17 Mac 2011

Strategi Terbaru UMNO: Pecah Undi

Strategi Terbaru UMNO: Pecah Undi

Pengumuman SNAP dan KITA mahu meletakkan calon di 40 kerusi Sarawak dan 56 kerusi Selangor adalah strategi terbaru UMNO di dalam menjamin kemenangan UMNO pada pilihan raya umum yang akan datang.

KITA yang kononnya mahu memperjuangkan keadilan memilih untuk mengacau kawasan milik pembangkang dengan meletakkan calon di Selangor. Soalan saya kepada Zaid: Mengapa tidak letak calon di kesemua DUN di JOHOR ataupun di Melaka?

Terbaru juga adalah sebuah NGO bernama MLCM tajaan Haris Ibrahim dan Raja Petra. Mengikut maklumat yang saya dapat ada kemungkinan Haris dan Raja Petra juga telah dibeli UMNO memandangkan mereka adalah rakan karib Zaid Ibrahim.

Maka, strategi UMNO ini bakal membantu UMNO merampas balik Selangor kerana sekiranya mereka gagal merampas kembali Selangor, maka hayat UMNO habis di Malaysia pada PRU 14.

Tulang Besi

KITA tanding semua kerusi di Selangor

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.

KITA juga akan bertanding disemua 22 kerusi Parlimen Selangor, kata Penyelarasnya, S Kottapan hari ini.

Beliau berkata, di peringkat DUN parti itu akan meletakkan 28 calon Melayu; Cina (18) dan India 10 orang.

Katanya, jika calon orang Cina tidak mencukupi kerusi tersebut akan ditandingi oleh calon orang Melayu.

Beliau menambah, sebahagian calon sudah ada tetapi parti sedang berusaha mendapatkan yang lain.

“Saya sedang mencari calon yang berwibawa, yang mempunyai peluang menang untuk bertanding atas tiket KITA di Selangor.

“Mereka yang berminat termasuk bekas pemimpin PKR boleh berhubung dengan saya.

“Saya diberi tanggungjawab oleh Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim untuk memilih mereka yang layak untuk menjadi calon kerusi DUN.

“Bagi kerusi Parlimen calon akan dipilih sendiri oleh Zaid,” katanya ketika dihubungi.

KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) hanya sebuah parti kecil yang pernah bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2007 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2009.

Bagaimanapun, Zaid yang gagal dalam saingan kerusi timbalan presiden PKR keluar parti itu dan mengambilalih kepimpinan Akim pada akhir tahun lalu.

Kepimpinan baru yang diketuai Zaid telah menukar nama Akim kepada Kita dan sebahagian pemimpinnya merupakan bekas pemimpin PKR.

Menurut Kottapan, KITA mempunyai manifesto sendiri dan tidak akan menghentam Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat.

“Sasaran kami ialah untuk mendapatkan undi dari mereka yang tidak menyokong BN dan Pakatan rakyat.

“Kami akan tunaikan semua manifesto yang tawarkan dan bukannya hanya untuk bercakap kosong,” katanya lagi.
- FMT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...