25 Disember 2012

Terkini ! Banjir di Terengganu semakin buruk - Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah

Lakaran grafik pemandangan Empangan Paya Peda

LAPORAN TERKINI  26 DISEMBER   SINI

LAPORAN TERKINI 6.30 PM -25 Disember 2012

Banjir: Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah

KUALA TERENGGANU - Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.


Katanya langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.

Cadangan tapak pembinaan Empangan Paya Peda.                                                            "Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Ahmad menasihati penduduk di daerah berkenaan agar berwaspada, bertenang dan sentiasa mengikuti arahan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan pelepasan air daripada empangan itu.

Beliau berkata beberapa kawasan di daerah Besut sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan bukan disebabkan tindakan melepaskan air empangan sepertimana yang berlaku sekarang.

"Walaupun empangan ini siap setahun dua lagi, banjir tetap juga berlaku kerana Besut mempunyai kawasan rendah dan sawah padi. Cuma dengan adanya empangan, ia (banjir) diharap dapat dikurangkan," katanya.

Empangan Paya Peda yang dibina dua tahun lepas dengan kos RM333 juta dijangka siap pertengahan tahun depan.

Projek itu terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage dan 17 kilometer dari Bandar Jerteh.


Apabila siap kelak, empangan seluas 77 kilometer persegi itu bakal dijadikan kawasan tadahan dan takungan bagi menampung 168 juta meter padu air untuk tanaman padi dua kali setahun di daerah Besut.- Bernama



Di Kemaman

Laluan Cherating - Kemaman - Kuatan. Sesak 12km. Masih boleh dilalui, tapi air sedang naik
Kawasan Sek.Seberang tayor, Kemaman

KUALA TERENGGANU 25 Dis.- Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 4,553 mangsa di seluruh negeri ini dipindah dan ditempatkan di 85 buah pusat pemindahan di daerah masing-masing sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Daerah Besut mencatatkan bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu 1,096 orang melibatkan 243 keluarga berbanding semalam seramai 101 penduduk daripada 26 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, daerah kedua tertinggi ialah Hulu Terengganu melibatkan seramai 1,052 mangsa daripada 249 keluarga berbanding semalam hanya 26 penduduk melibatkan enam keluarga.

Mangsa di daerah Dungun pula semakin meningkat daripada semalam apabila mencatatkan seramai 744 orang daripada 186 keluarga berbanding semalam seramai 317 penduduk melibatkan 80 keluarga.

Ia diikuti daerah Setiu seramai 717 mangsa daripada 193 keluarga manakala daerah Kemaman mencatatkan jumlah penduduk seramai 611 orang melibatkan 189 keluarga.

Bagi daerah Marang pula seramai 242 orang daripada 60 keluarga telah diarah berpindah dan diikuti daerah paling sedikit terjejas, Kuala Terengganu seramai 91 mangsa melibatkan 25 keluarga dengan satu pusat pemindahan sahaja dibuka iaitu di Sekolah Tanjung Gelam.

INFO JALAN :

Laluan sepanjang dua kilometer di KM68.1 hingga KM70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35 meter juga ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

LAGI MENYUSUL....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...