29 November 2013

ISU GAJI ADUN ! MENGAPA AZMIN MEMBANTAH DILUAR DEWAN.....BBC JADI KELAB KONGKALIKONG...

Kenyataan media (penuh) oleh SAMM seperti di bawah :


Kenyataan Media
28 November 2013

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong

Semalam SAMM Johor menjadi antara yang pertama menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap kenaikan gaji yang terlalu tinggi DUN Selangor di kala rakyat masih terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin mendesak.

Hari ini, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuklah komentar Ketua Pembangkang yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor membuat pusingan 180 darjah apabila Pengerusinya, YB Azmin Ali membuat kenyataan meminta pentadbiran Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan yang telah diluluskan semalam.

Persoalan yang ingin SAMM Johor lontarkan adalah mengapa semalam sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang.

Kelulusan kenaikan gaji ini bukanlah keputusan eksekutif semata-mata. Ia adalah keputusan kolektif kesemua ahli Dewan Negeri Selangor. Ia dibahaskan dan diundi untuk kelulusan. Maka, adalah tidak patut setelah pelbagai lapisan rakyat menyatakan bantahan termasuklah Ketua Pembangkang yang menyatakan bahawa kenaikan ini terlalu tinggi, barulah BBC tersedar daripada lenanya.

Atau apakah kenyataan Pengerusi BBC ini hanya untuk mengampu Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR semata-mata? Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut barulah BBC tersedar ataupun semasa usul ini dibahaskan semalam Pengerusi BBC tidak berada di dalam Dewan DUN sehinggakan beliau tidak menyedari usul kenaikan gaji ini dibahaskan?

Rasional perbandingan gaji Menteri Besar, Exco, ADUN, Speaker dan Timbalan Speaker dengan swasta bukan satu justifikasi yang boleh diterima pakai. Swasta atau korporat adalah merupakan organisasi yang berorientasikan keuntungan sedangkan pentadbiran Kerajaan lebih berorientasikan khidmat kepada rakyat. Jika rasional ini digunapakai, maka seharusnya seluruh penjawat awam Negeri Selangor perlu menerima gaji yang setara dengan sektor swasta.

Cukuplah bermain wayang. Rakyat tidak buta. Rakyat tidak pekak. Rejim Pakatan Rakyat jangan mengikut telatah rejim Barisan Nasional yang sering menghina akal rakyat. Apa yang boleh kita simpulkan BBC Selangor telah menjadi Kelab Kongkalikong. Apa yang sedang anda persembahkan ini jelas menghina intelektual rakyat.


Roslee Mohd Shariff
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
SAMM Johor


MB: Gaji yang ditolak ADUN akan disalur kepada rakyat

SHAH ALAM 28 NOV: Mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang menolak kenaikan gaji dan elaun boleh menulis surat kepada Kerajaan Negeri bagi menyatakan hasrat mereka.

Sambil menegaskan tiada penangguhan pelaksanaannya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan yang ditolak itu boleh dimanfaat untuk kebajikan rakyat Selangor.

“Keputusan sudah dibuat. Kalau ada ADUN yang tidak mahu terima, boleh kemuka surat dan kita akan gunakan untuk kebajikan rakyat.

“Kita bertanggungjawab penuh terhadap keputusan ini dan kini rakyat perlu semak sama ada wakil rakyat mereka menjalankan tugas atau tidak.

“Kenaikan berpadanan kerana tugas wakil rakyat berat dan mereka perlu bantu rakyat tidak kira masa. Kenaikan gaji telah dibentang dan semua ADUN bersetuju,” katanya.


Semalam, Abdul Khalid membentang cadangan kenaikan gaji dan elaun di Dewan Negeri Selangor (DNS), diikuti Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh membuka ruang perbahasan tetapi tiada siapa membantah kenaikan itu.

Sebaliknya, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Mohamed Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa hari ini menggesa Kerajaan Negeri menangguh pelaksanaan kenaikan itu tetapi tidak menyertai perbahasan sekalipun hadir.


Segelintir wakil rakyat juga dilihat meluahkan rasa kurang senang melalui twitter masing-masing sebaik sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi reaksi dalam isu berkenaan.


Kalau ada rizab RM2.7 bilion, apa salahnya naik gaji? – Shahbudin Husin

Oleh : Shahbudin Husin

Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini hangat diperkatakan. Ramai yang menyifatkan kenaikan yang diusulkan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan diluluskan oleh DUN Selangor itu terlalu tinggi terutama bagi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker yang hanya bertugas mempengerusikan sidang Dewan Undangan Negeri beberapa kali saja dalam setahun.

Struktur gaji baru itu ialah Menteri Besar daripada RM14,175 kepada RM29,250, anggota Exco daripada RM6,109 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Selain Anwar Ibrahim selaku Penasihat kerajaan negeri Selangor yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi manakala Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor turut membantah dan meminta ia ditangguhkan, beberapa pihak lain turut membantah.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menyindir bahawa kenaikan dengan mengatakan, gaji sebanyak itu, orang pekak, orang bisu dan golongan orang kelainan upaya (OKU) pun mampu menjadi wakil rakyat di negeri Selangor.

