28 Disember 2012

KANTOI !!! Ketua Bahagian UMNO Pandan dihukum penjara 8 tahun atas 10 Tuduhan Rasuah



Ketua Bahagian UMNO Pandan dihukum penjara 8 tahun, denda RM977,560 atas 10 tuduhan rasuah


KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail, dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.

Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kira oklah tu dah kena.....maner2 parti sume ok tapi orang2 yg dalam parti tu yang tak ok suka ambil kesempatan.

Tanpa Nama berkata...

Nak wat camne masa nak buat tak fikir akibat dari prbuatan yg sememangnya dah tau salah.terima jelah...nasib badan

nozi berkata...

Bila Allah berkehendak xada yg dapat menhalang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...