaan dan adil kepada rakyat tempatan.

“Warga asing perlu dikenakan bayaran demi mempertahankan hak rakyat tempatan dan pada masa sama, tambang itu dapat digunakan untuk tujuan penyelenggaraan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Suee Lim berkata, walaupun terdapat dakwaan mengatakan bahawa perkhidmatan bas awam percuma memberikan kelebihan kepada warga asing, inisiatif itu perlu juga dilaksanakan untuk rakyat tempatan sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan bertanggungjawab.

“Sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan bertanggungjawab, Selangor tetap akan menjaga kebajikan rakyat tidak kira jumlah yang menggunakan bas ramai atau tidak,” katanya.

Sementara itu, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, kerajaan negeri perlu mengkaji langkah bagi menetapkan beberapa peraturan dalam perkhidmatan bas awam percuma kepada warga asing demi keselesaan rakyat tempatan.

“Mungkin mereka boleh dikenakan syarat tertentu dan tidak salah jika diberikan percuma kerana warga asing itu juga pembayar cukai.

“Kita perlu sedar tidak semua tempat mempunyai ramai warga asing. Jadi perkara itu perlu diimbangi dan tidak boleh menyingkirkan mereka kerana golongan ini juga penyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini, kerajaan negeri bersetuju menyediakan perkhidmatan bas awam percuma dan pelaksanaan perkhidmatan itu akan diperluaskan ke kawasan luar serta pinggiran bandar jika permintaan meningkat di lokasi berkenaan.

5 ulasan:

fitri berkata...

Sy bab politik ni xpandai sgt. Nak kata tahu pn x jugak. Tp sbgai rakyat selangor, rasanya byk kemudahan dh dpt. Bil air xpyh byr, semuanya kurang. Xde apa2 pn lebih byr. Kira bgs la org awam xkira la dkt slgr tu dia sokong pas ke pkr ke umno ke, tp naik bus free. Nak bangkang kenapa? MB sy x ckp pn sokong pkr free.naik tp sokong umno kne byr. Yg ditekan kan adalah warga asing kene bayar. Apa yg x bgsnya?

otaklunyai berkata...

Negara Turkmenistan bagi rakyat minyak free (kalau kena bayo pun 30 sen sana seliter), letrik free, air free, tepung (makanan asas) free, tak bankrup pun... sebab pengurusan negara yg betul dan baik. kalau setakat bagi tambang bas free... tak da hal bagi kerajaan Pakatan di Selangor... tapi saya setuju jika pendatang haram/asing di kenakan bayaran. sebab dia orang ni bibawa masuk oleh org2 yg bukan calang2 punya pengaruh... buat duit beribu-ribu juta beb bawa masuk pendatahg ni... bisness baik punya... tapi balanya rakyat tanggung...

Tanpa Nama berkata...

Rasanya x pyh bagi free tp kurangkan harga tambang sudah memadai. Takut nanti rakyat asing yg byk dpt menafaat ni...kalu nak free jugak boleh tp kerajaan negeri kena ada kaedah tertentu supaya kemudahan tidak disalahguna oleh rakyat asing.

Tanpa Nama berkata...

tak susah pun klu nak control utk rakyat dan warga asing... gunakan mykad utk bezakan rakyat tempatan dan warga asing.. cari sistem yg bole diaplikasikan..mudah ajer klu mahu..

hahaha berkata...

Tapi warga asing sekarang ni pun ada my kad.....mahatir dan JPN yang bagi guna waktu mengundi....guna kaedah lain la....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...