16 Januari 2013

TERKINI ! ADUN Pulau Tikus keluar DAP jadi wakil Bebas


Koay Teng Hai

GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Koay Teng Hai yang digantung enam bulan oleh parti itu tahun lalu, hari ini isytihar menjadi wakil rakyat Bebas.

Teng Hai yang digantung Jawatankuasa Disiplin DAP kerana tidak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengumumkan keputusannya keluar DAP dalam satu sidang media, di sini hari ini.


 
Akhirnya.. seorang melayu akan jadi KM Pulau Pinang -Canang
Lebih 50 tahun BN/umno perintah Pulau Pinang, mereka (umno) tidak mampu dan tidak berani untuk membatalkan perjanjian antara Tun Razak dengan Tun Lim Chong Eu dimana pejanjian itu berbunyi lebih kurang macam ini .. jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang mestilah dipegang olih seorang cina.

Akhirnya .. impian orang melayu Pulau Pinang mahu melihat negeri itu di-pimpin olih seorang melayu akan menjadi kenyataan setelah berpuluh-puluh tahun bila Zairil Khir Johari adalah antara calun yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk diberikan jawatan itu (kerana Guan Eng akan ke pusat sebagai menteri) dan sudah semestinya dengan sokongan dan dokongan dari Guan Eng selepas PRU-13 nanti. Ini juga merupakan satu impian Guan Eng untuk merealisasikan apa yang orang melayu Pulau Pinang mahukan selama ini iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang seorang melayu.

Zairil akan mengambil tempat menggantikan ADUN Pulau Tikus Koay Teong Hai pada PRU akan datang kerana Koay Teong Hai ini telah digantung keahlianya olih DAP selama 6 bulan kerana telah pergi ke US secara senyap-senyap tanpa memberitahu speaker DUN Pulau Pinang kerana satu urusan mencari 'lubang' berniaga. Dan sudah pasti lah dengan pergantungan itu Koay akan tersingkir sebagai calun PRU-13 secara automatik kerana PRU hanya tinggal lagi satu bulan setengah sahaja.

dollah yankee -
Dengan jawatan Zairil sebagai SETPOL Guan Eng dan jawatan beliau di Penang Institiute, gurkah-gurkah politik disini cukup yakin dengan kemampuan Zairil Khir Johari.


Good job Mr.Guan Eng !!!

Cananglahnie

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...