26 September 2013

Panas ! Penganjur M'sia vs Barcelona didakwa bayar cek tendang


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendakwa penganjur perlawanan persahabatan Malaysia dan kelab bola Barcelona pada 10 Ogos lalu membayar sewa Stadium Shah Alam sebanyak RM322,471 menggunakan cek tendang.

Perkara tersebut disedari pihak MBSA pada 20 Ogos lalu selepas bank memaklumkan cek yang diterima daripada penganjur memerlukan tandatangan pihak kedua dari penganjur.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata pihaknya sudah membuat laporan polis selain memajukan perkara itu kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, penganjur sebelum ini hanya membayar kos sewaan padang bagi sesi latihan kelab bola Barcelona sebanyak RM20,000.

"Penganjur dikenakan bayaran sewaan penggunaan Stadium Shah Alam RM300,000 untuk perlawanan sebenar dan RM42,471 untuk latihan pasukan Barcelona.

"Penganjur hanya bayar RM20,000 untuk penyewaan stadium untuk latihan dan cek tendang bernilai RM300,000 pula diberi kepada MBSA sebaik sahaja perlawanan persahabatan berakhir," katanya seperti dilaporkan portal Selangorku.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...