18 Januari 2013

PRU13 -Pengundi Kali Pertama Jadi Penentu, 71 % pengguna facebook


Kajian menunjukkan pegundi kali pertama penentu Pilihan Raya 2013

 Pengundi kali pertama sebahagian besarnya berpendidikan tinggi, orang dewasa bekerja, berumur di bawah 40, merasakan kesukaran berurusan dengan kos hidup meningkat, tetapi separuh daripada mereka sudah membuat keputusan tentang siapa mereka akan pilih pada Pilihan Raya 2013, menurut tinjauan pendapat terbaru yang dikeluarkan oleh Merdeka Center.


Tinjauan mengenai “Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama” yang dilakukan diantara November dan Disember juga menunjukkan lebih separuh daripada pegundi baru mengakui sinis politik, tetapi dua pertiga merasakan Putrajaya mendengar kepada rakyat di antara pilihan raya, menunjukkan demografi ini melambung tinggi diantara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Walaupun sinis terhadap kerajaan dan politik, majoriti masih merasakan kerajaan mendengar kepada orang awam — menandakan persaingan rapat keadaan politik pasca 2008,” kata Merdeka Center dalam laporan ringkasan eksekutif.

Badan tinjauan bebas itu membuat tinjauan terhadap 826 pengundi baru berdaftar di semenanjung Malaysia berumur 21 keatas dan akan mengundi buat pertama kalinya dalam beberapa bulan akan datang.

Penganalisis dan ahli politik pembangkang yakin PR akan mendapatkan sokongan besar pengundi baru akan tetapi tinjauan menunjukkan sebaliknya, mencadangkan satu pertarungan dekat daripada yang dijangkakan.

Kajian Merdeka Center yang dikongsi kepada The Malaysian Insider semalam, menunjukkan majoriti pengundi kali pertama di semenanjung jatuh kepada kategori pendapatan pertengahan atau pendapatan tinggi, akan tetapi tiga daripada lima responden berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, menandakan mereka hidup di pinggir garis kemiskinan bandar.

Kaji selidik itu mendapati hampir 90 peratus di bawah umur 40 tahun, secara kebetulan juga menandakan umur akhir untuk keahlian dalam sayap pemuda semua parti politik, kecuali pembangkang PKR — dihadkan kepada 35 tahun.

Lebih daripada separuh responden mempunyai sekurang-kurangnya diploma.

Lebih kurang separuh bekerja dengan sektor swasta. Hanya 15 peratus bekerja dengan sektor awam atau bekerja dengan syarikat berkait kerajaan; dengan selebihnya 34 peratus merangkumi pelajar, suri rumah atau persara.

Kaji selidik itu juga mendapati sementara media arus perdana terutamanya program televisyen kekal sebagai sumber maklumat utama, lebih separuh daripada responden telah beralih kepada internet untuk mendapatkan berita, dan tujuh daripada 10 merupakan pengguna Facebook.

Tiga perempat daripada responden juga berkata mereka bersedia untuk berkongsi maklumat mengenai politik.

“Laman media sosial terutama Facebook muncul sebagai salah satu platform paling penting bagi perkongsian maklumat sebagai 71 peratus pengundi adalah pengguna Facebook, kebanyakannya mengakses laman web tersebut beberapa kali sehari,” menurut pemerhatian Merdeka Center.
“Tidak seperti pengudi lebih tua yang secara umumnya lebih positif terhadap penguasa, mood pengundi baru dilihat terpecah diantara condong kepada status quo dan yang mahukan perubahan,” tambah badan tinjauan tersebut.

Kaji selidik itu juga mendapati pengundi baru tidak akan terpengaruh dengan pendapat politik persekitaran terdekat mereka — kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara-mara atau ahli politik, menunjukkan ramai mampu untuk membuat keputusan mereka sendiri.

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada 13 juta populasi pengundi, dilihat menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13.

Kedua-dua Barisan Nasional dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS telah melakukan serangan daya tarikan mensasarkan pengundi demografi muda menjelang pilihan raya yang mesti diadakan sebelum mandat BN tamat pada April.

Parti-parti pembangkang mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...