25 Februari 2013

GEMPAR ! PENGIKUT SULU TIDAK MAHU PULANG, MANILA KAJI TUNTUTAN SULU KE ATAS SABAH

Penceroboh Lahad Datu rela 'terus berjuang atau mati'
Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

"Terus berjuang atau mati," kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.


"Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan," tambahnya.

Manila semalam menghantar satu kapal laut untuk membawa pulang kumpulan itu namun Agbimuddin menegaskan 'Pasukan Keselamatan Diraja' tidak akan berganjak dari Kampung Tanduo, Lahad Datu sehingga "isu itu diselesaikan".

Kapal berkenaan dijadualkan tiba di pesisir Lahad Datu hari ini.

Kumpulan dari Filipina itu berusaha untuk menduduki satu kawasan pesisir pantai di daerah Lahad Datu, yang didakwa pernah menjadi sebahagian daripada jajahan kesultanan Sulu.




Manila dilaporkan akan mengkaji tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

 Krisis di Lahad Datu mungkin tidak berakhir dengan segera apabila pengikut Kesultanan Sulu dilaporkan tidak akan meninggalkan Sabah.

Malah isteri kepada pengikut Sultan Sulu yang berada di Lahad Datu juga tidak akan meninggalkan suami mereka.

“Mereka tidak akan pergi,” kata Abraham Iridjani, jurucakap kesultanan Sulu seperti dilaporkan laman web viva.co.id dipetik dari akhbar Inquirer hari ini.

Ia melaporkan kapal angkatan laut Filipina tiba untuk membawa pulang orang Sulu yang sudah tiga minggu berada di Lahad Datu.

Bagaimanapun, rundingan masih dibuat untuk menghantar mereka pulang ke Mindanao.

Manila kaji tuntutan

Inquirer juga melaporkan Manila akan mengkaji tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Menurut Inquirer, ini dilakukan untuk menghentikan kependudukan ratusan orang Sulu bersenjata di Lahad Datu.

Menteri Kehakiman Filipina Leila de Lima mengatakan bahawa Presiden Aquino telah memerintahkan Kementerian Kehakiman, Kementerian Luar Negeri dan Pejabat Presiden mengkaji kekuatan undang-undang tuntutan itu.

Beliau mengatakan, Kementerian Kehakiman bertanggungjawab dari aspek undang-undang, manakala, Kementerian Luar Negeri mengkaji dimensi keputusan tuntutan dan Pejabat Presiden akan mendapatkan maklumat mengenai sejarah tuntutan itu.

“Kami akan mencuba untuk menyelesaikannya dalam waktu beberapa hari,” kata  Lima.
Kesultanan Sulu mendakwa Sabah  adalah milik mereka berdasarkan data sejarah. ~fmt

Kapal tentera laut Filipina


BERITA BERKAITAN DIBAWAH :

Kapal Filipina Berlabuh Di Tanduo Lahad Datu

Gambar kapal Filipina Berlabuh di Kampung Tanduo Lahad Datu, Sabah. Nampaknya episod pencerobohan keatas sabah akan berakhir. Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.



Petikan Gambar: Kosmo

Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi. Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan. 


sumber sini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...