Propaganda pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya dimainkan....alahai...
“Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini. “Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di sini hari ini.
Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan Barisan Nasional.
“Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara,” katanya.
Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.
“Melayu dan bumiputera mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya. Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan pelbagai gejala negatif termasuk tindakan cuba menodai kesucian agama Islam oleh pihak tertentu.
Sebanyak 545 anggota Veteran Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini.
3 ulasan:
Seluruh negara cuma ada 545 orang??? Jumlah seramai itu nak disuruh buat apa??? Setakat ramai itu, undi diorang yg 100% utk bn macam celah kuku warga muda yg sokong PR jer...
525 tu kalau umur panjang... lagi lama najib buat pilihanraya makin kurang la 525 tu..
Ahli unmo tak kira Tua kah, muda kah pemimpin kah, mereka letak Perlembagaan di buntuk mereka, bila umno kalah, melayu terseksa, di mana Raja-Raja Melayu ?. kan negara kita ada Raja. adakah UMNO menganggap Raja Tak ada Kuasa ?. Raayat jangan lagi tertipu dengan Dakyah UMNO . Malaysia Negara Kita.
Catat Ulasan