14 Mac 2013

PANAS ! KEGAGALAN TRAGEDI LAHAD DATU TERBONGKAR...[ + VIDEO ]



13 tahun risikan tentera diguna untuk politik – Lt Jen (B) Ghafir.

     Risikan tentera yang lemah dan diguna untuk matlamat politik menyebabkan musuh menceroboh perairan dan membolos masuk ke dalam negara, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Beliau mendedahkan, mulai tahun 2000, aset dan keupayaan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) cenderung digunakan untuk operasi politik.

“Selama 13 tahun mereka hilang kepakaran dan aset untuk melaksanakan tugas utama untuk merisik. Sepatutnya kita boleh menjangka apa yang bakal berlaku dengan risikan yang baik.

“Dalam BSPP ada bahagian yang mengendali risikan luar. Mereka ini sepatutnya mengumpul maklumat dan analisis risikan. Itu kerja utama mereka. Tugas pemikiran politik bukan kerja mereka.

“Sumber maklumat yang diproses untuk perisikan. Ini yang akan kita gunakan untuk memberi pilihan berhubung tindakan yang akan diambil. Bukannya musuh dah sampai ke darat baru nak ambil tindakan. Ini sangat deactive (lambat),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Beliau merujuk isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.

Ghafir mempertikai alasan kerajaan kononnya tentera tidak boleh dilibatkan dalam operasi keselamatan kerana perlu mematuhi Konvensyen Gineva 1949 dalam menangani insiden Lahad Datu.

“Bila ini berlaku, (bagaimana kerajaan) ubah pula dengan menggunakan angkatan tentera dengan konvensyen yang sama?” soalnya.

“Mereka (penceroboh) datang untuk mengambil tanah wilayah kita dan mengancam nyawa rakyat,” kata Ghafir menjelaskan definisi pencerobohan adalah termasuk atas tujuan kepentingan ekonomi.

BERITA BERKAITAN :

Kerajaan kena minta maaf kepada rakyat, keluarga wira terkorban


PETALING JAYA 13 MAC: Kerajaan Umno perlu memohon maaf kepada rakyat dan keluarga anggota keselamatan yang gugur akibat kegagalan menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Tuntutan itu dibuat bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

“Saya menjemput rakyat, tak kira apa bangsa, agama, fahaman, mana parti yang disokong untuk sama-sama bangkit dan menggesa kerajaan mengaku akauntabiliti ke atas kegagalan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Ghafir berkata, kerajaan tidak konsisten menangani isu pencerobohan itu dan hanya mengambil tindakan selepas 23 hari.

“Tindakan kerajaan tidak konsisten. Apabila tindakan lambat, mereka (penceroboh) telah ‘bekerja’. Dari kumpulan kecil menjadi besar. Kesalahan ini mesti diakui (kerajaan),” tegasnya.

Polis dan tentera Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.

Hadir sama sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar. ~ KD

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahahahahahahahahahahahaha kenapa macam bodoh sangat ? Maaf lah tapi walaupun saya masih muda dan tak sepatutnya menyibuk pasal hal ni . tapi takkan tak tahu mana yang betul dengan yang salah ? mereka tu yang banyak muslihat . entah-entah kes ni anwar punya kerja .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...