01 Mac 2012

KEJAM!!! ALONG BUNUH PEMINJAM HUTANG RM4,000


SABAK BERNAM: Hanya kerana gagal melunaskan hutang RM4,000, seorang peniaga buah-buahan bukan saja diculik, malah dipukul bertubi-tubi seluruh badan manakala kaki dipatahkan dipercayai sindiket along sebelum mangsa disahkan mati di hospital.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian bunuh jam 6 petang, 9 Januari lalu itu mangsa, Ng Seng, 53, yang bermain mahjong di kedai kopi Jalan Bahagia, Sekinchan dekat sini didatangi sekumpulan anggota sindiket berkenaan.


Menurutnya, suspek lelaki antara lima hingga enam orang berusia antara 20 hingga 27 tahun itu menyerang dan mengheret mangsa ke kereta Proton Saga berwarna biru muda yang menunggu di hadapan kedai itu sebelum dibawa ke ladang sawit di Tanjung Karang.

“Di ladang sawit itu, mangsa dibelasah bertubi-tubi dengan objek keras dipercayai kayu sehingga parah di kepala, seluruh badan, mengalami pendarahan di hidung dan telinga selain kaki kanan mangsa patah.“Selepas membelasah mangsa, suspek mencampak mangsa di Jalan Parit 12, Sungai Nibong, Sekinchan sebelum ditemui orang awam yang melaporkan kejadian di Balai Polis Sekinchan pada jam 9 malam hari kejadian.


“Mangsa yang mempunyai empat anak itu dihantar mendapat rawatan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam sebelum disahkan mati pada jam 12.10 malam keesokan harinya,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam.Menurutnya, berdasarkan siasatan serta maklumat isteri mangsa, motif kejadian dipercayai disebabkan mangsa gagal melunaskan hutang RM4,000 dengan sindiket ceti haram di Pasir Penambang, Kuala Selangor, di sini.


Sehubungan itu, katanya, polis memburu lima anggota sindiket ceti haram yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan peniaga buah-buahan itu.“Seorang daripada suspek ditangkap pada 12 Februari lalu dan dituduh di mahkamah pada 24 Februari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Identiti suspek yang diburu ialah Lee King Loong atau dikenali Erik berasal dari Pasir Penambang, Kuala Selangor; Lock Boon Wei (Pasir Penambang); Ong Meng Seng (Pasir Penambang); Hau Boon Sin (Jinjang Utara, Kuala Lumpur) dan Yeng Cheak How (Batu Pahat, Johor).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kelima-lima suspek menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor M Subamaniam menerusi talian 012-3301679 atau mana-mana balai polis berdekatan.Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebelum along bunuh, bagus bunuh saja along tu dulu. Kasi mati saja tanpa rasa salah atau kesian kalau rasa tu along mula mau buat hal. Potong kepala pemungut hutang dan buang depan kedai dia

Unknown berkata...

China along patot dibuang Dari Malaysia!!!!xsdr pendatang asing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...