03 Mac 2012

TUN MAHATIR, MALAYSIA AKAN MUFLIS

Dr M : Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia

Kita lihat Tun akan mempersalahkan pengganti-penganti beliau lemah dalam pentadbiran, ini maknanya Umno/BN tidak mampu mentadbir. Beliau menyatakan tiada peningkatan PRODUKTIVI sepanjang Pak Lah dan Najib mengambilalih pemerintahan ini akan mengesahkan lagi negara kita akan MUFLIS tambahan ketirisan dan boros tidak diseimbang dengan pendapatan negara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan.
“Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.“Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil.
"Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk "Gaji Minimum".

Gaji minimum

Dr Mahathir juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.Pada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.Menurur Dr Mahathir, Malaysia boleh menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita."Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.

Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka."Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.

Tidak baik

Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.Walaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji.

“Pernah seorang perdana menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus.

Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan,” katanya.Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...