12 Mac 2013

TERHANGAT ! LIST CALON BN KEDAH TERBONGKAR...PERANG SAKAN LAH DALAM BAHAGIAN....

Apa ertinya ini Dato' Bashah, apabila Mukhriz diletak bertanding di DUN Kuah?

Senarai calon BN kedah bakal cetus kontroversi!


ALOR SETAR – Datuk Mukhriz Tun Mahathir dipersiapkan sebagai calon Menteri Besar jika BN menang adalah antara perkara tersirat dari senarai calon BN Kedah yang terdedah semalam dari sumber ibu pejabat UMNO, Kuala Lumpur.

Sekaligus ia memberi tamparan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah yang dikatakan turut mengidamkan jawatan tersebut.

Terdapat beberapa kejutan dalam senarai calon yang dikatakan hampir pasti disahkan oleh Presiden UMNO iaitu; empat muka lama yang kalah dalam pilihanraya umum lalu akan dicalonkan semula, seorang pegawai KCS, seorang penghulu dan dua pemimpin NGO mewakili belia turut tersenarai.

Datuk Mukhriz diletakkan bertanding di kawasan DUN Kuah manakala Dato’ Ahmad Bashah kekal di Bakar Bata. Harapan kemenangan untuk Mukhriz adalah lebih baik kerana Kuah adalah kawasan berstatus Putih bagi BN, sementara Bakar Bata berstatus kelabu kerana faktor pengundi bukan Melayu mewakili 27 peratus di kawasan tersebut. Sementara itu, ADUN Kuah kini Dato’ Ir Nawawi Ahmad akan diberi amanah bertanding kerusi Parlimen Langkawi.


(Muka baru)


BN akan mengekalkan semula Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim di kerusi Parlimen Baling, Datuk Othman Aziz di DUN Ayer Hitam, sekalipun mereka kalah di tempat yang sama PRU12 lalu. Dato’ Tajul Urus Md Zain yang kalah di Parlimen Merbok akan diletakkan di DUN Tanjung Dawai manakala Dato' Ariffin Man yang kalah di DUN Bukit Lada akan bertukar ke DUN Bukit Pinang.

Agak mengejutkan juga apabila BN mengekalkan Dato’ Abu Hassan Sarif di DUN Kota Siputeh sekalipun beliau pernah mencetuskan kontroversi tidak menghadiri Sidang DUN dua kali berturut-turut sehingga diisytiharkan hilang kelayakan. Bagaimanapun kedudukannya sebagai wakil rakyat dipulihkan oleh mahkamah. Faktor ‘calon boleh menang’ mungkin menjadi sebab beliau disenaraikan semula.

Pengerusi SADA yang juga merupakan seorang pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah (KCS), Dato’ Adzmi Din bakal dicalonkan oleh BN bagi kerusi DUN Sungai Tiang. Sama ada beliau menerima atau menolak pelawaan tersebut belum dipastikan kerana menurut sumber yang rapat dengan Adzmi, beliau hanya mahu bertanding jika terdapat akujanji dari Presiden UMNO untuk melantik beliau sebagai Menteri Besar jika BN menang di Kedah. Penyandang DUN Sungai Tiang, Suraya Yaakob akan dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Pendang.

Penghulu Ahmad Fuad Zabidin merupakan seorang lagi kakitangan kerajaan negeri yang akan mewakili BN di kerusi DUN Bandar Baharu.

Bagi memenuhi janji Datuk Seri Najib terhadap kepimpinan belia negeri, dua nama pemimpin bakal dicalonkan bertanding mewakili BN. Mereka ialah pemimpin belia negeri, Shaharol Niza Omar, mewakili BN di DUN Tokai dan Ku Iskandar Ku Saad di DUN Jitra.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pertama kali akan bertanding di kampung laman sendiri iaitu Parlimen Pokok Sena. Calon kerusi DUN untuk Bukit Lada dan Bukit Pinang ialah Haris Fadzilah Che Mat dan Dato’ Ariffin Man. Senarai tersebut dijangka akan mencabar kewibawaan Ketua Bahagian Pokok Sena, Dato’ Ahmad Lebai Sudin yang sedang bersiap sedia untuk bertanding mana-mana kerusi di Pokok Sena.

Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahathir Khalid akan dialihkan bertanding di kerusi Parlimen Pedu. Antara penyandang jawatan ADUN yang akan dikekalkan ialah Mohd Rawi Abd Hamid (Ayer Hangat), Dato’ Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam), Dato’ Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak) dan Mohd Tajudin Abdullah (Belantek). Manakala bagi kerusi Parlimen, nama Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu) dan Dato’ Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi) digugurkan.

Bagaimanapun cabaran terbesar BN Kedah ialah untuk merampas Kedah dari Pakatan Rakyat, kerana sehingga kini laporan bilik gerakan parti menunjukkan bahawa mereka hanya mampu menang (status putih) di sembilan kerusi DUN.  -KT

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x betoi sama sekali, kalau betoi bubuh la semua, ini sekerat jalan saja....

Tanpa Nama berkata...

kalau betul baguslah...

penyokong kuat UMNO sg tiang berkata...

Dato Bashah paling layak jadi MB...

HASSAN berkata...

boleh menang kaa..???.. jgn fikirkan nak jadi MB lagi.. bagi menang dulu

Tanpa Nama berkata...

DATO BASHAH KALAU TAK BERTANDING LAGI BAGUS....GANTI CALON YANG LEBIH LAYAK

Tanpa Nama berkata...

Pelik betui la hangpa ni. Mana ada Mashitah dalam list Parlimen langsung? Takkan la penulis2 blog pun pakai hentam semata2 dapat bayaran dari beliau? Sumber dari pejabat umno?

Tanpa Nama berkata...

Saya orang baling tetap sokong BN

Mustaqim berkata...

Semua info tak betoi. Main hantam saja! Betoi ka PAS masih kuat di Kedah? Hampa ingat org Kedah bodoo ka? Dah ratusan tahun kita perang dgn Siam. Tak kan nak pilih pemimpin kita dok takat lama lagi? Kali ini kita akan buang semua org PAS yg celaru dgn hala tuju Agama, Bangsa dan Negara! Takbiiiiir.

Mustaqim berkata...

Semua info tak betoi. Main hantam saja! Betoi ka PAS masih kuat di Kedah? Hampa ingat org Kedah bodoo ka? Dah ratusan tahun kita perang dgn Siam. Tak kan nak pilih pemimpin kita dok takat lama lagi? Kali ini kita akan buang semua org PAS yg celaru dgn hala tuju Agama, Bangsa dan Negara! Takbiiiiir.

Tanpa Nama berkata...

Parlimen Kuala Kedah kalau Datuk Latt Shahriman lawan Dr Azman memang berentap tak boleh dijangka tapi kalau Dr Azman lawan Dr Zaki jawapnyaa???? Pemuda UMNO pun dah lemah semangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...