02 Mei 2015

LAGI KEJUTAN DI PRK PERMATANG PAUH


Bekas timbalan menteri sertai kempen PKR di Permatang Pauh



Penampilan bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyokong kempen PKR di Permatang Pauh merupakan kali kedua beliau melakukan demikian selepas pilihan raya kecil Kajang tahun lepas.

Bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar sekali lagi berkempen untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh, tidak lama selepas melakukan perkara sama semasa presiden PKR itu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tahun lalu.

Bekas ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal itu masih mempunyai pengaruh kuat terutamanya di kalangan Melayu selepas dipecat Umno semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu kerana bertanding sebagai calon bebas.

"Kak Wan (Dr Wan Azizah) adalah calon yang amat prihatin.


"Saya harap tuan-tuan dan puan-puan pengundi dalam Parlimen Permatang Pauh akan guna hak ini untuk undi Kak Wan, calon nombor 3 (atas kertas undi) pada 7 Mei ini," kata Shariff yang pernah menyandang jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang pada 90-an, semasa ceramah di tapak ekspo Seberang Jaya malam tadi yang dihadiri kurang daripada 300 orang.




Sementara itu, aktivis mahasiswa Fahmi Zainol (gambar, kanan) mengggunakan pentas ceramah semalam menegaskan sekali lagi yang beliau tidak pernah berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin.

Menurutnya, beliau sebelum ini cuma meninjau kempen BN di Kampung Tok Elong, Permatang Pauh sebelum bergambar dengan Suhaimi.

"Saya nak jelaskan saya tak pernah berkempen untuk calon BN malah saya berkempen untuk Kak Wan hari ini," katanya.

Fahmi digantung dua semester dan didenda RM600 pada Disember 2014 oleh Universiti Malaya kerana menganjurkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kawasan kampus tanpa kebenaran.

Ceramah yang dianjurkan semalam itu dihadiri oleh kurang daripada 300 orang.

PRK Permatang Pauh pada 7 Mei akan datang diadakan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

MAJLIS PENERANGAN TUN M DI USM TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN?




Tun M di USM ... sambutan begini buktikan ramai yg ingin tahu perkara yg mereka patut tahu.....!!
Hebat sungguh aura bekas perdana menteri Malaysia yang ke 4 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.....pelbagai lapisan masyarakat daripada berbilang kaum memenuhi Dewan Tuanku Syed Putra, USM





01 Mei 2015

PRK P44 : KEJUTAN DARI KEM UMNO PERMATANG PAUH

Pautan kekal imej terbenam

Umno cawangan Guar Jering Jaya umum bubar di bilik gerakan PKR


Umno cawangan Guar Jering Jaya, yang dikatakan tempat asal calon Barisan Nasional PRK Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, dibubarkan, pagi ini. 

Seorang individu yang mendakwa dirinya ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya mengumumkan pembubaran cawangan itu pada sidang media di bilik gerakan PKR Permatang Pauh, pagi ini.


Asri Ahmad, 44, yang mengaku menjadi ahli Umno selama lebih 30 tahun berkata, cawangan yang ditubuhkan pada 2006 dengan 68 orang ahli itu dibubarkan kerana diabaikan kepimpinan tertinggi Umno.

"Kami diabaikan selama bertahun-tahun. Kami tidak dapat peruntukan dan mesyuarat cawangan kami juga dibatalkan tanpa sebab.

"Kami ada hantar surat kepada setiausaha agung Umno tapi sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.

Beliau berkata, mereka kini sedang mempertimbangkan sama ada akan menyertai PKR atau tidak dalam masa terdekat ini.

Timbalan Ketua Pemuda PKR negeri merangkap exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata pembubaran itu satu tamparan hebat buat calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin.

"Kampung Guar Jaya Jering ini tempat asal Suhaimi. Kalau orang kampung dia pun dia tak jaga, bagaimana dia mahu jaga Permatang Pauh.

"Di kampung dia sendiri dia gagal jaga kebajikan orang kampung dia. Kita minta dia berhenti kempen sajalah," kata ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu.

Katanya, Asri selepas ini akan membantu menubuhkan bilik gerakan di Guar Jering Jaya bagi membantu kempen PKR.

