05 Disember 2012

Kompom ! PR Akan Tewas Di Kedah...?


Mampukan Pakatan terus bertahan di Kedah?

 Analisa Oleh : Arzaman Sulaiman,

BAHANG PRU 13 semakin terasa. Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan PRU 13 tidak mungkin diadakan pada bulan disember ini.

Jawapan ini diberikan berikutan terdapat ramai pemerhati politik meramalkannya. Namun begitu PRU13 memang sudah dekat dan akan diadakan kerana tempuh kerajaan yang ada sekarang hanya sehingga April 2013 sahaja.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan banyak membicarakan soal pilihanraya. Dirasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pilihanraya pada bulan Februari ini ketika cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.

Diyakini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengharapkan pengeluaran BRIM kepada rakyat yang berkelayakan akan memberikan impak terhadap keputusan PRU 13 ini.

Adakah pemberian BRIM akan dapat membantu BN/UMNO terus menerajui pentadbiran negara ini? Sama-sama kita lihat.

Namun kalau kita tinjau pendapat orang yang berada disekeliling kita dan orang yang membicarakan soal ini di kedai-kedai kopi impaknya tidak sebesar mana. Ini kerana rata-rata mereka mengatakan orang bagi kita ambil undi adalah hak kita, berdasarkan kenyataan ini kita dah dapat menangkap arah mana sokongan orang ini.

Biarpun bila PRU 13 akan diadakan parti-parti politik yang terlibat harus bersedia dari sekarang kerana paling lewat pada bulan April jadi masanya sudah tidak lama.

Jadi bagaimanakah nasib Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS di Kedah? Mampukah Kerajaan PR yang diterajui oleh PAS di Kedah terus berkuasa? Adakah PAS Kedah dapat mengikuti Kerajaan PAS Kelantan yang mampu menguasai Kelantan begitu lama, lebih 20 tahun?


Pada mulanya pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS tidak nampak cacat celanya. Kerajaan PAS Kedah telah melaksanakan beberapa perubahan yang positif yang mampu menarik sokongan rakyat Kedah, misalnya penurunan cukai tanah. Kerajaan PAS Kedah juga berjaya menambah pendapatan kerajaan negeri dan mengurangkan hutang kerajaan negeri.

Di samping itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga tidak banyak menimbulkan kontroversi dan pastinya akan memberikan kelebihan kepada Kerajaan PAS Kedah untuk meneruskan penguasaan selepas PRU 13 ini.

Namun ia sedikit berserabut apabila berlaku kekecohan perlantikan Exco di negeri itu. Walau apa pun senario politik dalaman PR tidak kira samada PAS, PKR mahupun DAP yang lebih penting kita kena melihat geo-politik negeri itu, bagi mengkaji siapakah yang bakal menerajui kerajaan negeri selepas PRU 13. Mampukah Kerajaan PAS Kedah bertahan atau tidak selepas PRU 13 ini?

Tiga kawasan

Kedudukan negeri jelapang padi di utara semenanjung Malaysia ini boleh dibahagikan kepada tiga kawasan utama untuk melihat keputusan pengundian nanti.

Kawasan itu ialah kawasan bandar, kawasan kampung dan kawasan yang mempunyai banyak sekolah-sekolah agama dan sekolah pondok.
Faktor ini penting kerana perbedaan cara berfikir dan pendedahan tentang maklumat yang diterima jauh berbeda.

Orang melayu yang tinggal di kawasan bandar yang terdedah dengan pelbagai maklumat melalui sesawang rata-ratanya tidak menyokong BN/UMNO.
Sebaliknya orang Melayu yang tinggal di kampung yang semata-mata mengharapkan maklumat daripada media elektronik dan media arus perdana akan menyokong BN/Umno.

Sementara kawasan yang mempunyai banyak pondok dan sekolah agama juga tidak akan memberikan sokongan kepada BN/Umno. Ini adalah reality yang perlu dihadapi oleh parti-parti politik yang bertanding.