Beberapa pihak lain seperti pemimpin Umno, NGO pro Umno, Cuepacs dan lain-lain turut membantah kenaikan itu dan rata-rata menyatakan kerajaan negeri Selangor sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya diri sendiri.

Bekas MB Selangor, Abu Hassan Omar juga turut mengulas dengan menyatakan kenaikan itu tidak rasional dan tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Bahkan, katanya, ketika beliau menjadi Menteri Besar, kenaikan gaji dan elaun anggota pentadbiran kerajaan Selangor dan Adun tidak pernah dibincangkan kerana kerajaan pimpinannya ketika itu sentiasa memikirkan kebajikan rakyat. Ewah, ewah…begitu menyentuh kalbu kenyataan bekas MB Selangor ini yang kariernya berakhir kerana dinasihatkan berundur berikutan terdedahnya suatu skandal berkaitan dirinya.


Adun-Adun BN di Selangor pula bersikap double-standard di mana mereka hanya mempertikaikan peratusan kenaikan gaji MB, Exco, Speaker dan Timbakan Speaker tetapi mengalu-alukan kenaikan gaji bagi Adun dengan alasan beban tugas wakil rakyat tidak kenal cuti dan tiada istirehat di hujung minggu. Walaupun membantah tetapi bersetuju untuk kepentingan sendiri.

MB Selangor, Khalid Ibrahim bagaimanapun mempertahankan kenaikan itu dan bertegas ia tetap akan dilaksanakan sebagaimana dijadualkan. Katanya, kenaikan itu bukan saja mengambil kira beban tugas wakil rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan yang kian bertambah tetapi juga kerana dipersetujui oleh semua Adun BN dan PR sebelum ini.

Sambil mempertahankan kewajaran kenaikan itu, beliau berkata, ia dilaksanakan dengan menjadikan kenaikan gaji dan elaun anggota pentadbiran kerajaan negeri Sarawak pada Mei lalu sebagai rujukan dan perbandingan.


Kenaikan gaji yang diluluskan di Sarawak ialah Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000, Timbalan Ketua Menteri daripada RM11,500 kepada RM35,000, menteri kanan dan Speaker daripada RM9,000 kepada RM30,000, menteri daripada RM9,000 kepada RM27,000, pembantu menteri dan Timbalan Speaker daripada RM7,000 kepada RM21,000 dan Adun daripada RM4,500 kepada RM15,000.

Mukhriz Mahathir pula baru-baru ini turut menaikkan elaun Adun negeri Kedah sebanyak RM1,300.

Secara logik dan idealnya, kenaikan gaji di Selangor ini tidak ada salah dan cacat celanya, bahkan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab mereka. MB, Exco dan Adun bukan saja bekerja selama antara 16 hingga 18 jam setiap hari, bahkan mereka juga banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Orang sakit, isteri bersalin, bayar bil eletrik, anak mahu sekolah, anak kahwin dan pelbagai lagi, semuanya selalu diadukan kepada wakil rakyat untuk meminta bantuan.

Semua sumbangan dan bantuan itu adalah menggunakan wang poket sendiri. Dengan adanya kenaikan itu, ia pasti meringankan sedikit bebanan mereka.

Kenaikan itu sebenarnya bukan untuk kepentingan peribadi, keluarga dan anak isteri untuk membeli-belah dan membeli beg tangan yang mahal tetapi akan menjadikan mereka lebih selesa menabur khidmat bakti kepada rakyat.

Lagi pula, kerajaan negeri Selangor membuktikan kecekapan, kebersihan dan kurangnya ketirisan dalam pentadbiran sehingga mempunyai simpanannya kini mencecah sebanyak lebih RM2.7 billion. Ini merupakan suatu sejarah bagi Selangor dan tidak pernah dicapai oleh mana-mana era kepimpinan MB sebelum ini.

Memang betul ketika zaman Abu Hassan, beliau tidak pernah membincangkan soal kenaikan gaji tetapi tanyalah juga beliau, berapakah rizab kerajaan negeri ketika beliau menjadi MB Selangor?

Dengan rizab yang tinggi sekarang ini dan pentadbiran cekap yang terbukti, apalah salahnya kenaikan gaji itu. Tetapi kenaikan gaji selalunya akan diiiringi dengan peningkatan prestasi dan khidmat bakti. Anggota pentadbiran dan wakil rakyat Selangor juga pasti tidak banyak mengeluh lagi dengan adanya kenaikan ini. Inilah sebenarnya falsafah kenaikan itu.