Sementara itu, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Othman dalam reaksi segera berkata, permohonan untuk membubarkan cawangan itu diterima Umno negeri sejak tahun lepas lagi.

Namun, beliau perlu menyemak status permohonan tersebut dan mereka yang didapati berkempen untuk PKR sewaktu masih lagi memegang keahlian Umno akan dipecat daripada parti.

PEMUDA UMNO KANTOI MULA SALAHKAN KP KASTAM...MANA MAT MASLAN...MANA....


Pemuda UMNO kutuk KP Kastam

Kastam menangguhkan keputusan kad isian semula telefon prabayar tidak dikenakan GST. Sehubungan itu, semua kad isian semula dikenakan GST sama seperti selepas 1 April.
pemuda-umno-kastam

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengutuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana membuat pusingan-u berhubung harga kad isian semula telefon prabayar.

Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad itu amat memalukan.

Dia berkata, adalah lebih baik jika Khazali diam dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh mendatangkan malu.

“KP Kastam… Semalam cakap lain, Hari ini cakap lain.. Lepas ni jangan lagi cakap apa apa… Berhenti terus… Bikin Malu…” tulisnya di Facebook.

Dalam kenyataan media pada Rabu, Khazali berkata pengumuman bahawa harga kad isian semula tidak dikenakan GST yang diumumkan pada Rabu, telah ditangguhkan.

Sehubungan itu, harga kad isian semula prabayar sama seperti harga jualan selepas 1 April.
Ini bermakna, kad isian semula berharga RM10 djual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Khazali menyatakan arahan penangguhan itu selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat komunikasi.

GST : MP LANGKAWI BOLEH GANTI AHMAD MASLAN?


Selamat Hari Lahir Ahmad Maslan…

Facebook Ahmad Maslan dihujani ucapan tahniah dan doa memohon beliau diberi kekuatan untuk menerangkan kebaikan GST selain ucapan berbaur kutukan.




PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-49 pada 30 April (Khamis).

Ahli Parlimen Pontian itu lahir di Benut, Pontian, Johor, pada 30 April 1966.

Sempena ulang tahun kelahiran Ahmad Maslan, FMT memberikan serba sedikit latar belakang beliau berdasarkan carian di internet.

Bapa beliau, Haji Maslan (arwah) dan ibunya, Hajah Aminah adalah penoreh getah yang miskin dan tinggal di kampung yang tiada kemudahan elektrik, bekalan air paip, tiada jalan raya, kemudahan telefon sehingga 1996.

Ahmad Maslan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubuk Sipat (1973-1978) dan pernah menerima Anugerah Tokoh Murid.

Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (asrama penuh) pada 1979-1983 dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Pembahas Piala Perdana Menteri.

Beliau menyambung pelajaran ke luar negara di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan Victoria University, New Zealand dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Sains Politik).

Ahmad Maslan menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memperoleh Sarjanan Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik daripada 177 pelajar.

Sempena ulang tahun kelahiran ke-49, akaun Facebook Ahmad Maslan dihujani ucapan tahniah dan doa memohon beliau dimurahkan rezeki dan panjang umur.

“Selamat hari lahir Datuk Ahmad Maslan. Semoga Allah panjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin,” tulis Shahruddin Shah.

“Selamat ulang tahun buat Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, semoga terus dalam perjuangan yang murni dan dalam kesihatan, kebahagian bersama Datin Rohani dan keluarga tersayang. Respect to you Datuk, a rare and firm leadership,” tulis Zuraimi Jumaat.

Wartawan Astro Awani, Wan Syamsul Amly pula menulis, Happy birthday Datuk Ahmad Maslan, teruskan perjuangan memberi kefahaman kepada rakyat tentang GST walau 1001 rintangan mendatang.

Facebook Ahmad Maslan juga diserang dengan ucapan yang mengutuk dan mengkritik beliau berhubung kenyataan tentang kebaikan GST.

