22 September 2013

KES KANTOI ! Akhirnya Utusan Mohon Maaf Kerana FITNAH.....

Utusan Malaysia tarik balik rencana fitnah Husam

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia melalui edisi Mingguan Malaysia hari ini menarik balik laporan yang memfitnah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang disiarkannya menjelang muktamar parti Islam itu pada tahun 2009.

Penarikan balik itu dibuat melalui penyataan yang disiarkan pada muka surat 9 Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam penarikan balik ini, Utusan menyatakan:


"Pada 31.5.2009 satu rencana bertajuk "Menilai Hujah Husam" telah disiarkan di ruangan rencana akhbar ini. Kami dengan ini menarik balik perkataan-perkataan yang diadukan dalam rencana tersebut dan dengan ini menyatakan rasa kesal kami dengan penyiarannya – Pengarang.”

Tindakan ini merupakan pelaksanaan kepada keputusan yang dicapai dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 September lalu.

Melalui penyataan bersama dalam Mahkamah itu, Utusan bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya hari ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.

Menjelang muktamar PAS 2009, iaitu pada 31 Mei 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk Menilai Hujah Husam ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam.

Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan:

"Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu.

"Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS."

"Kalaulah puak-puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai PAS tidak akan berakhir di situ.

“Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar PAS bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu mereka perlu menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada PAS.”

1 ulasan:

En. Putat berkata...

Cuma 'Tarik balik' & 'kesal'...maaf hanya assumption......masih brdolak dalik Cuba mempertahankan maruah yang sebenarnya hanya lah seumpama jalang tua yang setia melacur....itulah kenyataan untuk UM...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...