17 Mac 2011

William Leong: Rakyat muflis sebelum negara muflis

Yang Di-Pertua,

1. Saya menguchapkan terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian didalam perbahasan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Penggal Keempat Persidangan Parliment kedua- belas pada 7 Mac 2011.

DEB dan MBE

2. Pertamanya saya hendak membangkit perkara tentang kedudukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan Model Baru Ekonomi ("MBE"). Saya meminta Perdana Menteri menjelaskan sama ada Kerajaan Barisan Nasional akan mansuhkan DEB atau tidak. Ramai orang didalam dan diluar Negara selepas membaca Buku MBE Bahagian 1 dan ucapan-ucapan Perdana Menteri menjangka DEB akan dimansuhkan dan digantikan dengan MBE. Seorang penasihat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) Zainal Aznam Mohd Yusof berkata cadangan untuk memansuhkan keperluan 30% ekuiti Bumiputra dan juga rancangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Peluang Sama Rata telah ditolak atas sebab bantahan pertubuhan bukan kerajaan seperti PERKASA. Kerajaan telah menukar Model Baru Ekonomi (MBE) sampai hilang taringnya.

3. Saya juga meminta Perdana Menteri menjelaskan adakah Kerajaan berniat memansuhkan DEB selepas Pilihan Raya Umum 13. Mengikut, Nouriel Roubini, pakar ekonomi terkenal, juga salah satu anggota penasihat kepada MPEN, dalam artikel bertarikh 12 Januari 2011, beliau menyatakan bahawa perubahan tidak dapat dibuat pada masa ini kerana Perdana Menteri mesti jaga hati pengundi Melayu bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Roubini yakin perubahan DEB akan dilakukan selepas pilihanraya.

Oleh yang demikian saya harap Kerajaan memberikan jawapan yang penuh dan tepat supaya tidak sesiapa akan terkeliru sama ada DEB akan dilanjutkan atau tidak di bawah MBE.

Kesusahan Rakyat Biasa

4. Perkara kedua yang saya hendak membangkit adalah kesusahan rakyat biasa sebab kenaikan harga barang makanan dan perkhidmatan. Tuanku bertitah bahawa jika Kerajaan memberi perhatian kepada status kemajuan Negara ini tidak akan bermakna kalau rakyat tidak menikmati kehidupan berkualiti. Saya hendak menarik perhatian Kerajaan kepada kesusahan dan masalah-masalah yang menimpa golongan makan gaji dan golongan berpendapatan tetap seperti pesara. Golongan ini dan mereka berpendapatan terrendah 40% sedang di dalam keadaan kesusahan. Mereka tidak layak untuk mendapat bantuan yang diberikan kepada miskin. Mereka bukan bagitu kaya di mana mereka boleh menampung dengan sendiri harga bahan yang tinggi. Oleh yang demikian mereka menjadi tertekan.

5. Mengikut Indeks Harga Makanan Bank Dunia, harga bahan makanan telah naik sebanyak 15% antara Oktober 2010 dan Januari 2011. Harga makanan beras, gula, minyak masak dan tepong telah melambung tinggi. Bank Dunia meramalkan 44 juta orang akan menjadi miskin dalam negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

6. Harga minyak juga akan naik sebab keadaan di Mesir, Libya dan negara-negara serantau Timur Tengah. MIDF Amanah Investment Bank meramalkan kadar inflasi akan mengingkat 2.5% sehingga 2.8% jika harga minyak naik kepada USD 95 setong. Kadar inflasi akan naik kepada 3.5% sehingga 3.8% jika harga minyak naik kepada USD 105. Pada masa ini harga minyak RON 97 telah naik kepada RM2.50 seliter dan RON 95 kepada RM1.90 seliter.

Kerajaan telah umumkan peruntukan RM10.3 billion telah disediakan dalam bentuk subsidi bagi membolehkan rakyat memperolehi barang keperluan asasi seharian pada harga berpatutuan. Saya meminta Kerajaan untuk menjelaskan adakah Kerajaan sedia bertambah peruntukan lebih daripada RM10.3 billion untuk menampung harga tinggi jika harga minyak naik lebih daripada USD105 setong.

Sebelum kenaikan harga barang golongan ini sudah mengalami kesusahan. Menurut Zeti Akhtar Aziz dan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara, Malaysia pada penghujung 2010, hutang isi rumah telah melibihi RM577 billion. Daripada ini RM225 billion adalah untuk pinjaman perumahan, RM 118 billion untuk pinjaman sewa beli kereta dan RM22 billion untuk pinjaman peribadi.

Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK adalah 80%. Ini adalah yang tertinggi di Asia selepas Jepun. Kita perlu ingat bahawa pendapatan per capital di Jepun adalah USD32,700 atau RM8,000 sebulan. Sebaliknya, purata pendapatan rakyat kita kurang daripada RM2,000 sebulan. 40% daripada rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Menurut kajian CIMB bertarikh 28 Oktober 2010, nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh diguna peribadi (dengan izin "disposal income") mencecah 140.4% pada 2009. Ini lebih tinggi daripada Singapura yang mencecah 105.3% dan Amerika Syarikat pada 123%. Ini bermakna rakyat Malaysia berhutang hampir dua kali ganda daripada pendapatan yang mereka peroleh.

8. Kita juga hendak mengambil kira hutang Kerajaan dan hutang awam berjumlah 53.3% daripada KDNK. Ini adalah kali pertama di dalam sejarah Malaysia yang mana kerajaan berhutang lebih daripada 50% daripada KDNK.

9. Kesukaran rakyat biasa berpunca daripada masalah gaji yang tidak naik dengan seimbang inflasi. Mengikut laporan Bank Dunia purata kenaikan gaji rakyat Malaysia adalah hanya 2.6% dalam 10 tahun daripada 2000 kepada 2010. Ini adalah masalah gaji bertakung (dengan izin "wages stagnation") seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kelang. Bila ini dibanding dengan kadar inflasi 3.2, ini bermakna kuasa beli pengguna telah jatuh merundum. Walaupun ahli-ahli ekonomi menyatakan bahawa segala asset dan inflasi harga pengguna di Malaysia adalah terkawal, jika bertanya orang biasa, mereka akan memberitahu bahawa mereka merasa beban kenaikan harga barang dan perkhidmatan sejak tahun lalu.

10. Bila kita meneliti laporan Bank Negara tentang hutang isi rumah, kita mendapati bahawa rakyat Malaysia terpaksa mengambil pinjaman besar untuk membayar harga tinggi untuk keperluan harian mereka, iaitu keperluan tempat tinggal dan pengangkutan. Hutang isi rumah yang tinggi bermaksud bahawa sebahagian besar daripada pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk membayar balik pinjaman dan tidak ada wang untuk membeli bahan keperluan lain. Ini bermakna taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia terjejas seperti yang dititah oleh Tuanku.

11. Harga tinggi kereta import adalah sebab Kerajaan mengenakan tiga jenis cukai, ia itu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan. Bagi kereta tempatan, pengguna harus membayar sejumlah 70% cukai dalam bentuk 60% cukai eksais dan 10% cukai jualan. Ini bermakna bagi kereta kecil seperti Perodua yang dijual dengan harga RM40,000, rakyat terpaksa membayar cukai RM16,500 kepada Kerajaan. Akibatnya rakyat terpaksa meminjam sewa beli kereta yang tinggi dengan tempoh bayaran yang panjang sehingga 9 tahun. Dasar Automotif Nasional harus dikaji semula bagi mengurangkan struktur cukai yang tinggi supaya harga kereta dapat dikurangkan dan tidak memberikan beban terlalu besar.

12. Harga rumah yang tinggi adalah sebab bayaran ansuran pinjaman rumah menjadi bayaran terbesar oleh rakyat. Masalah bukan tidak ada rumah tetapi tidak ada rumah yang berharga berpatutan. Piawaian antarabangsa nisbah harga rumah kepada pendapatan adalah diantara 3-4 kali ganda. Purata harga rumah di Kuala Lumpur ialah RM390,000 ia itu enam kali ganda purata pendapatan isi rumah. Di Pulau Pinang purata harga rumah ialah RM540,000 atau 8 kali ganda purata pendapatan. Oleh yang demikian rakyat biasa hendak mengambil pinjaman lebih besar daripada kemampuan mereka. Untuk membolehkan peminjam membayar ansuran mengikut tahap gaji mereka tempuh pinjaman dilanjutkan sehingga 40 tahun. Ini melebihi tempoh berkerja peminjam. Ini juga bermakna beban membeli rumah di akhirnya diletakkan kepada anak-anak peminjam.

"Skim Perumahan Pertama Saya" yang membolehkan orang muda dapat meminjam wang membeli rumah dengan pembayaran dalam 30 tahun menimbulkan masalah yang sama akan wujud, iaitu, mereka meminjam lebih daripada kemampuan mereka.

Kadar Rakyat Muflis

12(a) Ketekanan kewangan yang menimpa rakyat boleh dilihat bila kita meneliti kadar orang yang diistiharkan sebagai muflis. Jumlah orang yang menjadi muflis telah naik daripada 70,009 kes dalam tahun 1999, 106,000 pada tahun 160,000 tahun 2008 dan 218,561 pada Jun 2010.

