06 Disember 2012

Panas ! TS Annuar Musa Menibai FAM.. Isu Kasta..!!!



Bolasepak johor terus berbelanja besar berjuta juta dalam persiapan menghadapi saingan 
liga super malaysia musim depan. setiausaha PBNJ Suhairi mengesahkan telah mendapat 

surat pelepasan daripada kelab liga super indonesia Arema indonesia bagi mendapatkan 
khidmat penyerang sensasi harimau malaya Safee Sali secara pinjaman musim depan. 


surat yang ditandatangani oleh pengarah arema, Ruddy Widod, Safee akan menyarung 

jersi johor selama setahun bermula dari 1 disember 2012 hingga 30 november 2013. 


Safee sepatutnya hadir malam ini untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012
namun kami telah mendapat pelepasan daripada arema yang membenarkan Safee beraksi bersama johor, saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum, jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama johor 
kami memang bersungguh sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 disember.

Difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM 90 ribu sebulan daripada Arema
dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurangnya RM 100 ribu sebulan bersama johor, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Razak, Zaquan Adha Razak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan
Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk
beraksi bersama johor musim depan.

Dengan perbelanjaan PBNJ diawal musim berjuta-juta dan berapa peruntukan setahun harus dipantau oleh FAM. Siapakah yang menaja mereka , kita tidak mahu kegairahan mereka akan memalukan FAM kelak apabila separuh jalan liga berlangsung modal sudah habis....gaji tidak mampu dibayar dan pasukan dibubar..... ??? 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...