Kawasan bandar seperti parlimen Alor Setar, Sungai Petani, Kubang Pasu, Merbok, Pokok Sena, Langkawi dan Kulim Bandar Baharu. Berdasarkan kajian mendapati hanya Langkawi dan Kubang Pasu yang selamat boleh memberikan kemenangan kepada BN/Umno.

Langkawi walaupun boleh diketogori kawasan bandar namun masih menjadi kubu kuat BN/Umno di Kedah, mungkin masyarakat Melayu di sana merasa terhutang budi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadikan pulau itu sebagai pelabuhan bebas. Sementera Kubang Pasu adalah kawasan yang diwakili oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lain-lain kawasan Bandar pastinya menjadi milik PR.

Manakala kawasan kampung pula seperti Padang Terap, Kuala Kedah dan Sik. Walaupun kawasan ini boleh dianggap kawasan kampung namun Kuala Kedah yang mempunyai komposisi kaum Cina 19.61% tetap menjadi kubu kuat PR. Hanya Sik dan Padang Terap boleh dianggap kawasan selamat BN/Umno di Kedah.

Namun begitu buat masa ini kawasan parlimen Padang Terap kini menjadi milik PAS yang diwakili oleh Mohd Nasir Zakaria yang berjaya mengalahkan Datuk Paduka Ghazali Ibrahim dengan majoriti 369 undi.

Sementara dua DUN dalam parlimen ini iaitu Kuala Nerang dan Pedu menjadi milik BN/Umno. Akan tetapi majority yang dimiliki oleh DUN Kuala Nerang yang dimenangi BN/Umno melalui calon mereka Datuk Syed Sobri Hashim tidak menyakinkan hanya 805 undi.

Begitu juga parlimen Sik juga menjadi milik PAS dimana PAS yang diwakili oleh Che Uda Cek Nik telah berjaya mengalahkan calon BN/Umno, Datuk Osman Desa dengan majority 481 undi. Parlimen ini mempunyai dua DUN iaitu DUN Belatek dan DUN Jeneri.

DUN Belatek menjadi milik BN/UMNO dimana calonnya Mohd Tajudin Abdullah hanya menang dengan majority 252 undi. Manakala DUN Jeneri menjadi milik PAS yang diwakili oleh Yahya Abdullah dan menang dengan majoritinya amat tipis 167 undi.

Sementara Baling, Pendang dan Jerai pula kawasan yang banyak mempunyai Sekolah pondok dan sekolah agama. Namun begitu kawasan ini tetap memberikan harapan kepada BN/Umno di DUN yang merupakan kawasan kampung. Misalnya Sungai Tiang di Pendang dan Bayu di kawasan parlimen Baling.

Parlimen Pendang menjadi milik PAS dalam PRU yang lalu melalui calonnya Dr. Mohd Hayati Othman yang memenangi dengan majority 4073 undi. DUN Tokai juga menjadi milik PAS melalui calonnya Mohd Taulan Rasul yang menang dengan mojoriti yang selesa sebanyak 6538 undi. Manakala Dun Sungai Tiang yang merupakan kawasan kampong menjadi milik BN/UMNO melalui calonnya Suraya Yaakob juga menang dengan majority yang agak selesa 3006 undi.


Bagi Parlimen Baling juga hakikatnya PR agak kuat dimana kerusi parlimen telah dimenangi oleh bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Taib Azamudin dengan majoriti yang selesa 7613 undi.

Parlimen Baling yang mempunyai tiga kerusi DUN dan dua daripadanya menjadi milik PAS iaitu DUN Kupang dan Kuala Ketil. Hanya DUN Bayu berjaya menjadimilik BN/UMNO itu pun dengan majority yang kurang menyakinkan iaitu sebanyak 984 undi.

