26 September 2013

Kemaskini -Kronologi kematian TS Ust Azizan - Ustaz Azizan Telah Meninggal Dunia 11.10 Pagi ini



Kronologi kematian TS Ust Azizan

Oleh : PAS Selangor

11.10 pg - Disahkan oleh isterinya Puan Sri Faekah secara telefon
11.30 pg - Ketibaan MB Kedah
(Sejak malam tadi orang ramai mula membanjiri Wad ICU HSB hingga saat kematiannya)
11.45 pg - jenazah dibawa ke Unit Forensik utk dimandikan. Antara yg hadir Dato Mustafa Ali, Bekas Exco PR, Abd Ghani Ahmad, Exco Kerajaan, Dr Ku Abd Rahman, Aminudin Omar & Badrul Hisyam, ADUN PR Bukit Selambau dan bekas Setpol MB, Sanusi Md Nor. Saya & Dato Muatafa Ali dibenarkan masuk ketika jenazah dimandikan.
01.00 tgh - tahlil
01.15 tgh - jenazah dibawa menaiki van dgn diiringi trafik & kereta peronda polis.
01.30 - jenazah tiba di Masjid di Markaz PAS Pokok Sen dan disambut oleh org ramai dan Unit Amal.
02.00 ptg - ketibaan DS Md Isa B Sabu, Bekas MB Perlis dan Azlan Man, MB Perlis.
02.15 ptg - ketibaan YB Azmin Ali, Mohd Sabu.
02.30 ptg - ketibaan Ust Hashim Jasin, bekas ADUN Sanglang bersama YB Mohd Shukri B Ramli, ADUN Sanglang, Dato Mustafa Ali, SUA PAS.
02.45 ptg - keberangkatan Tengku Temenggong Kedah.
03.00 ptg - keberangkatan Tengku Bendahara Kedah.
03.40 ptg - keberangkatan SBPYDA & Permaisuri serta Tengku Puteri Intan Safinaz.
04.15 ptg - Solat jenazah diimamkan oleh anaknya, Izzatul Islam.
04.30 ptg - jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum Pokok Sena utk disemadikan. Solat jenazah kali kedua diimamkan oleh Dato Dr Haron Din.
05.00 ptg - jenazah mula disemadikan.
05.30 ptg - Talqin dibaca oleh Ust Md Rejab Mat Akhir, KU Ulamak Jerlun, TG Salleh Musa & Syeikh Ismail Kamis.
05.15 ptg - ketibaan Tun M & MB Kedah mendengar talqin.
05.30 ptg - kelihatan Dato KJ, Dr Hatta, Dr Dzulkifli dan Dato Mahfuz yg tiba dari Parlimen.
06.20 ptg - Talqin selesai.
06.30 - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menaiki motor ke pusara akibat jalan sesak wpun dikawal oleh Polis & Unit Amal.
07.15 mlm - Org ramai yg datang lewat sempat menziarahi pusara dan beransur pulang selepas Solat Maghrib di Masjid Muassasah Darul Ulum.

(Suasana hampir sama dgn peristiwa kematian Dato Fadhil Noor 2003)


Jenazah Ustaz Azizan selamat dikebumikan

POKOK SENA:Jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, dekat sini pada jam 5.50 petang tadi dengan disaksikan para pemimpin dan ribuan rakyat negeri ini.



Talkin dibacakan Ketua Urusan Ulamak PAS Jerlun, Ustaz Mat Rejab Mat Akhir.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din; mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Salehen Mukhyi; Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jafar; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Mahdzir Khalid.

Solat jenazah dilaksanakan di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar jam 4.15 petang dengan diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berangkat menziarahi jenazah Allahyarham (gambar).


Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum yang menempatkan kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan (gambar kiri).
Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di perkarangan Muassasah darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.
Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. 

Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Allahyarham meninggalkan dua isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anak.


Ustaz Azizan: Perginya seorang tokoh Islam


 Seluruh warga Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kembalinya beliau ke rahmatullah.

“Sesungguhnya kami mendoakan roh beliau akan tergolong bersama golongan siddiqin, solehin dan para mujahidin,” ujar Presiden Mapim dan Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Baginya, pemergian Ustaz Azizan adalah suatu kehilangan yang besar bukan sahaja buat rakyat Kedah malah seluruh negara, bahkan beliau seorang tokoh ilmuan dan ulama gerakan Islam yang akan menjadi teladan kepada banyak kalangan pencinta Islam.

“Kami kagum dengan keupayaannya dan jasanya berkhidmat kepada rakyat menyumbang kepada kemajuan dan kebajikan warga Kedah ketika beliau memegang amanah sebagai Menteri Besar,” katanya lagi.

Mohd Azmi menambah, sebagai ilmuan, ulama dan ahli politik, tidak dapat dinafikan khidmat cemerlang Ustaz Azizan memikul amanah mentadbir negeri Kedah yang mengutamakan ilmu dan kebajikan rakyat yang terpinggir.

“Ketika beliau menjadi ketua pentadbir negeri Kedah polisinya jelas mendahulukan rakyat dan sangat menekankan soal pendidikan Islam. Jasa beliau mewujudkan Kolej Universiti Insaniah amat dikagumi,” katanya.

Tambahnya, ternyata Ustaz Azizan telah menunjukkan kebolehan memimpin dengan teladan seorang pemimpin yang sederhana bukan sahaja dalam cara memimpin malah juga dalam kehidupannya sendiri.

Beliau berkata, Ustaz Azizan tidak menunjukkan kemewahan hidup sebagai MB malah terus hidup di rumahnya sendiri di Alor Setar seperti rakyat biasa.

“Takziah juga kami sampaikan kepada seluruh warga PAS yang telah kehilangan seorang pemimpin yang ulung dan akan terakam sebagai ahli yang sangat besar sumbangannya kepada perjuangan parti Islam.

“Moga segala contoh kepimpinannya dapat memberi inspirasi kepada seluruh perjuangan pencinta Islam dalam parti PAS yang menjadi wadah perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.

Jenazah almarhum akan disembahyangkan di Kompleks PAS Pokok Sena dan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum waktu Asar nanti.


Pengundi Pas Kedah
Dukacita dimaklumkan bahawa Ust Azizan telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini, 26/9/2013...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan menempatkan beliau di kalangan mereka yg berjihad pada jalan Nya

Ibnu Al-Khams
Info TERKINI ;
Jenazah ustaz Azizan berkemungkinan akan disimpan di Muassasah Darul Ulum, sekarang masih dalam mesyuarat dengan waris dan juga pimpinan PAS Kedah jam berapa akan disimpan. InsyaAllah maklumat terbaru akan dimaklum kemudian..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...