18 September 2011

Hsien Loong: Kerajaan akan terus bantu Melayu Singapura


SINGAPURA, 18 Sept — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong memberi jaminan kerajaannya akan terus menyokong kemajuan masyarakat Melayu di negara itu.

“Masyarakat Melayu melakukan lebih baik dalam pengajian mereka dan memegang jawatan yang baik. Peluang untuk lebih ramai cemerlang, seperti kajian semula Skim Subsidi Yuran Pengajian Tinggi Mendaki (TTFS),” rangkaian televisyen tempatan Channel NewsAsia memetik beliau berkata pada sambutan Aidilfitri di Serangoon North di sini.

Antara semakan itu ialah perubahan kriteria kelayakan daripada berdasarkan pendapatan bulanan keluarga kepada pendapatan per kapita iaitu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Melayu mendapatkan subsidi itu.

Dipetik Bernama Online, Lee (gambar) menjelaskan skim itu dikaji semula kerana lebih ramai pelajar Melayu sekarang telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi dan pendapatan isi rumah telah meningkat dari semasa ke semasa.

Pada majlis itu juga menyaksikan pelancaran portal baru siber, diwujudkan untuk menghubungkan tujuh organisasi Melayu, yang dinamakan Jawatankuasa Menyelaras Aktiviti Melayu, di sekitar kawasan itu.-tmi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...