24 Jun 2012
PM, EZAM DAN ZAMIL DALANG BELI MP PR ( Video Pendedahan)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan sambungan video perbincangan agen BN bersama wakil Ahli Parlimen Parlimen Pakatan Rakyat untuk melakukan pembelian wakil rakyat.
Video 30 saat yang ditayangkan kepada media itu menunjukkan wajah seorang lagi yang didakwanya sebagai 'agen Umno' yang dinamakannya sebagai Azwanddin Hamzah iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Sebelum ini, rakaman video pertama yang didedahkan Khalid menunjukkan wajah salah seorang lelaki yang didakwa bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim.
Selain menayangkan video, Khalid turut mengedarkan transkrip dialog antara Zamil dengan Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu.
Bagaimanapun, transkrip itu tidak begitu lengkap.
Zamil dalam transkrip dan video tersebut ada menyebut beberapa nama anggota PKR yang dianggap 'tidak berpuas hati dengan parti.
"Saya pun dari asal PKR. Kawan-kawan saya.. Sala...I mean..sat.. Sallehuddin dengan report itu semua...lepas itu ini Shamsul Iskandar, Jonah dan sebagainya ramai kawan-kawan lagi...kadang kala kita jumpa kita cakap termasuk Dato Rashid Din Merbuk.
"Saya rasa lebih kurang sekarang 31...saya rasa sekarang lebih dari setengah..Sani..Abdullah Sani, ini apa Amran, Ajiz Ketereh, ini semua tidak akan disenarai semula.." Kata Zamil dalam transkrip video tersebut.
Khalid berkata, terdapat usaha yang gigih dan teratur untuk membeli ahli Parlimen PKR bertujuan memburukkan parti itu.
"Mereka tumpu kepada PKR sebab nak tunjuk PKR ini lemah. Nak buat pada PAS tak boleh sebab PAS dah kuat, dah 30 tahun," katanya.
Namun ujarnya, Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu sehingga sekarang masih berada di dalam PKR. Khalid berkata, beliau akan menayangkan secara berperingkat-peringkat video selama tiga jam itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan