08 November 2012

Panas ! BN Mahu AP minyak kelapa sawit pulak, RM4 bilion untuk kayakan kroni!




Daripada AP kereta, BN mahu AP minyak kelapa sawit pula: RM4 bil untuk kayakan kroni 


Disebabkan insentif cukai Indonesia baru-baru ini, pengusaha penapisan minyak kelapa sawit Indonesia telah mengambil alih sebahagian besar pengusaha penapisan kelapa sawit Malaysia. Sekarang, kebanyakkan kilang penapisan adalah 60% kurang digunakan daripada yang sepatutnya dan risiko penutupan jika perkara ini berlarutan. Oleh itu, berkemungkinan ramai akan hilang pekerjaan.

Dengan nilai RM80 billion setahun, industry kelapa sawit merupakan hasil ke-dua terbesar selepas minyak dan gas. Ia merupakan sector yang penting dalam kelestarian ekonomi Negara dan oleh itu harus disokong dan dipelihara.

Dalam krisis terbaru ini, kerajaan BN telah gagal untuk menunjukkan kepimpinan yang perlu untuk menyokong industri ini.

BN memilih untuk menyokong kilang penapisan luar negara

Kerajaan BN member respon terhadap krisis ini dengan menaikkan kuota import bebas cukai CPO daripada 2 juta MT kepada 5.6 juta MT yang mewakili 30% daripada jumlah output nasional.

Saya akan merujuk kepada kuota ekspot CPO (Crude Palm Oil) bebas cukai ini kepada “AP minyak kelapa sawit”. Dengan menaikkan AP minyak kelapa sawit, BN telah dengan effektifnya membuat pilihan untuk menyokong pengusaha penapis minyak kelapa sawit di luar Negara dengan membenarkan lebih byk CPO untuk keluar daripada Negara. Ini menghadkan aktiviti ekonomi yang dijana daripada pengusaha ini dalam Malaysia.

Satu lagi aspek yang penuh skandal dalam “penyelesaian: ini adalah ia akan mengakibatkan Malaysia kehilangan RM4 billion untuk duti hasil bagi 2012. Tindakan untuk menaikkan AP minyak kelapa sawit ini adalah bercanggah dengan syor kesatuan dalam industri dan juga cadangan ETP kerajaan sendiri.

Kenapa? Adakah ia untuk mengkayakan kroni?

Jadi mengapakah kerjaan BN memilih untuk melaksanakan tindakan ini?

Dua hari yang lepas bertempat di forum antarabangsa minyak kelapa sawit di Kuala Lumpur, Keadilan telah mendapat tahu bahawa kedudukan yang rasmi adalah untuk tidak mewar-warkan nama penerima AP kerana ia dianggap rahsia rasmi.

Kenyataan ini membantu kita untuk memahami mengapa kerajaan BN memilih untuk melaksanakan penyelesaian yang merosakkan kepada masalah ini. Ia telah mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa sejumlah besar pemegang AP ini bukan pengeluar minyak kelapa sawit tetapi peniaga kroni yang hanya mendapat keuntungan daripada bebas cukai yang mereka dapat.

Dalam pada lain, kita bolehlah simpulkan bahawa kerajaan BN bukan sahaja gagal mengatasi krisis malah, mereka juga menggunakan krisis tersebut bagi mendapatkan peluang untuk memperkayakan kroni mereka dengan AP.

Namakan Raja AP kelapa sawit


Ada tiga perkara yang kita mahu tekankan di sini:

>Yang pertama, Keadilan mencabar industri perladangan dan kementerian komoditi untuk mengeluarkan nama pemegang kuota ekspot bebas cukai ini. Jika nama untuk raja AP bagi kereta boleh dicanangkan kepada orang awan, mengapa pula nama pemegang AP minyak kelapa sawit perlu dianggap sebagai rahsia rasmi?

>Yang kedua, episod ini bagi kami telah menggambarkan bahawa kerajaan kita sekarang sangat cuai dari segi fiskal. Dengan mengekalkan sistem AP yang samar-samar ini, kerajaan telah membuang RM4 billion untuk keuntungan negara. Sungguhpun ada AP mungkin boleh dijustifikasikan sebagai menyokong perusahaan minyak kelapa sawit Malaysia di luar negara, AP untuk pedagang sememangnya tidak dapat dijustifikasikan. Dengan governan yang baik, ketelusan dan membuang kroni, Keadilan menjangka Rm 2 billion dalam keuntungan negara boleh direalisasikan. RM2 billion ini adalah cukup untuk dijadikan dana kepada polisi pendidikan tinggi percuma untuk menggantikan PTPTN.

>Yang ketiga, Keadilan mahu menegaskan bahawa Keadilan bersama-sama dengan industri kelapa sawit dan melihat industri itu sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara. Kita berada di sini untuk mendengar dan belajar. Jika kita diberi mandat untuk meneraju negara, kita akan memberi kuasa kepada industri dan menolak campur tangan politik dalam urusan perniagaan industri.

WONG CHEN MERUPAKAN PENGERUSI, BIRO PELABURAN DAN PERDANGANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...