24 Disember 2012

TERKINI ! BANDAR KUANTAN HAMPIR LUMPUH DILANDA BANJIR

Setelah hujan 13 jam, Kuantan dilanda banjir

KUANTAN: Selepas hujan tidak henti-henti selama 13 jam, bandar Kuantan kini dilanda banjir.

(Suasana banjir di tengah-tengah bandar Kuantan berhampiran dengan Mega Mall.





depan meggamall kuantan.

LAGI MENYUSUL

INFO BANJIR  RUJUK    http://portalbanjir.mkn.gov.my/

Sebarkan: Banjir kuantan hubungi :

Ustaz Sharudin Pengarah AMAL Negeri Pahang tinggal di Kuantan. 0139191721

Ust Fadli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan. 0199111163



MENGAPA BERNAMA TIDAK LAPOR BERITA BANJIR DI KUANTAN , PAHANG...???

3 Negeri Lain Dilanda Banjir Teruk -Bernama

Di Kelantan, kesemua mangsa terdiri daripada empat keluarga di Kampung Tasek, Bukit Awang, Pasir Puteh yang sudah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Awang sejak pukul 12 tengah malam tadi setelah rumah mereka digenangi air sedalam hampir satu meter.
Di Terengganu tujuh pusat pemindahan dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Setiu, Marang dan Dungun, diikuti hanya satu pusat dibuka di Johor iaitu di Batu Pahat, manakala di Selangor, tiga pusat pemindahan dibuka di Kuala Selangor dan Klang.
Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), tiga batang sungai di Terengganu melebihi paras bahaya iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Sungai Besut di Kampung La dan Sungai Berang di Kampung Menerong.
Manakala di Kelantan, Sungai Golok di daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang juga melebihi paras bahaya. Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.
Daerah yang dijangka terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelanta manakala di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Dalam pada itu, hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana di Pahang dan Johor hari ini dijangka berterusan sehingga Rabu. Kawasan terbabit ialah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.  -  BERNAMA


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...