06 September 2012

Kantoi ! Kerajaan Pusat Takut Dedah Laporan Audit NFC


'K'jaan tidak dedah laporan audit ke atas NFC'

Laporan audit mengenai projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan telah pun siap tetapi tidak diumumkam, dakwa Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

Beliau memberitahu pemberita hari ini bahawa pihaknya tahu laporan Pricewaterhouse Coopers yang ditugaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sudah siap.

"Kita tahu laporan itu ada, jadi mengapa lambat untuk mendedahkannya?" katanya sambil menambah rakyat menuntut supaya hasil penemuan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan itu dibentangkan di Parlimen.

Memetik "sumber-sumber" bagi menyokong dakwaannya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata beliau juga berharap untuk mendapatkan laporan tersebut melalui Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), yang beliau merupakan salah seorang anggotanya.

"Tetapi PAC tidak mengadakan mesyuarat,"
kata Pua.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong pula berkata, Chua Tee Yong yang merupakan timbalan

menteri pertanian dan industri asas tani seharusnya mendesak supaya audit PWC tentang projek fidlot itu dibentangkan di Parlimen kerana ia berada dalam bidangkuasa kementeriannya.

Katanya, Chua seharusnya mengikut langkah kerajaan negeri Selangor, yang telah berjanji untuk membentangkan laporan audit mengenai Talam pada persidangan November DUN.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan bahawa juruaudit di KPMG mendapati bahawa kerajaan negeri telah membuat "keputusan komersial yang kukuh" dalam penstrukturan semula hutang Talam.

"Kotakan janji. Jangan tuding jari kepada kerajaan negeri Selangor, tetapi tunjukkanlah kepada kami yang anda akan melakukan perkara yang sama,"
kata Leong kepada kerajaan persekutuan BN.

MCA mendakwa Selangor telah menyelamatkan syarikat bermasalah Talam Corporation dalam skandal RM1 bilion.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...