langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

26 Februari 2013

PANAS ! KEMENANGAN 2/3 BN..MORGAN STENLEY PUN TERKEJUT BESAR !!!


Kemenangan dua pertiga BN dalam PRU 13 satu ‘kejutan’, kata Morgan Stanley

Kemenangan dua pertiga di Parlimen bagi BN akan mengejutkan pelabur, kata firma penyelidikan kewangan AS Morgan Stanley.

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Kemenangan dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN) bagi 222 kerusi Parlimen akan mengejutkan para pelabur, kata firma penyelidik Morgan Stanley, dan menambah keputusan pilihan raya seperti itu bakal memberikan kesan terhadap agenda transformasi Malaysia.

Laporan yang disediakan oleh firma kaji selidik kewangan Amerika Syarikat itu juga menunjukkan keputusan berkenaan akan memberi kesan besar dalam pemilihan Umno pada Jun 2013.

“Landskap politik ... penting daripada aspek sama ada pembuat dasar boleh merencanakan satu titik perubahan yang mampan dalam struktur perjalanan Malaysia,” kata laporan tersebut yang diserahkan kepadaThe Malaysian Insider.

Sementara itu, jika BN memenangi kurang daripada 50 peratus daripada kerusi yang direbut, pelabur akan melihatnya sebagai satu keputusan “yang berisiko negatif”, lapor Morgan Stanley.

Risiko ini berkemungkinan akan memberikan kesan kepada kepimpinan dan kestabilan kerajaan, menangguhkan agenda pembaharuan yang dijalankan oleh kerajaan dalam tempoh jangka masa pendek sehinggalah kestabilan dapat dicapai.

Morgan Stanley mencadangkan agar kesinambungan jangka masa pendek dalam polisi dan agenda pembaharuan hanya akan dicapai dengan mengekalkan status quo.

Firma kaji selidik itu juga memberi amaran Malaysia akan mengalami “Dutch Disease” atau seumpamanya yang akan memperlahankan pembaharuan struktur, dan mengakibatkan pelaburan swasta kurang memberangsangkan.

“Sumber komoditi dan demografi yang menguntungkan menyediakan kemampanan pertumbuhan yang selesa, menyebabkan pembuat polisi mengabaikan apa yang diperlukan bagi produktiviti atau daya saing,” kata laporan itu lagi.

“Dutch Disease” dalam laras ekonomi dirujuk sebagai akibat negatif yang terhasil daripada peningkatan besar pendapatan dalam sesebuah negara.

Morgan Stanley menjelaskan pembaharuan yang telah dilaksanakan sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memegang kuasa, namun gagal menyelesaikan punca utama masalah tersebut, iaitu kekurangan tenaga buruh yang berkelayakan.

“Langkah-langkah pembaharuan berada di jalan yang betul, kita berfikir, tetapi lebih banyak yang perlu dilakukan,” katanya.

Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April dan pilihan raya harus dilakukan dalam 60 hari daripada tarikh berkenaan. BN kehilangan super majoriti daripada dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Namun, kerajaan BN yang dipimpin Najib berkeyakinan pengundi telah kembali menyokong mereka dengan beberapa pemimpin BN meramalkan parti pemerintah itu akan memenangi sehingga 145 kerusi, lebih sembilan daripada apa yang dimiliki mereka sekarang.~TMI

Komen :  kenyataan ini bercanggah dengan risikan tentera & polis dan momentum sokongan kepada PR...ini bermakna satu penipuan besar-besaran akan berlaku dalam PRU13...?


Risikan tentera, polis yakin Pakatan menang, rangka pelan keamanan

SHAH ALAM 25 FEB: Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.
“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.
“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.

Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN.

“Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya,” kata Ghafir.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menang cara menipu adalah sifat manusia2 yg tamak dan gila kuasa..hasil pendapatan dr penipuan tsb adalah haram..hasil yg haram tempatnya adalah neraka jahanam.. hidup ameno mampus melayu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...