14 Mac 2013

LAPORAN OPS DAULAT DARI LAHAD DATU -14HB. MAC KHAMIS





OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA - 14 MAC 2013 (5.00PM)

Pasukan keselamatan telah mempertingkatkan lagi tahap kawalan keselamatan dengan memperbanyakan lagi sekatan-sekatan jalan raya. Pada jam 10.50 pagi tadi, semasa sekatan jalan raya di Tanjung Labian, pihak keselamatan telah menahan seorang lelaki bermotosikal. Hasil pemeriksaan, pihak keselamatan menjumpai satu bungkusan yang mengandungi 2 bilah pedang samurai dan 3 bilah parang. Lelaki tersebut telah ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Kawasan operasi masih dikepung oleh pihak keselamatan dan dinasihatkan kepada orang ramai serta pengamal media agar tidak memasuki kawasan operasi sehingga kawasan tersebut diistiharkan selamat.

Pihak Forensik PDRM sedang bekerjasama dengan pihak hospital untuk mengenal pasti identiti sebenar kesemua mayat penceroboh.


KEMENTERIAN PERTAHANAN KINI BERTANGGUNGJAWAB JAGA PERAIRAN TIMUR SABAH


Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan arahan terbaharu itu, perairan Sabah yang dikawal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), akan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya dengan dibantu Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM).


"Saya menerima 'command' (kuasa pemerintahan) ini Jumaat lepas, yang suratnya telah diserahkan kepada saya oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri yang bertanggungjawab berhubung APMM.





POLIS PERIKSA LOKASI DIPERCAYAI TEMPAT PERSEMBUNYIAAN SENJATA API DI KAMPUNG PANJI

Semporna,  Sepasukan polis hari ini memeriksa kawasan Tanah Perkuburan Kampung Panji di sini dipercayai tempat simpanan senjata api oleh kumpulan pengganas yang menyerang Kampung Simunul 2 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan pada 6.30 pagi itu dijalankan selepas menerima maklumat awam sejak beberapa hari lepas.

"Hasil pemeriksaan kita, polis tidak menemui sebarang senjata api. Saya harap penduduk tidak panik, kerana ia merupakan pemeriksaan biasa," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan kira-kira 100 anggota polis dari unit VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am dan dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna juga bertujuan mengumpul bukti terhadap kegiatan pengganas sejak beberapa minggu lepas.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gempur saja,tapi jangan berulang peristiwa 2 mach lalu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...