13 Mac 2011

Buku Jingga ‘kontrak sosial’ Pakatan-rakyat

Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) bukan hanya mencerminkan dasar perikatan itu tetapi juga bakal bertindak sebagai satu kontrak sosial antara kerajaan dan rakyat, kata Naib Presiden PKR Chua Tian Chang.

Beliau berkata, sokongan kuat dalam pilihan raya umum akan menjadikan manifesto sebagai kontrak janji-janji pembaharuan “komprehensif” yang dibawa PR — perikatan DAP-PAS-PKR. “Kami sudah menandatangani satu kontrak dengan rakyat,” kata Ahli Parlimen Batu ini pada majlis mengutip dana, yang dihadiri 1,000 orang, anjuran PKR Wilayah Perseketuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Beliau menambah Buku Jingga adalah pertama dalam sejarah negara ini mana-mana pelbagai parti cuba untuk membahaskan mengenai dasar yang ditawarkan tanpa tidak terlibat dalam tindakan merosakkan karakter.

PR menggunakan Buku Jingga sebagai alternatif kepada dasar-dasar Barisan Nasional’s (BN) dalam usahanya memenangi hati pengindi.

Antara kandungan Buku Jingga, yang diumumkan 19 Disember lalu ialah 10 inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama jika PR menguasai Putrajaya.

Antara 10 inisiatif itu ialah PR akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama.

Ia juga memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Lain-lain inisitif ialah merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang, menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan, menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar, membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda, menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus, menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin BN menganggap mustahil untuk melaksanakan inisiatif itu sambil mendakwa negara akan muflis jika ia dilaksanakan.

Chua yang turut dikenali sebagai Tian Chua berkata, PR meletakkan sandaran pada Buku Jingga untuk mencetuskan satu lagi “tsunami politik” selepas prestasi menakjubkan mereka pada pilihan raya umum 2008.

“Kita semua harus membuat persediaan untuk tsunami politik kedua,” katanya sambil menambah pihaknya mahu setiap rumah memiliki buku tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...