“Kalau benar Umno larang Mat Maslan, MP (Ahli Parlimen) paling layak dilantik memberi penerangan GST bantu dan sebaris dengan Ahmad Maslan dan Hasan Malek ialah MP Langkawi, Dato Ir Nawawi Ahmad. Saya tertarik dengan hujahnya pergi ke bulan kalau tak nak bayar GST. Idea ini memang genius tak terjangkau pemimpin-pemimpin besar dunia seperti Obama dan Putin, walaupun mereka mampu hantar manusia ke bulan,” tulis Musli Oli.
“Bro Datuk Ahmad Maslan ini memang bijak akademik, akan tetapi cara penyampaian beliau kurang seni. Penyampaian seperti mantan TPM Tun Ghafar Baba, beliau tidak pelajari,” tulis Musram Rakunman. ~FMT

30 April 2015

PANAS! SERANGAN TUN M SEMAKIN SENGIT



Dr Mahathir jumpa akar umbi jelaskan serangan terhadap Najib



Tun Dr Mahathir Mohamad berharap diberi peluang untuk menerangkan kepada ahli Umno tindakannya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mereka dapat membuat keputusan atau menghukum secara bijak dan adil. 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini akan menemui ahli Umno di peringkat akar umbi bagi menerangkan kritikan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan beberapa pihak menganggap tindakannya merosakkan parti.

Dalam entri terbaru di blognya, bekas perdana menteri itu berkata, untuk membuat keputusan atau menghukum secara bijak dan adil, rakyat perlu dengar kedua-dua belah pihak.

"Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli Umno biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbilion ringgit oleh Najib.

"Lepas mendengar kedua-dua pihak, adililah terhadap 'serangan' saya. Apakah saya sedang merosakkan parti atau mencuba menyelamatkannya?" katanya dalam blog popularnya chedet.cc hari ini.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mutakhir ini dikecam pemimpin dan penyokong Umno kerana terus-terusan secara terbuka mengkritik Najib dan meminta beliau berundur.

Dr Mahathir menerangkan, serangan beliau mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian ahli Umno, tetapi niatnya ialah untuk menyelamatkan Umno, "parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang dua pertiga majoriti setiap pilihan raya umum (PRU)."

"Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar Umno di bawah Najib gagal memulih Umno selepas Tun Abdullah," katanya merujuk kepada perdana menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengambil alih kepimpinan negara daripada Dr Mahathir.

Abdullah menjadi perdana menteri pada Oktober 2003 dan berundur pada April 2009 susulan prestasi hambar BN dalam PRU 2008.

"Kemenangan Najib lebih tipis," kata Dr Mahathir.

Beliau berterima kasih kepada ahli akar umbi Umno, yang sebahagiannya menasihatkan beliau menghentikan serangan terhadap Najib kerana katanya, beliau berpengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu.

"Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita."

Beberapa bulan kebelakangan ini, Dr Mahathir menggesa Najib meletak jawatan, mengaitkannya dengan beberapa isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang berbilion ringgit, kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan gaya hidup mewah keluarganya.

Beliau juga meminta Umno menyingkirkan Najib jika tidak mahu tewas pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, Najib baru-baru ini mengumumkan beliau tidak akan menyerah kalah dan menegaskan kerajaannya mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap istiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya ketika membentangkan laporan prestasi Program Transformasi 2014 pada Selasa.
~dipetik dari The Malaysian Insider

29 April 2015

GEMPAR! MALAYSIA DALAM BAHAYA, APAKAH PUNCANYA?

Malaysia dalam bahaya


Wakil Rakyat DAP Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyifatkan personaliti yang ditunjukkan PM meletakkan Malaysia dalam keadaan berbahaya.



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil langkah sistematik dan drastik bagi mendedahkan keburukan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain siri jelajah ke seluruh negara, terdapat cadangan supaya beliau mendedahkan kepada dunia, siapa sebenarnya Najib.

Saranan itu dibuat Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berikutan serangan bertubi-tubi kumpulan pro Najib ke atas mantan Perdana Menteri apabila beliau membangkitkan pelbagai persoalan terhadap kepincangan yang berlaku dalam pentadbirannya.

“Gelagat Najib menunjukkan business untuk remove him from office bukan suatu perkara senang. Jadi jangan kita hidup dalam khayalan. Dr Mahathir tidak akan boleh desak Najib supaya berundur. Geng Najib akan kata- siapa si mamak tua ini? Malah persendaaan kepada Dr Mahathir sudah pun dimulakan.Bloggers UMNO kata apa yang diucapkan oleh Mahathir SEMUA nya fitnah dan dusta,” syornya.