Jabatan Insolvensi, Abdul Karim Abdul Jalil mengumumkan pada 24 Julai 2010, 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisythiharkan muflis di seluruh Negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei 2010. Trend ini amat membimbangkan kerana status ini menjejaskan masa depan golongan muda ini.

12(b) Dalam tempoh itu 80,348 kes direkodkan muflis membabitkan semua golongan. Sepanjang tempoh itu, golongan berusia 35 hingga 44 tahun mencatatkan 25,229 kes atau 31.43% kes diikuti golonggan45 hingga 54 tahun dengan 21,051 kes (26.3%), golonggan berusia 25 hingga 34 tahun 13,128 kes (16.34%).

12(c ) Daripada 80,348 kes muflis, kes pinjaman sewa beli kenderaan mencatatkan 19,380 kes atau 24.12% daripada keseluruhan kes. Jumlah itu diikuti faktor kegagalan menyelesaikan pinjaman peribadi dengan 9,786 (11.78%), pinjaman perumahan 6,022 kes (7.49%), hutang kad kredit 4,417 kes (5.5%), 4,291 pinjaman korporat, 3,726 kes pinjaman.

12(d) Dalam kes yang terbanyak menjadi muflis ialah pinjaman sewa beli kereta. Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi berkata majoriti mereka ialah berusia antara 35 sehingga 44 tahun dengan 2,565 kes atau 37%. Juga trend menunjukkan 500 orang diisytiharkan muflis sebab sewa beli kereta. Ini telah melambung tinggi berbanding dengan 265 kes sebulan pada 2007, 227 sebulan tahun 2008 dan 330 sebulan pada tahun 2009.

Ini adalah satu tanda bahawa harga tinggi kesukaran kepada rakyat kita.

Subsidi

13. Oleh yang demikian rakyat biasa sedang mengalami kesusahan dan atas sebab masalah kenaikan bahan makanan dan hutang yang besar, rakyat akan menjadi lebih tertekan dengan kemansuhkan sistem subsidi. Menteri berkata bahawa jika subsidi tidak dimansuhkan Negara akan menjadi muflis pada tahun 2019. Saya khuathir jika subsidi dimansuhkan sebelum rakyat telah dapat mengingkatkan pendapatan, banyak penduduk-penduduk akan menjadi muflis sebelum Negara menjadi muflis.

PKFZ

14. Dua bekas Menteri telah didakwa dalam skandal PKFZ. Saya meminta penjelasan daripada Kementerian adakah tindakan akan diambil untuk menuntut balik wang kerugian kerajaan dalam skandal ini dari mereka yang terlibat. Mereka yang terlibat tidak boleh menyimpan apa-apa keuntungan atau manfaat yang diperolehi dari skandal ini. Apa mereka telah buat ialah memecah amanah rakyat. Kerugian yang dialami oleh Kerajaan adalah wang rakyat dan mesti dikembalikan kepada rakyat.

Kitab Injil

15. Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan naskah kitab dilepaskan selepas kontroversi timbul. Tindakan yang diambil untuk menolak 30,000 naskah kitab injil dibawah masuk ke-dalam Negara pada bermulaannya adalah suatu tindakan yang tidak wajar. Perkara 11 Lembaga Persekutuan mesti diamalkan. Kalau pegawai menolak kemasukan kitab mengikut keputusan Jemaah Menteri yang telah dibuat dalam tahun 1986, Jemaah Menteri patut mengambil tindakan pada masa perkara ini timbul.

Aliran Wang Haram

16. GFI telah mengeluarkan satu laporan bahawa Malaysia adalah Negara kelima terbesar aliran wang haram keluar dalam tempu 2000 ke 2008 berjumlah RM888 billion. Perdana Menteri telah menjawab bahawa jumlah adalah RM135 billion sebab ini adalah "errors and omissions" dalam kenyataan Balance of payments. Saya fahami bahawa "errors and omissions" adalah masalah "timing issue". Mengikut pakar kalau anggaran "errors and omissions" ini adalah jumlah yang kecil ini adalah benar kesilapan akuan. Tetapi bila jumlah ini besar dan terus berada dalam masa panjang, ini menujukan bahawa ini menjadi tanda Negara ada masalah keluaran aliran wang haram. Saya pohon Kerajaan menjelaskan apa tindak yang akan diambil untuk menangi masalah ini.

*Ucapan Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Agong oleh William Leong Jee Keen (gambar kanan) selaku ahli parlimen Selayang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...