18 Julai 2013

HOT ISU PUSAT HIBURAN BULAN RAMADHAN DI KEDAH APA CERITA...JADI HAMPAS JUGAK.....


Kedah : Isu pusat hiburan di bulan Ramadhan - Kerajaan lanie pun 2x5, 5x2 jugak!


Kalau Melayu tak mudah lupa, dua tahun lalu, media-media propaganda BN mengeksploit isu kononnya kerajaan PAS Kedah tunduk kepada desakan DAP kerana menarik balik pengharaman pusat hiburan dari beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.

Enakmen hiburan yang dilulus dan diwartakan oleh kerajaan BN pada 12 Februari 1998 (zaman Tan Sri Sanusi Junid) melarang semua pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadhan. Isi enakmen itu sungguh sedap didengar tetapi apabila tiba peringkat perlaksanaan ia gagal dilaksanakan apabila mendapat bantahan dari para pengusaha pusat hiburan bukan Muslim. Akibatnya enakmen tersebut sekalipun diluluskan oleh Sidang DUN tetapi tidak pernah terlaksana pada mana-mana bulan Ramadhan selama 10 tahun di bawah tiga orang Menteri Besar Umno.

Kerajaan pakatan Rakyat cuba melaksanakan enakmen yang dibuat oleh BN itu. Masalahnya sama, ia mendapat tentangan dari pengusaha bukan Muslim. Alasan mereka, bukan Muslim juga mempunyai hak untuk berniaga dan berhibur di bulan Ramadhan. Pihak yang paling lantang menentang pelaksanaan peraturan tersebut ialah Gerakan dan MCA Kedah, tetapi yang menerima tempelakan ialah DAP.



DAP sebagai rakan kongsi PAS, cuma menawarkan perbincangan untuk menyelesaikan kekusutan tersebut. Setelah perbincangan dibuat oleh kerajaan negeri dengan semua pihak terbabit, akhirnya kerajaan memutuskan pengusaha pusat hiburan bukan Muslim boleh membuka pusat hiburan kepada pelanggan bukan Muslim sahaja. Itu hak dan kebebasan mereka. Manakala pengusaha Muslim dan pelanggan Muslim tidak dibenarkan sama sekali. Peraturan yang dibuat ini jauh lebih baik dari zaman BN yang membenarkan pusat hiburan dibuka sepanjang Ramadhan tanpa sekatan untuk umat Islam.

Umno sebagai pembangkang tidak puas hati. Mereka terus mencanang isu 'PAS tunduk kepada DAP' dan isu operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan dijadikan contoh dalam kempen-kempen politik mereka.


Kini mereka menjadi kerajaan. Sebelum Ramadhan, Exco yang mengetuai potfolio agama, Mat Rawi Abd Hamid umumkan bahawa semua pusat hiburan akan ditutup sepanjang bulan puasa. 
Seperti biasa, drama opera Tongsan muncul kembali. Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membantah. MCA juga turut tidak berpuashati. Namun media-media pro BN yang menguasai negara sangat bijak, isu tersebut 'disimpan di bawah karpet' cepat-cepat. Tiada siapa tahu apa keputusan terakhir yang dibuat oleh kerajaan negeri. Iyalah, kalau diumum pengharaman sepenuhnya maka Gerakan dan MCA akan menentang. Kalau dilaksanakan penguatkuasaan untuk Muslim sahaja maka Umno khuatir umat Islam negeri ini nampak Umno tunduk pada Gerakan dan MCA.

Sekalipun, pihak kerajaan negeri terus menyepi selepas mendapat tekanan dari Gerakan dan MCA, namun apa yang terhidang sebaik munculnya Ramadhan memberi jawapan terhadap persoalan yang timbul. Rupanya, sama saja macam sewaktu Pakatan dahulu pusat hiburan milik bukan Muslim rancak beroperasi dengan kehadiran pelanggan bukan Muslim. Cuma di zaman Umno, pengunjung Melayu pun dilaporkan hadir juga di pusat hiburan bukan Muslim tu. Sementara bagi pengusaha Melayu (kebanyakannya karaoke) dilaporkan ramai yang menutup perniagaan.

Cabaran yang dihadapi oleh sesiapa pun yang memerintah sama saja, iaitu isu penguatkuasaan dan dilema politik. Saya pernah menulis isu pusat hiburan yang bertambah di Kedah di zaman Pakatan bahawa pertambahan yang berlaku kerana kelemahan birokrasi badan yang menjadi badan pelaksana dasar kerajaan (jika tidak mahu menyebut sabotaj oleh pegawai tertentu dalam pentadbiran negeri). Misalnya Tan Sri Azizan Razak, sewaktu menjadi Menteri Besar pernah mengeluarkan arahan supaya lesen pusat hiburan baru tidak lagi dikeluarkan, hanya perbaharui lesen lama. Namun pengawai tertinggi negeri tidak mengeluarkan pekeliling manakala para pegawai daerah serta pihak berkuasa tempatan diajar bekerja hanya dengan aturan kertas 'hitam putih' tidak melaksanakan kehendak Menteri Besar tanpa arahan rasmi.

Antara kandungan Enakmen Pusat-pusat Hiburan yang dirapikan pada 1997 ialah tidak membenarkan ia dibuka pada malam Jumaat. Ia berjaya dilaksanakan di seluruh negeri sehingga kini, kecuali Langkawi yang tidak mampu dilaksanakan sejak Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Besar dan ADUN Kuah, Langkawi.

Isu pusat hiburan tidak berbangkit di Kelantan kerana lebih 90 peratus penduduknya Muslim. Sekatan, pengawalan dan penguatkuasaan tidak menimbulkan keresahan pihak lain. Di Kedah tidak begitu, jika silap menangani kerajaan akan dituduh menindas kaum lain, tidak kira PAS atau Umno sebagai kerajaan.

Pilihan yang baik untuk mengendalikan isu pusat hiburan dalam masyarakat majmuk ini ialah jangan nafikan hak bukan Muslim untuk menikmati hiburan yang tidak ditegah oleh agama mereka atau untuk mereka berniaga industri hiburan secara eksklusif; dalam waktu yang sama mengharamkan terus umat Islam mengunjungi pusat hiburan yang jelas haram menurut Islam. Soalnya bolehkah Umno lakukan perkara tersebut setelah kerajaan Pakatan dahulu dituduhnya gagal? Nampaknya 2x5, 5x2 juga.

Saya tidak berhujah untuk mempertahankan apa yang tidak betul di masa PAS mentadbir, cuma nak habag UMNO yang cakap berdegag-degag pun tak buat jugak apa dicakap...

oleh Zulkifli Yahaya

1 ulasan:

SembuhBatuKarang berkata...

Hilangkan derita sakit batu karang yang anda alami dengan ubat yang diimport dari Vietnam. Kini boleh didapati di Malaysia. Sila lawat blog saya untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...