Sebagai contoh, katanya, rakyat marah mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi, penjelasan yang diberikan tidak terperinci.

“Rakyat hendak tahu apa yang kurang pada SST dan kenapa ianya diganti dengan GST? Jika GST kutip cukai yang lebih rendah, mengapa pilih GST kecualilah GST itu sebetulnya skim kutipan cukai yang lebih cekap- yang sebenarnya ia begitu. Maka kita tahu kerajaan yang makin membesar memerlukan wang yang lebih banyak untuk mengurus.

Jika demikian, rakyat khuatir kerajaan yang dipimpin oleh seorang PM yang angkuh, yang belanja macam hilang pedoman, yang membenarkan korapsi dan tipu muslihat, yang tidak mengira apa jadi pada rakyat terus memimpin,”komennya.

Dakwanya, kerajaan menggunakan pelbagai cara untuk alasan untuk mempertahan GST dengan kelentong di sana sini, tanpa jawapan yang kukuh.

Mohd Ariff Sabri membuat ulasan berkenaan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak tampil secara langsung ketika melancarkan Laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada Malam Rabu.

“PM Najib muncul dengan ucapan ala State Of The Nation Address. Tema nya ialah Transformasi Untuk Semua. Ia disiarkan live.
Dia menggunakan kesempatan tersebut untuk jerit, memberi amaran dan melepaskan geram. Jika kita ada pemimpin seperti ini, ini petanda Malaysia dalam bahaya,” tulisnya.

Katanya, mereka yang mengikuti siaran yang dibuat di Angkasapuri membangkitkan pelbagai persoalan walaupun Najib mendakwa pelbagai kejayaan telah dicapai selepas lima tahun ia dilaksana.

“Kita menyampah dengan syarahan Najib mengenai ETP, GTP yang mengujudkan perkerjaan berjuta juta. Siapa perkerja tersebut dan siapa yang dapat kepakaran?

“Sila beritahu kita jumlah perkerja bumiputera yang berkerja dalam projek2 mega yang Najib laksanakan? MRT sebagai contoh. Pergilah ke mana site MRT- para perkerja mereka adalah perkeja asing. Mereka dibayar rendah – mereka boleh terima sebab keadaan negara mereka teruk,”ulasnya.

Menurut Mohd Ariff Sabri di sebalik, cerita kejayaan yang dicapai di bawah ETP, ia sebenarnya menjadi asas kritikan yang dibuat rakyat.

Bagaimanapun semua persoalan yang dibangkitkan tidak dijelaskan Najib.


PENYANYI " SAKITNYA TUH DISINI" RUPANYA JANDA MUDA



Penyanyi 'Sakitnya Tuh Disini' Ditinggalkan Suami Selepas Sebulan Kahwin

Cita Citata semakin popular di Malaysia. Klip vidoenya ditonton lebih 42 juta orang.


KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini iaitu Cita Citata rupa-rupanya seorang janda muda yang hanya melalui bahagia perkahwinan selama sebulan akibat ditinggalkan suami.

Cita atau nama sebenarnya Cita Rahayu, 21, berkata, dia sebelum ini tidak bercakap secara terbuka mengenai statusnya itu kerana ia tidak pernah ditanya oleh pihak media di negaranya, Indonesia.

"Apabila ditanya adakah saya sudah mempunyai teman lelaki sudah tentu saya jawab tidak.

"Soalan sama ada saya solo atau pun sudah berkahwin tidak pernah ditanya namun sekiranya ada pertanyaan, pasti saya akan jawab dengan jujur, saya seorang janda," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi itu ditemui pada majlis pelancaran single Sakitnya Tuh Disini nyanyiannya di Hotel Royale Chulan, di sini Selasa.


Goyang dumang antara lagu hit beliau

Dalam pada itu, Cita memberitahu perkahwinannya dengan bekas suami itu terbongkar selepas lelaki berkenaan muncul memberi kenyataan kepada media meskipun sudah menghilangkan diri hampir tiga tahun.

