27 September 2013

Antara Tahniah dan Takziah - Astro Mohon Maaf

Silap tulis ‘Tahniah’ kepada keluarga Azizan, Astro Awani mohon maaf


Permohonan maaf Astro Awani dalam laman webnya.Susulan kesilapan ejaan ucapan takziah Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, stesen televisyen Astro Awani terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka.

Astro Awani dilaporkan membuat kesilapan itu pada info laporan berita itu petang semalam hingga menyebabkan kekeliruan.

Dalam beritanya petang semalam, info berita Awani menulis; "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan."


Ekoran itu, gambar mengenai berita itu menjadi hangat dalam media sosial khasnya Facebook.

Pelbagai pihak berkongsi mengenainya dan mengutuk stesen televisyen itu.

"Kami ingin memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul berhubung info laporan petang tadi.

"Kekeliruan berlaku akibat kesilapan taip itu amat kami kesali, sekali lagi kami meminta maaf," dipetik daripada berita Awani.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak kembali kerahmatullah pagi semalam.

Jenazah allahyarham selamat disemadikan bersebelahan dengan jenazah allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden PAS di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah selepas solat Asar petang semalam.

Pelbagai pihak memenuhi kawasan itu termasuk Yang Dipertuan Agong yang turut menziarahi jenazahnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...