PKR tidak campur tangan isu Faekah, kata Wan Azizah
PETALING JAYA, 29 Jun — Datuk Seri Wan Azizah hari ini berkata PKR tidak akan campurtangan dalam isu yang melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Sebaliknya, Presiden PKR ini menegaskan isu tersebut telah pun diselesaikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kita ada banyak isu besar untuk dibincangkan dan isu Faekah ini telah diselesaikan oleh menteri besar.
“Masalah dalam parti itu saya rasa tidak penting dan tidak perlu dibincangkan secara terbuka, biar ia diselesaikan diperingkat dalaman,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Dr Wan Azizah dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya. — Foto oleh Choo Choy May
Beliau juga menggesa agar semua pihak memberikan lebih penekanan terhadap isu-isu penyelewengan yang lebih besar berbanding pergolakan dalaman parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Wan Azizah juga mendakwa terdapat isu yang lebih besar seperti penyelewengan yang didakwanya Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan isu kapal selam Scorpene, kerana ia melibatkan kepentingan negara.
“Isu-isu itu lebih penting, isu-isu dalaman parti tidak melibatkan kepentingan awam,” katanya.
Kontroversi gerakan menjatuhkan Faekah dipercayai bermula di laman sosial apabila wujudnya akaun Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah.
Kempen berkenaan turut melihatkan luahan rasa tidak puas hati pengikut PKR selepas Faekah dikatakan telah mempertikai keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR.
Malah, beliau turut didakwa mempunyai kuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagaimanapun menyifatkan dakwaan gerakan menjatuhkan Faekah sebagai “tidak penting dan perlu diabaikan.”
“Ada gerakan juga untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), (gerakan menjatuhkan individu) dalaman atau luaran parti pun serupa.
“Politik adalah ‘dynamic games’ tetapi ada juga yang banyak kenyataan itu ialah kenyataan spekulasi. Jadi kita tidak mengambil usaha itu sebagai satu usaha yang penting,” katanya.
Khalid turut menambah, beliau sedia maklum perkara itu dan PR mempunyai objektif jelas di mana ketiga-tiga parti dalam parti pembangkang itu bekerjasama dengan satu jiwa untuk membentuk sebuah kerajaan alternatif.
Beliau juga turut memuji Faekah ketika ditanya dakwaan setiausaha politiknya itu didakwa bersikap melangkaui dirinya ketika mengeluarkan sesetengah kenyataan media.
“Itu bermakna beliau melakukan tugasnya dengan baik.
“Tujuan utama kita adalah komunikasi, bermakna kita harus menyebarkan maklumat yang betul kepada masyarakat,” katanya.
Faekah memetik laporan akhbar Sabtu lalu, mengakui telah menulis surat terbabit tetapi mendakwa ia bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan daripada PNSB berhubung perkara berkenaan.
Faekah turut menjelaskan surat itu dihantar bersama beberapa surat firma guaman lain yang turut berminat menjadi panel guaman di PNSB dan syarikat milik kerajaan negeri lain.
Komen: Isu ini dimulakan dari dalam PKR Selangor, mereka yang ketagih projek, juga dalang yang sering mengkucar-kacir Parti diperingkat negeri dengan budaya kotor dan kroni....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan