13 Mac 2013

TERKINI OPS DAULAT DARI LAHAD DATU -13 MAC 2013 (PART 2)... [ + VIDEO TENTERA SULU ]


UNTUK MAKLUMAT TERKINI


5.40 ptg - Sidang Media KPN dan PAT
- Rekod kematian bagi pihak pengganas ketika ini ialah 58 orang.



PAT :
- Operasi akan diselesaikan secepat mungkin, tetapi perlu memastikan keadaan betul-betul selamat kerana musuh telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil.

- Beberapa aset baru dibawa esok (Helikopter ) dan dalam perjalanan menggunakan kapal laut TLDM (12 kereta perisai berantai) untuk melaksanakan operasi keselamatan.

- Jumlah Musuh yang dikorbankan di Sg Nyamuk ialah 4 orang (2 ditemui semalam dan 2 hari ini) beberapa meter dari tempat pertempuran


- Hari ini tidak ada contact dengan musuh (pertempuran)

KPN :
- Pondok-pondok polis
- Telah diarahkan penambahan anggota polis di kawasan-kawasan polis di antara lahad datu dan kawasan polis.

PAT :
- Keseluruhan kawasan Sg Nyamuk dapat digeledah selewatnya esok seluas 3km
- Keluasan penggeledahan diperluaskan di Sg Nyamuk dan telah menjumpai 2 mayat musuh dan telah dibawa keluar.
- Turut menemui sepujuk senjata dan sepucuk pistol yang turut dipercayai digunakan dalam pertempuran yang menggugurkan anggota kita semalam

- ucapan Takziah kepada Keluarga 2 Anggota yang Terkorban semalam
- Sesungguhnya pengorbanan dan perjuangan mereka sesuatu kehilangan yang besar kepada ATM dan negara.
- kepada keluarga mereka banyakkan bersabar dan menyeru
- Kop Anuar yang tercedera telah bertambah baik. jalani Pembedahan selama 6 jam. Hari ini telah diletakkan di wad biasa dan boleh minum menggunakan straw.



5.10 ptg - 2 Balai Polis baru akan dibina di Pulau Sum-Sum dan Pulau Mabul demi tingkatkan keselamatan

- Hishamudin sahkan insiden di Semporna ada kaitan dengan krisis pencerobohan di Lahad Datu

1.00 tgh hari : Sidang Media PPS

- Keyakinan Pasukan keselamatan berada di tahap tinggi ketika ini
- Jumlah terkini anggota keselamatan yang terkorban 9 dan 9 cedera
- Penduduk Kg Tanduo belum dibenarkan pulang atas faktor keselamatan

- Pasukan Keselamatan percaya Azzumudie Kiram masih berada di zon merah Ops Daulat
- Tiada pertempuran dalam tempoh 24 jam di kawasan Ops Daulat

- Tiada pengganas yang boleh lolos dari kawasan kepungan


Philippines' Sulu 'army' set for long war - Aljazeera




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...