Bagi Speaker dan Timbalan Speaker, walaupun kenaikannya agak tinggi berbanding gaji sebelum ini tetapi ia sebenarnya sesuai dengan status dan kedudukan mereka dalam sistem pentadbiran kerajaan. Dengan kedudukan gaji yang lebih baik, rakyat juga akan lebih menghormati kedudukan mereka.

Selain itu, kenaikan gaji ini juga mengurangkan berlakunya amalan rasuah dan tidak amanah dalam menjalankan tugas di kalangan anggota pentadbiran kerajaan. Lihatlah kedudukan MB, Exco dan wakil rakyat Selangor ketika era BN, walaupun gaji mereka tidak tinggi tetapi hampir semuanya diketahui mempunyai kehidupan yang mewah, rumah besar, kereta besar yang jika diukur secara logik, langsung tidak sepadan dengan gaji dan pendapatan mereka.

Di Singapura memang diketahui, Perdana Menteri dan menteri-menterinya mempunyai gaji paling tinggi dalam dunia tetapi lihatlah kecekapan dan kegigihan mereka dalam membangunkan negara itu. Bahkan kejadian rasuah yang melibatkan pemimpin kerajaannya hampir tidak pernah kedengaran.

Dalam kes Selangor ini, sewajarnya Khalid Ibrahim mempertahankan kenaikan itu. Tetapi apa yang perlu beliau lakukan selepas ini ialah memastikan perbelanjaan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat turut dipertingkat. Berilah kemudahan dan keselesaan yang sewajarnya kepada rakyat negeri Selangor.

Buktikan kepada rakyat kenaikan gaji ini benar-benar berbaloi dengan perkhidmatan yang bakal diberikan. Di samping memastikan rizab atau tabungan kerajaan negeri terus kukuh, seimbangkan dengan kemudahan dan faedah untuk rakyat. Program kebajikan, perumahan, bantuan untuk golongan berpendapatan rendah harus sentiasa dipertingkatkan.

Jika ini dapat dilakukan, kewajaran mengapa kenaikan gaji dilakukan akan dapat difahami akhirnya. Mungkin sekarang banyak yang membantah tetapi masa akan menjawabnya nanti.

5 ulasan:

XUMNO berkata...

Kelakar betul lihat gelagat Azmin dan pihak pembangkang (Umno) Selangor ni. dalam Dewan masing2 dok sibuk kira gaji/elaun baru yang akan mereka terima, mungkin dah buat angan2 nak beli itu ini. Tapi kat luar Dewan mereka jadi Badut Bodoh konon2 menyalahkan Khalid dan tak setuju dengan kenaikan tersebut.Yang lagi sadis bila bekas MB Selangor pun nak tumpang sekaki. Abu Hassan ni dah lupa ke pembaziran yang dia lakukan semasa pegang jawatan MB dulu??? Dasar hipokrit.

Tanpa Nama berkata...

Azmin ni nak tunjuk hero dengan rakyat, ini mungkin satu lagi lokman adam dalam pembikinan. Dia nak tunjuk dia lebih berorientasi rakyat dari Khalid Ibrahim.
Kalau dia jadi MB belum tentu Selangor akan ada 2.7bilion simpanan.
Dalam dewan diam bisu batu diluar bercakap pandai, satu cara untuk menjijikan pandangan rakyat terhada TS KI.
SUDAHLAH azmin dulu kini dan selamanya saya dan kaum keluarga mencurigai anda.

Tanpa Nama berkata...

Azmin kalau terus menerus bersikap begini JELASLAH DIA NI JENIS MUNAFIK, ORANG YANG SUKA CAKAP TAK SERUPA BIKIN, bising di foram yang salah, bila ditempat yang sebar bisu dan pekak, bila diluar menyalak macam orang hilang 'akal....
Manusia ini mengingatkan saya kepada asang ahlee..... Yang sering cakap macam orang sewel dan sasau.......

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Mohamed Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa hari ini menggesa Kerajaan Negeri menangguh pelaksanaan kenaikan itu tetapi tidak menyertai perbahasan sekalipun hadir.

Segelintir wakil rakyat juga dilihat meluahkan rasa kurang senang melalui twitter masing-masing sebaik sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi reaksi dalam isu berkenaan.

SESIAPA SAHAJA DARI KANALAN WAKIL RAKYAT YANG BERDIAM DIRI MASA PEMBENTANGAN, SEBALIKNYA MENYALAK DAN BERKOKOK SETELAH DILULUSKAN ADALAH jenis dayus, bacul dan munafiq, berani bersuara setelah DSAI memberi sedikit pandanagn..... INI ADALAH PAUK YANG TAK ADA PENDIRIAN DAN OTAK (no guts to speak like brainless moron).
Jadilah manusia yang ada intergriti, berprinsip dan pendirian. Atau berhenti jadi wakil Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Azmin lu bole join dgn ahsan ali...lu bole jd timbalan dia...lu mmg jnis lidah bercabang..lu jgn buat wayang la depan rakyat..jgn hipokrit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...