"Saya berkahwin pada usia 18 tahun dan rumah tangga kami bertahan selama sebulan sebelum dia menghilangkan diri.

"Dia langsung tidak pernah menghubungi saya sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraian kami di mahkamah syariah sehinggalah dia tiba-tiba muncul membuat kenyataan kepada pihak media tentang perkahwinan kami," jelasnya.

Pun begitu dia menganggap kemunculan semula bekas suaminya itu sebagai rahmat kerana perceraian mereka akhirnya dapat disahkan oleh mahkamah.

"Saya tidak pernah menyesal berkahwin muda dan diceraikan kerana kejadian itu meninggalkan banyak hikmah kepada saya terutamanya tentang karier saya.

"Jika bukan kerana diceraikan saya tidak dapat kekuatan untuk berhijrah ke Jakarta dan berada pada tahap sekarang," ujarnya.

Sementara itu, Cita berkata, dia pada awalnya tidak pernah berhasrat untuk bergelar selebriti kerana menyanyi dilakukan semata-mata demi mencari wang untuk menyara hidup.

Malah dia juga tidak menyangka lagu Sakitnya Tuh Disini bukan sahaja mendapat sambutan di negaranya tetapi juga serantau termasuk Malaysia.

"Saya pernah menyanyikan pelbagai lagu termasuk berentak jaz namun akhirnya memilih dangdut untuk diketengahkan.

"Alhamdulillah ia berhasil dan mendapat sambutan cukup luar biasa biarpun tidak sampai setahun muncul sebagai penganyi profesional," kata Cita.




Tambahnya, walaupun persaingan dalam genre itu cukup sengit di Indonesia namun dia bersyukur kelainan muzik dangdut yang disifatkan lebih moden diterima baik peminat.

"Saya mahu membuktikan dangdut bukan muzik kampung dan mampu diterima tanpa perlu beraksi ghairah dan berpakain seksi," katanya.

Selain sedang menyiapkan album sulungnya yang dijangka dipasarkan pada penghujung tahun ini, Cita bakal mengadakan dua mini konsert di Malaysia pada Mei depan.

Kata wanita berasal dari Bandung ini, dia akan menghiburkan peminat di Plaza Angsana Johor Bahru pada 9 Mei dan Menara KL pada 10 Mei depan.

"Saya cukup teruja untuk mengadakan persembahan sulung di negara ini kerana mendapat pertanyaan tidak henti-henti daripada peminat berhubung perkara itu," katanya.

Tiket untuk menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM40 dan ia boleh dibeli di pintu masuk konsert pada hari acara berlangsung. ~Mstar

28 April 2015

TMJ BUAT LAWAK SELEPAS JDT TEWAS DENGAN TEAM LEKEH....???


TMJ Buat Lawak Stadium Larkin Kena Curi!



KUALA LUMPUR – Selepas membidas Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kerana mendakwa penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tiang gol Stadium Ipoh, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail menyiarkan satu gambar berunsur lawak mengenai Stadium Larkin.

Gambar yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu menunjukkan Tunku Ismail membuat lawak kononnya Stadium Larkin telah hilang dicuri pihak tertentu.


Gambar dengan tulisan `Alamak Stadium Larkin dah hilang’ mendapat perhatian ramai pihak terutama peminat bola sepak tanah air yang menganggap tindakan Tunku Ismail itu merupakan satu sindiran ke atas PAFA.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor hari ini membidas dakwaan PAFA bahawa penyokong JDT mencuri tiang gol Stadium Ipoh dalam insiden keganasan bola sepak baru-baru ini.

Baginda yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin itu tidak masuk akal dan memalukan imej persatuan bola sepak tersebut.

Media hari ini melaporkan PAFA akan membuat tuntutan rugi kepada PBNJ diatas keganasan yang dilakukan oleh penyokong JDT termasuk merosakkan papan iklan, mengoyakkan jaring gol dan mencuri tiang gol Stadium Ipoh.

Tunku Ismail bagaimanapun menafikan dakwaan penyokong JDT melakukan keganasan dalam kejadian tersebut sebaliknya mendakwa penyokong Perak bertindak membaling objek keras termasuk batu ke atas penyokong Harimau Selatan.