Disamping itu faktor komposisi kaum juga memainkan peranan penting. Kawasan yang bermajoriti kaum Cina juga akan memberikan masalah kepada BN/UMNO kerana majoriti masyarakat Cina diyakini tidak akan menyokong BN/UMNO dalam PRU 13 setelah mereka menyaksikan Kerajaan PR yang telah berjaya mentadbir beberapa negeri tanpa menghadapi apa-apa masalah.

Di Kedah tidak ada kawasan yang bermajoriti masyarakat Cina namun kawasan yang mempunyai masyarakat Cina lebih lima belas hingga tiga puluh peratus pasti akan mengugat kemenangan BN/UMNO dikawasan tersebut.

Kawasan yang mempunyai kawasan yang pengundi keturunan Cina dua puluh hingga tiga puluh peratus seperti parlimen Pokok Sena 18.36%, Alor Setar 32.95%, Kuala Kedah 19.61%, Merbok 16.06%, Sungai Petani 29.03%, Padang Serai 22.64% dan kulim Bandar Baharu 18.60%.

Sementara DUN yang mempunyai kawasan seperti ini Gurun 26.83%, Derga 40.07%, Bakar Bata 26.59%, Alor Mengkudu 22.48%, Kubang Rotan 26.92%, Pengkalan Kundur 21.08%, Tokai 27.81%, Bukit Selambau 19.25% dan Sidam 39.97%. Manakala kawasan DUN di Kedah yang majority masyarakat Cina seperti Kota Darulaman 59.72% dan Bakar Arang 48.06%.


BN Menang

Berdasarkan analisa yang dibuat mendapati BN hanya mampu menguasai tiga daripada 15 kawasan parlimen. Tiga kawasan parlimen itu ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Padang Terap. Manakala PR dijangka akan menguasai lapan kawasan parlimen.

Lapan kawasan parlimen yang diramal bakal menjadi milik PR ialah Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Sik, Merbok, Baling, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu.

Baki tiga kawasan parlimen merupakan kawasan yang seimbang di mana BN dan PR sama-sama berpeluang untuk menguasainya ialah Jerlun, Pendang dan Jerai.

Manakala kawasan DUN yang berjumlah 36 kerusi pula diramalkan PR akan memenangi 20 kawasan Dun dengan agak mudah. DUN-DUN tersebut ialah Sungai Limau, Jitra, Derga, Bakar Bata, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Pengkalan Kundur, Tokai, Bukit Selambau, Bakar Arang, Sidam, Kupang, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Lunas, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara DUN yang bakal menjadi milik BN/UMNO hanya enam kerusi daripada 36 kerusi. DUN-DUN yang dijangka menjadi milik BN/UMNO ialah Guar Cempedak, Ayer Hangat, Kuah, Bukit Kayu Hitam, Pedu dan Sungai Tiang.

Baki 10 kawasan DUN adalah kawasan seimbang munkin dimenangi oleh mana-mana pihak baik PR mahupun BN/UMNO. Kawasan yang akan menjadi medan pertempuran hangat ialah Belatek, Jeneri, Kota Seputeh, Ayer Hitam, Kuala Nerang, Bukit Lada, Kubang Rotan, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka dan Bayu.

PAS kekal

Berdasarkan analisa ini diramalkan PR khususnya PAS tidak menghadapi masalah untuk terus berkuasa di Kedah. Kerajaan PR sudah mempunyai 20 kerusi yang cukup kuat dan agak sukar digugat sedangkan BN/Umno hanya mempunyai 6 kerusi.

Baki 10 kerusi yang dijangka boleh dimenangi oleh mana-mana pihak itu jatuh ketangan BN/UMNO sekali pun PR sudah mampu menguasai negeri Kedah.

Namun begitu 10 kerusi ini pun PR tetap mempunyai peluang untuk menang. Kemenangan mana-mana kerusi DUN ini merupakan bonus kepada kerajaan PR di kedah. ~ HD

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dengak cakap umno nik aziz pun kalah kalau lawan dengan rosmah.heeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...