KUALA LUMPUR 8 DIS: Perbuatan Datuk Seri Zahrain Hashim menyertai Umno semula sudah dijangka sekalipun Ahli Parlimen Bayan Baru itu berselindung atas nama Konsensus bebas, kata Ahli Parlimen Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin,
Beliau yang mengisytihar keluar dari KEADILAN pada Februari 2010 dan menyertai Konsensus Bebas.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu juga percaya Zahrain bertujuan menyelamatkan kerjaya politiknya yang berada di penghujung dan berharap dipilih sebagai calon pilihan raya umum (PRU) ke-13, selain memperoleh projek.
“Saya tidak hairan kerana tindak tanduk Zahrain sudah dijangka. Ini dapat dikesan dari dulu kerana beliau tak dapat satu, dua projek di Pulau Pinang pada 2010, beliau keluar parti,” katanya.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Tze Tsin berkata, penyertaan Zahrain itu juga secara tidak langsung mengesahkan tanggapan pelbagai pihak betapa Zahrain sememangnya dibeli untuk menjadi alat kepada Umno BN.
“Taktik Zahrain yang menyertai Konsensus Bebas sebelum ini, memang tak boleh dipercayai. Apa yang kita perkatakan sebelum ini terbukti sekarang,” katanya yang menyifat Zahrain ketandusan idea dalam politik.

Mengikut laporan TheStar Online, Zahrain menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno yang diserahkannya selepas majlis makan tengah hari awam di pejabat Umno Bayan Baru.
Beliau yang mengisytihar keluar dari KEADILAN pada Februari 2010 dan menyertai Konsensus Bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan