27 Jun 2012

PANAS!!! PENIAGA ASING KUASAI KUALA LUMPUR ?



Hampa baru sedark kut, bukan peluang niaga depa dah sapu siap boleh mengundi pulak? Ini mesti kes nak mintak kauta lot bazar-bazar musim bulan Ramadhan dan Hari Raya lepas tu hampa dapat pun dijual kepada pendatang asing juga.

‘Makhluk perosak’ punca kebanjiran peniaga asing
Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di'alibaba'kan.


PUTRAJAYA: Tindakan beberapa pegawai pihak berkuasa yang menjadi ‘makhluk perosak’ didakwa sebagai punca kebanjiran peniaga asing di sekitar Kuala Lumpur.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, ini disebabkan wujudnya penglibatan pegawai yang berada dalam agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selain Jabatan Imegresen, polis, dan beberapa persatuan peniaga yang melindungi peniaga asing.

Katanya, disebabkan kelonggaran itu peniaga tempatan terjejas sehingga terpaksa bersaing dengan warga asing terutamanya dalam isu mendapatkan tapak perniagaan.

“Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di’alibaba’kan,” katanya kepada pemberita dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.





Beliau turut bimbang sekiranya peniaga asing diberi peluang menguasai perniagaan bazar Ramadhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, dan beberapa bazar utama sekitar Kuala Lumpur bulan depan.

“Mereka ni tak bawa untung kepada kerajaan. Mereka warga asing tak bayar cukai. “Secara purata dalam sebulan 45 kali Jabatan Imegresen buat operasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya tapi warga asing tetap wujud,” katanya.

Beliau sebelum itu bersama kira-kira 250 peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum mendesak satu suruhanjaya khas bebas membanteras kebanjiran penjaja asing diwujudkan.

Peniaga terbabit yang bernaung di bawah NGO itu berkumpul dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini pukul 2.00 petang tadi dan menyerahkan memorandum kepada pegawai khas Perdana Menteri Datuk Razali

Banteras peniaga asing di KL


PUTRAJAYA 26 Jun - Kerajaan digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat kebanjiran peniaga asing yang kini menguasai ruang-ruang niaga strategik di ibu kota.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, peniaga-peniaga asing itu juga menguasai pelbagai sektor jualan sekali gus menutup peluang peniaga bumiputera.

Beliau mendakwa, pihaknya mengesyaki kehadiran peniaga asing tersebut didalangi individu, persatuan dan pihak berkuasa tempatan.

"Kami minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tubuh jawatankuasa membela nasib peniaga-peniaga tempatan di Kuala Lumpur yang semakin mengecil akibat peniaga asing.

"Keadaan ini mungkin berpunca daripada pegawai kerajaan sendiri yang terlibat melindungi mereka termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis dan imigresen yang memakai lesen untuk berselindung," dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri bagi mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas membanteras peniaga asing di Lembah Klang, di sini hari ini.

Memorandum itu diterima Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim.

Menurut Mohd. Ridzuan, kerajaan juga tidak sepatutnya memberi 'muka' kepada semua peniaga asing itu untuk terus menguasai perniagaan di Lembah Klang.

"Di Pasar Borong Selayang penuh dengan warga asing terutamanya Myanmar yang berlagak samseng dengan badan penuh tatu dan sebagainya.

"Kerajaan perlu bekukan terus mereka ini kerana di Myanmar sendiri mereka menghalau dan membakar umat Islam," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan hasil serbuan Jabatan Imigresen terhadap peniaga asing di Lembah Klang dan Putrajaya tetapi kemudiannya kawasan itu dipenuhi peniaga asing semula.

"Kita sudah membuat kajian dalam sebulan sebanyak 45 kali serbuan dilakukan oleh Jabatan Imigresen tetapi yang peliknya mereka ini masih wujud sebab itu kita minta jawatankuasa ini ditubuh. Adakah Jabatan Imigresen makan angin?

"Pengarah Imigresen perlu menjelaskan status mereka ini, berapa peniaga sudah ditangkap dan kita mahu penyelesaiannya," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...