19 Mac 2011

DUN Sarawak Bubar -Serah Mandat kepada RAKYAT

DUN Sarawak dibubar Isnin

Inilah masa yang sesuai untuk rakyat Sarawak untuk mengulingkan Kerajaan BN dipimpin
oleh Parti PBB yang paling kebal dalam sejarah Malaysia yang akhir-akhir segala skandal pemungahan harta kekayaan sarawak kepada kaum keluarga Taib Mahmud yang banyak didakwa oleh portal Sarawak Report kononya Kekayanya melebihi Sultan Berunai..apa-apapun kita serah kepada Rakyat sarawak untuk menentukanya...

Berita terkini mengenai pembubaran DUN

KUCHING, 19 Mac – Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud mengesahkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Taib berkata notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya.

Pengumuman Taib (gambar) itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini.

Taib, yang genap 30 tahun menerajui pentadbiran negeri ini pada 26 Mac ini, turut melahirkan hasrat untuk berundur sebagai ketua menteri, menyatakan beliau bercadang berbuat demikian sejak 2006 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana tidak dapat dilaksanakan.

Ditanya sama ada penyerahan pentadbiran negeri kepada kepimpinan baru dijangkakan pada pertengahan penggal, beliau berkata perkara itu mungkin.

“Ia mungkin. Saya harap semua orang akan bersetuju,” kata Taib dan menurutnya beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian di samping telah diminta oleh pucuk pimpinan BN supaya mengetuai jentera pilihan raya negeri.

Ketika mengulas isu yang sama, Najib berkata Taib memerlukan sedikit masa untuk memastikan siapa penggantinya yang boleh menjamin kestabilan dan kekuatan BN dan kerajaan akan berterusan.

“Saya cakap secara (terus) terang bahawa Taib dan saya dah ada persefahaman bahawa apa yang penting ialah peralihan secara tersusun dan teratur,” katanya.

Dalam menentukan tidak berlaku sebarang pengolakan, beliau berkata Taib, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diminta supaya mengetuai pilhan raya pada kali ini.

“Bila sampai pada masa yang sesuai Taib akan memaklumkan kepada saya,” kata pengerusi BN itu dipetik Bernama.

Semalam, Taib memberitahu pemberita supaya tunggu sehari lagi untuk beliau membuat pengumuman berkaitan pilihan raya negeri selepas spekulasi mengenai pembubaran dewan undangan negeri semakin memuncak berikutan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri.

Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...