05 November 2012

Panas ! Angkara Sapa...Kerajaan PR Kedah Tanggung Rugi RM340 juta

Baru kena RM6.15 juta dah jatuh tersandaq... lagi RM340 juta penyelewengan sedang menunggu untuk dilapor
Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Baru kena pukulan RM6.15 juta kes hilang duit udang Kerpan BN Kedah dah jatuh tersandaq. Tak dak sapa pun berani jawab maklumlah kata pepatah Melayu 'Takut Kerana Salah'. Itu baru satu pukulan... 9 pukulan lagi dok menunggu, lagi besaq-besaq punya.

MK ingat, tak sempat nak kena tumbukan ketiga BN Kedah mampoih terus. Maklumlah bukan sikit2 punya penyelewengan... ni MK kira huduh-huduh hak besaq-besaq saja, hak kecik2 tak ambik kira:

Yayasan Islam Kedah disaman RM11 juta, kehilangan RM6.15 juta keuntungan projek udang Kerpan, kegagalan projek 99 East Langkawi dianggarkan RM50 juta, pemaju Taman Antarabangsa Jerai saman kerajaan negeri RM22 juta, kehilangan pendahuluan pembinaan kompleks MPSPK di Sungai Petani sebanyak RM10 juta, perjanjian air Taliworks yang merugikan kerajaan negeri kira-kira RM14 juta setahun (RM70 juta untuk lima tahun), perjanjian kuari Gunung Jerai yang merugikan, salahguna wang sebanyak RM7.5 juta Seri Temin Development Corporation dan bebanan hutang RM14 juta, skandal pembinaan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar dengan anggaran kerugian RM140 juta dan kehilangan duit balak di jalan Baling-Durian Burung kira-kira RM3 juta.

Keseluruhan penyelewengan, songlapan atau apa-apalah zaman BN dulu ... yang ditinggalkan untuk dipikul oleh kerajaan Pakatan Kedah ialah kira-kira RM350 juta! Ulang RM350 juta!! Ulang sekali lagi RM350 juta!!!





Kelmarin Pemuda PAS Kedah buat report SPRM, Pemuda PAS Padang Terap buat report polis. Hari ni Pemuda PAS Pokok Sena, Alor Setar, Sik, Merbok dan Padang Serai buat report. Esok semua kawasan yang belum buat report akan buat report polis.

Sidang Media.. misteri kehilangan RM6.15 juta untung udang Kerpan di zaman BN

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...