19 Julai 2013

Khas buat Mukhris dan para penasihatnya....KAMPUS KUIN K. KETIL BAKAL DIJUAL???

BUKAN KAH INI SATU PERDERHAKAAN TERHADAP SULTAN WAHAI MUKHRIS DAN PENASIHAT2 NYA

Shahadan alkisah beberapa bulan yang lalu.

“Beta bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat Beta dan Raja Permaisuri Agong bersama-sama menghadiri perasmian majlis perasmian kampus Kolej Universiti Insaniah dan istiadat konvokesyen khas ”

Begitu lah antara lain yang di titahkan olih Yang DiPertuan Agong pada Januari 29 , 2013 semasa acara tersebut.

Sila rujuk pautan video perasmian di bawah : -



https://www.facebook.com/photo.php?v=10151358796464326

Setelah itu semua berlaku, sekarang apabila BN memerintah Kedah, kampus tersebut akan di sia siakan dan kesemua infrastruktur kampus akan menjadi gajah putih di negeri Kedah.

Bukan kah ini satu penderhakaan yang di lakukan olih MB Kedah Mukhris Mahathir terhadap Tuanku. Sesuatu yang menjadi aspirasi Tuanku di sia sia kan begitu sahaja.

Apa yang dilakukan beliau hanyalah saya ibaratkan seperti dalam filem tiga Abdul, iaitu saudagar barang barang purba Tuan Sadik Sejaraga yang mendengar cadangan dan kata-kata dari penasihatnya yang bernama Hj Misai Kontot. Kalangan penasihat beliau terdiri dari kakitangan Insaniah sendiri yang di ketuai olih beberapa pegawai yang tidak puas hati dengan mantan Rektor dan seterusnya Ust Azizan, Mantan MB Kedah. Penasihat2 inilah yang mendapat liputan media perdana semasa mengadakan demonstrasi di Mergong, mereka membuat tuduhan2 penyelewengan dan pecah amanah terhadap mantan Rektor walaupun sehingga hari ini tiada pendakwaan olih SPRM yang telah beberapa kali melawat Insaniah.

Apa yang di kesali, tindakan penasihat2 ini telah menyebabkan ramai kakitangan yang berkhidmat di bawah Kulliyyah2 yang dikategorikan sebagai anak syarikat Insaniah Holdings sangsara dan sebahagian besar masih lagi tiada mendapat gaji2 mereka sejak Mei 2013. Apakah dosa mereka dan apakah dosa keluarga mereka? Mereka tiada kaitan langsung terhadap pertelingkahan puak2 yang bertelingkah. Mereka juga terdiri dari penyokong UMNO,PAS dan PKR Justeru itu lagi, siswa dan siswi di kulliyyah2 tersebut juga menjadi mangsa kerakusan puak-puak tersebut sehingga mereka tiada lagi mendapat pembelajaran yang sempurna kerana majoroti pensyarah mereka terpaksa berhijrah kerana mencari rezeki di tempat lain. Pelajar2 Kuala Ketil sekarang merempat di kampus sendiri.

Wahai penasihat2 , tidak kah terlintas di hati kamu yang derita seksa itu saudara mara se Islam kamu sendiri. Kamu ada yang bertopengkan Islam, ada yang berceramah sana sini, berdakwah dan berkhutbah tetapi sanggup lakukan penganiayaan terhadap saudara se Islam kamu? Jenis manusia apakah kamu sekelian? Ibarat kata-kata Kassim Selamat kepada Nyonya Mansur “mengapa kah kau di ciptakan Allah menjadi manusia, kan lebih naik kau menjadi haiwan” .

Wahai Pemangku Rektor, tidak kah cukup pembalasan dendam kesumat terhadap Dr. Latifah, Pn. Kartina dan Ustaz Ghani cukup ? Bukan kah kamu dan suami kamu selama ini bersekongkol menjatuhkan mantan Rektor dengan pelbagai kerenah dan khianat sehingga beliau dituduh itu dan ini. Tidak cukupkah pokok-pokok yang ditebang itu perlu dibayar dengan harga RM250,000 olih MMC Gamuda dan duit itu lesap? Siapa yang menjaga kewangan negeri ketika itu? Chek gaji pun sama bolih lesap, gurauan atau kebenaran? Kenapa kah kamu tidak mencontohi saudara kamu Nahar yang berkhidmat memberi pertolongan kepada pesakit-pesakit dengan halal.

Wahai ustaz Aski, tidak malukah kamu apa yang kamu lakukan terhadap mantan rektor dan Ustaz Azizan dengan fitnah mereka menyeleweng dan pecah amanah. Sekira benar pun tuduhan itu kerana kesilapan dan kekhilafan mereka adakah yang lain menjadi mangsa. Kamu sepatutnya seorang manusia yang berpendidikan agama, tetapi tergamak melakukan itu semua, adakah dengan perjuangan ini kamu bahagia sementara yang lain sangsara, ingatlah ustaz kamu juga akan berdiri di hadapan Allah kelak dan akan di soal terhadap tindak tanduk kamu itu. Air mata anak isteri itu menjadi saksi nanti.

Wahai anak ami Sahil, ingatlah keturunan kamu juga sangat mulia dan walid kamu seorang insan yang mulia, tidak menyakiti atau menzalimi sesiapa, janganlah lukakan roh almarhum dengan bersekongkol dengan penasihat2 tersebut. Mereka yang kamu zalimi adalah mereka yang memberi peluang kamu melanjutkan pelajaran sehingga mendapat doktor falsafah.

Wahai Arif, Wahai Saijah, wahai Baihaqi , Wahai Zul, Wahai Asri, wahai Taufik, wahai Jai, wahai Halijah, wahai Nor Haslizah kembalilah muhasabah diri anda kerana kerosakkan sudah terlalu ketara, hanya mendapat ganjaran beberapa sen kamu semua sanggup menjadi alat-alat syaithan yang di laknat untuk melakukan kerosakkan, memecahkan silatulrahim, membiarkan fitnah dan kezaliman menguasai.

Natijahnya sekarang, semua teraniaya, siswa siswi teraniaya, anak isteri teraniaya, masa depan sungguh malap dan tangisan jemaah masjid sentiasa diiringi doa, apabila balasan Allah tiba, tiada guna penyesalan lagi.

~ Jack

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salah satu sifat terpuji golongan munafiq ialah pentingkan diri dan golongan daripada rakyat dan negeri.

Tanpa Nama berkata...

Tak habis habis Dgn fitnah Dan pembohongan, nak bagi rakyat benci pada pemimpin, speak bila kuin Akan d Jual...sudah lar sebab fitnah.....takut Pulak kena saman.. Bubuh symbol ? Sudah lah fitnah...Allah laknat..tak Kira lar umno ke PAS....Jgn menipu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...