PETALING JAYA 3 Dis: Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir Sabtu lalu gagal menyentuh isu asas melibatkan kepentingan rakyat, sebaliknya menjadi medan serangan terhadap Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan berbentuk penipuan dan penghinaan itu diketuai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.“Kami mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah,” tegas Anwar pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Beliau berkata, ucapan pembukaan Najib dipenuhi serangan terhadap pemimpin Pakatan, terutama ke atasnya, dalam gaya bahasa yang tidak wajar dilafaz oleh seorang negarawan.
“Apakah dasar baru yang dibentangkan (PAU) demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan?” soalnya.
Anwar berkata, isu 13 Mei yang dibangkitkan semula dalam PAU bertujuan menimbulkan permusuhan dan ketakutan di kalangan rakyat dan bersifat hasutan serta boleh dianggap sebagai jenayah.
Teks ucapan dasar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendakwa insiden 13 Mei 1969 mungkin berulang jika Umno BN tidak lagi memerintah negara.
“Kami mengerti bahawa Ketua Wanita Umno cuba hidupkan semula karier politik beliau ekoran skandal ratusan juta NFC (National Feedlot Corporation). Tetapi dengan gunakan hujah picisan sebegitu adalah tidak munasabah,” tegas Anwar.
Beliau menambah, perhimpunan itu menunjukkan betapa Umno dalam sindrom penafian sekaligus terputus dengan penderitaan rakyat di bawah.
“Mereka tinggal di hotel lima bintang, hisap curut mahal dan (duduk) di ‘lounge’ yang cukup hebat. Apa yang dibicarakan bukan (kenaikan) harga barang, bukan kemiskinan (dan) bukan rasuah yang meningkat, tetapi bagaimana nak kekal berkuasa dan fitnah musuh.
“Tengok barisan pimpinan yang hadir, (mereka) itu golongan mahakaya dalam negara, yang yakin mereka akan menang kerana (dirasakan) kelompok miskin kekal jadi kuli mereka,” sambung Anwar.
Hadir sama, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty.
Undian Sinar Harian selepas PAU 2012 anda lihat sendiri keputusannya....
1 ulasan:
Aik? Kata BN masih kuat (dlm STAR) tapi rating smpi mcm tu sekali? Yg ramai2 dtg kt PAU tu sokong ke atau kena paksa? tengok muka2 pun tahu.
Catat Ulasan