02 Mac 2012

PENCERAMAH ABU DISIASAT DAKWAAN MENGHASUT

Penceramah ABU di Terjah Polis Jam 1 Pagi Tadi !! Siasatan di Bawah Akta Hasutan!!!
SIASATAN DIBAWAH SEKYEN 4(1)(B) AKTA HASUTAN 1948

Dimaklumkan pada jam lebihkurang 11 malam 1hb. Mac 2012 dan jam 1.15pagi 2hb. Mac 2012, pihak polis dari IPD Kajang telah menyerahkan satu notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah kepada Khalid Ismath – Aktivis Mahasiswa dan S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM.Kedua orang aktivis ini diminta menghadirkan diri mengenai satu kes yang disiasat polis dibawah Sek 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 pada tarikh 23 Februari 2012 semasa ceramah ABU di Beranang.

Kedua aktivis ini akan hadir di IPD Kajang seperti butiran di bawah
Tarikh: 2 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 3 petang
Tempat : Ibu Pejabar Polis Daerah Kajang

Polis sedang menyiasat seorang pemimpin pelajar, Khalid Mohd Ismath berhubung ucapannya pada 23 Februari lalu di perhimpunan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Beranang - sebuah pekan kecil berhampiran sempadan Selangor-Negeri Sembilan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Abdul Rashid
Wahab berkata, timbalan presiden NGO pelajar - KAMI - itu sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.Pemimpin pelajar UiTM itu telah menyampaikan ucapan bersama dengan Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan; Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad dan ADUN Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun.

"Polis datang ke rumah saya untuk memaklumkan kepada saya bahawa saya perlu hadir di ibupejabat polis Kajang untuk memberi kenyataan saya pada jam 3 petang (Jumaat)," katanya menerusi SMS kepada Malaysiakini lewat malam tadi.Beliau akan ditemani oleh Arutchelvan yang telah dipanggil untuk membantu siasatan semalam.Katanya, beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kanan yang menghubungi bahawa ia ekoran satu laporan polis yang dibuat berhubung perkara itu.

Khalid Samad (kanan) turut menerima panggilan telefon dari pihak polis
semalam berhubung perkara yang sama.Beliau dijadual menemui pihak polis lewat minggu depan kerana beliau tiada di kawasannya dalam masa beberapa hari yang akan datang.

"Pegawai polis ada rakanan video majlis tersebut, jadi saya tidak fikir ada masalah untuk membersihkan nama kami," kata ahli parlimen Shah Alam itu ketika dihubungi.Tidak jelas bahagian manakah daripada ucapan pemimpin pelajar tersebut yang dianggap sebagai menghasut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...