PANAS!! PUNCA PELAKON MALAYSIA JADI JUTAWAN DILUAR NEGARA TERBONGKAR [ VIDEO INSIDE]





PETALING JAYA: Pelakon terkenal tempatan, Maya Karin dilaporkan telah bergelar jutawan selepas menceburkan diri dalam sektor hartanah di luar negara terutama di kota London.

Pelakon filem seram Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu itu telah melibatkan diri dalam bidang itu sejak 10 tahun lalu dengan menjadikan hasil pendapatan dalam bidang seni sebagai modal pelaburan.

“Saya menggunakan pendapatan yang diperoleh dalam bidang seni untuk dilaburkan dalam projek hartanah dan pengubahsuaian rumah sebelum dijual kepada pembeli dengan harga melebihi 40 hingga 50 peratus daripada modal asal.” katanya.

Maya berkata, beliau banyak mempelajari selok belok pelaburan daripada bapanya, Gottfried Roelcke yangmerupakan kakitangan Bank Dunia Indonesia.

Laporan portal berita Mirror baru-baru ini menyatakan harga rumah di beberapa bandar utama di United Kingdom telah meningkat dan menjadi pelaburan yang amat menguntungkan.

Pada Mac tahun ini, harga rumah di Glasgow dilaporkan meningkat 7.9%, Machester (6.8%), Leeds (6.6%), Bristol (9,7%) dan Cardif (6.7%).

Maya Karin pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali, tetapi bercerai pada 2010 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Artis jelita berusia 36 tahun itu pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa artis lelaki tempatan termasuk Remy Ishak.

Maya juga pernah dikaitkan dengan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Kedua-duanya bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai gossip murahan


- See more at: fmt

Video: Saat-Saat Cemas Gempa Bumi ‘Serang’ Gunung Everest



Video: Saat-Saat Cemas Gempa Bumi ‘Serang’ Gunung Everest



SATU video yang memaparkan aksi cemas di kawasan perkhemahan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest sudah bertebaran di media-media elektronik.

Video berdurasi lebih dua minit itu menyaksikan kawasan perkhemahan para pendaki itu menjadi huru-hara sebaik gempa berskala 7.8 magnitud melanda kawasan terbabit.

Video amatur itu menyaksikan sekumpulan pendaki berusaha menyelamatkan diri mereka daripada menjadi mangsa bencana alam.

Difahamkan jumlah kematian semakin meningkat dari hari ke sehari iaitu kini sebanyak 2,500 dan ianya dijangka meningkat apabila pihak berkuasa Nepal meramalkan kadar kemalangan jiwa mungkin meningkat sehingga ke 10,000 orang.

Setakat ini, dipercayai 18 pendaki termasuk tiga dari Amerika Syarikat dikhuatiri maut selepas gempa bumi itu menenggelamkan kawasan perkhemahan mereka.

27 April 2015

PUNCA SEBENAR BOJAN HODAK DIGUGURKAN


JDT Lantik Bekas Pen.Jurulatih Valencia & Inter Sebagai Jurulatih Baru


SELEPAS gagal menyerlah bersama jurulatih Croatia, Bojan Hodak, Johor Darul Takzim beralih kepada jurulatih Argentina, Mario Gomez pula.

Presiden Persatuan Bolasepak Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengumumkan nama jurulatih baru JDT itu memberi alasan, pasukannya memerlukan perubahan angin dan ini termasuklah membawa mereka ke peringkat seterusnya.

Hodak yang berjaya membawa JDT muncul juara Liga Super musim lalu telah digugurkan sebagai ketua jurulatih JDT pada Ahad.

Sambil merakamkan ucapan terima kepada Hodak di atas sumbangannya selama ini, Tunku Ismail berkata, jurulatih itu faham mengapa pihak persatuan terpaksa mengambil tindakan drastik dengan melantik jurulatih baru.

Tambah Tunku Ismail, jawatan terakhir Gomez ialah bersama Persatuan Atletik China Selatan di Hong Kong dan jurulatih JDT yang baru itu akan memulakan tugasnya secara rasmi Jumaat ini.

Dia juga pernah menjadi penolong jurulatih pasukan La Liga - Valencia serta bekas juara Itali, Inter Milan.

