15 Mac 2013

TERKINI ! LAPORAN OPS DAULAT DARI LAHAD DATU - 15HB. MAC JUMAAT

updated : 11.15 MLM

Lahad Datu: Agbimuddin sudah pulang meninggalkan orang-orangnya, kata Jeneral

SHAH ALAM, 15 Mac — Pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram telah terbang ke kampung halamannya di selatan Filipina kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.

Beliau mengatakan pasukan keselamatan negara membuat kesimpulan tersebut selepas mengkaji maklumat risikan.


“Agbimuddin telah meninggalkan orang-orangnya dan terbang ke kampung halamannya,” kata Zulkifeli (gambar) dipetik dari laman The Star Online bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar lewat petang ini.

Ismail mengatakan, dari maklumbalas komander pasukan keselamatan maklumat di bawah membuktikan Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III sudah tidak bersama orang-orangnya.



updated 10.30  MLM

Harian Metro ‏@hmetromy

Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram disahkan lari ke selatan Filipina meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu - Panglima ATM


Terkini... nampaknya sekali lagi informer aku TEPAT....kerana telah melapurkan seminggu lepas...


Raja Muda Azzimuddin Kiram telah berjaya meloloskan diri dari KAWALAN KETAT, udara, darat, laut dan dalam sungai, tepi longkang, bilik air pasukan keselamatan negara.. dimana silapnya..??????



7.30 MLM -Ops Daulat Update:

* 61 Pengganas Telah Ditembak Mati
* 233 Individu Ditahan
* 3 Hari Diberikan Kepada Kerajaan Filipina Untuk Menuntut Mayat Pengganas Atau Akan Dikebumikan Di Malaysia
* 3 Kubur Dengan 15 Mayat Penceroboh Ditemui Di Kg. Tanduo

*  Sebuah Bot laju Dari Filipina Dipintas Jam 12.15 mlm tadi 8 lelaki Berumur 17-29 Tahun ditahan.   300 Jerry Can dan 350,000 Peso turut dirampas


* pengganas Suluk cuba mencuri kenderaan ini dan kemudian terserempak dengan pasukan keselamatan.

#kesan tembakan di cermin dan hadapan pacuan 4 roda dapt dilihat





POLIS TAHAN DUA LELAKI DIPERCAYAI TALI BARUT PENGGANAS MILITAN

SEMPORNA -  Dua lelaki disyaki tali barut pengganas militan ditahan dalam operasi sepasukan polis Cawangan Khas Bukit Aman di pekan Semporna, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam serbuan pada 8 malam itu dua lelaki berumur lingkungan 40-an ditahan selepas polis menerima maklumat awam.

"Kami menahan dua lelaki itu kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas, dan kami akan soal siasat mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan sama ada lelaki yang dipercayai rakyat asing itu mempunyai kaitan atau tidak dengan serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas.



FILIPINA SUARAKAN KOMITMEN BANTU SELESAI ISU PENCEROBOHAN SABAH


Kerajaan Filipina melahirkan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah termasuk mengenal pasti dalang di sebalik insiden itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu disampaikan rakan sejawatannya Voltaire T. Gazmin pada pertemuan di Putrajaya semalam.



Ops Daulat: Penggunaan UAV Pertama Dalam Operasi Hakiki

Ramai tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle atau UAV untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.



Menyusul Lagi.......

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...