29 Jun 2012

PEREBUTAN CALON MB KEDAH KIAN SENGIT! NAJIB DOK ATUR ORANG DIA?

UMNO KEDAH SEMAKIN LEMAH ????



Blogger dan PENCACAI UMNO kini sudah mula memainkan peranan untuk menengahkan DATUK SHAHLAN sebagai calun PRU13 di Negeri Kedah.Ada juga pencacai UMNO yang beritahu bahawa ia adalah untuk mengantikan BASHAH sebagai MB negeri KEDAH.

Ini adalah kerana ada beberapa pemimpin UMNO negeri Kedah yang sudah mula nampak bahawa BASHAH tidak berpelunag menjadi MB KEDAH jika UMNO menang.

Sebab utama ialah kerana

kependidikan BASHAH yang hanya setakat LCE. Ramai juga orang MELAYU KEDAH tertanya-tanya kenapa BASHAH tak beli sijil PHD macam MENTERI BESAR PERLIS ....

Boleh juga BASHAH tayang pada semua pencacai UMNO yang dia lebih hebat...Tetapi bila seorang demi seorang kantoi akibat beli SIJIL ... terpaksalah ramai pemimpin UMNO lupakan
cara-cara tersebur.

Kalau BASHAH adapun sijil PHD, rakyat dan orang UMNO tidak akan percaya. Ini membolehkan DATO SHAHLAN (S/U Politik NAJIB) melobi dirinya untuk salah satu kerusi di Negeri KEDAH.


Kesian DATO BASHAH dan PENCACAI-PENCACAI yang berangan BASHAH menjadi MB KEDAH ...

Sumber: Sory bro pencacai UMNO ... terima kasih kerana email anda. Bukankah anda dari TEAMMEDIAKEDAH???

Berita berkaiatan perebutan MB Kedah semakin sengit...walaupun belum tentu menang di Kedah.

TUN Sokong MUKHRIZ jadi MB Kedah..!!!



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyokong jika anaknya, Datuk Mukhris Mahathir dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

(Anak bapak...Mukhris dan Mahathir)

Dalam wawancaranya dengan sebuah stesen TV internet, Mahathir berkata, beliau juga akan menolong anaknya itu.

Mahathir juga berkata, dia tahu anaknya itu berminat dalam politik dan akan menolong beliau.

"Tetapi untuk jawatan apa, terserahlah kepada parti membuat keputusan. Jika dia dicalonkan untuk jadi MB, saya akan sokong," kata Mahathir.

Desas-desus bertiup kencang di Kedah kononnya Mukhris, anak ketiga Mahathir itu akan bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya umum akan datang ini.
"Katanya dia akan bertanding di DUN Kota Seputeh," kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria kepada Harakahdaily.

Adun Kota Seputeh sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif (Umno - BN) sebelum ini didapati tidak layak menjadi Adun kerana gagal menghadiri sidang yang diadakan.

Menurut sumber lain pula, anggota Parlimen Jerlun itu tidak berapa berminat untuk bertanding peringkat DUN kerana takut kehilangan jawatannya yang ada sekarang.

Mukhris, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tahu bukan mudah untuk beliau menjadi MB kerana terpaksa bersaing dengan lain-lain pemimpin Umno Kedah yang lebih senior.

"Dia boleh menang kerusi DUN Kota Seputeh itu tetapi adakah BN akan menang Kedah? Jika BN

menang pun, adakah Mahathir Khalid akan setuju dia jadi MB. Di mana pula kedudukan Datuk Ahmad Bashah, Pengerusi Umno Kedah sekarang," kata seorang pengkaji politik antarabangsa kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Menurut beliau, skala pertembungan dalaman Umno Kedah cukup tinggi iaitu 3.5 dari 5 markah penuh.

"Sebab itu, bagi saya, kalau Mukhris bertanding DUN pun bukan kerana dia yakin menang dan mahu sangat tetapi kerana tekanan ayahnya yang mahu legasi beliau diteruskan," kata pengkaji yang berasal dari Amerika itu.+

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...