HARI-HARI AKHIR NAJIB SEMAKIN HAMPIR??

Pemimpin kanan Umno mula bergerak menentang 1MDB, kata wartawan veteran




Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, beliau terkejut apabila mendapati dokumen 1Malaysia Development Berhad dilihat pemimpin Umno yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan maklumatnya dikongsi untuk cuba membersihkan imej syarikat tersebut. 

Beberapa pemimpin Umno mula menyebarkan maklumat mengenai syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mengelakkan berlaku lebih banyak kerosakan terhadap kewangan kerajaan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini.

Melalui blog miliknya, bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati baru-baru ini dokumen 1MDB dilihat pemimpin Umno yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan maklumatnya dikongsi untuk cuba membersihkan imej syarikat tersebut.

"Saya terkejut apabila beberapa hari lalu, beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk menteri, yang sebelum ini menyokong perdana menteri, memberitahu saya kisah berbeza.

"Seorang daripada mereka berkata, pernah melihat dan meneliti dokumen 1MDB, serta berkongsi maklumat itu dengan anggota parti untuk memastikan tiada lagi kerosakan dilakukan kepada kewangan kerajaan dan mereka yang bersalah akan dipertanggungjawabkan," kata Kadir dalam blog miliknya, kadirjasin.blogspot.com.

Beliau berkata demikian sebagai tanda, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersendirian dalam cubaannya untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.





Dr Mahathir semakin kerap menyerang Najib, selain membangkitkan isu 1MDB yang kini dibebani sejumlah RM42 bilion hutang, beliau turut membangkitkan isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Melalui blognya, Kadir turut berkata, 1MDB seharusnya berpeluang memberikan penerangan berkenaan perjanjian perdagangannya ketika pertemuan pelabur di ibu negara baru-baru ini, namun syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri.

"Jika lembaga penasihat, pengarah dan pengurusannya begitu pasti berkenaan modus operandi dan ketelusan mereka, mereka sepatutnya hadir sidang berkenaan," katanya, merujuk kepada forum Invest Malaysia 2015 yang berlangsung pada 23 April lalu.

Pengerusi Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak juga menyuarakan rasa kecewa susulan kegagalan 1MDB hadir dalam forum berkenaan.

Nazir, yang merupakan adik kepada Najib berkata, kegagalan syarikat berkenaan menghadirkan diri "tidak membantu" dan hanya menambah persepsi negatif terhadap skandal yang membelenggu 1MDB.

"Kami menjemput 1MDB tetapi mereka menolaknya. Mereka enggan turut serta. Saya kecewa kerana saya fikir mereka mempunyai elemen penting dalam Invest Malaysia, memandangkan isu berkenaan hangat diperkatakan.

"Penting untuk kami mengetahuinya. Keseluruhan isu 1MDB ini, lebih awal ia dijelaskan, lebih baik untuk semua orang. Bila isu dibiarkan, orang akan menjangkakan yang terburuk," kata Nazir. ~DIPETIK DARI TMI

TERKINI : SKANDAL 1MDB USUL TIDAK PERCAYA PADA DS NAJIB DALAM SIDANG PARLIMEN


KENYATAAN MEDIA: SKANDAL 1MDB: USUL TIDAK PERCAYA PADA DS NAJIB DALAM SIDANG PARLIMEN

1. 1MDB bukan hanya isu Tun Dr Mahathir.

1MDB adalah isu terbesar negara pada waktu ini.

2. Sekalipun Tun M acap kali menyebut jumlah hutang 1MDB adalah RM 42 Billion, namun berdasarkan penyata kewangan 1MDB pada 2014, jumlah tanggungan 1MDB telah mencecah RM 48.96 B termasuk hutang RM 45.38 B dan cukai tertunggak RM 2.3 B.

Bermakna, hutang 1MDB telah berkembang lebih besar dari apa yang disebut oleh Tun M sebenarnya.

3. Dalam usianya baru berumur 4 tahun, 1MDB telah mencipta tanggungan negara yang begitu besar.

Bagaimana jika DS Najib dibiarkan menguruskan negara untuk 4 tahun akan datang tanpa sebarang sekatan yang berkesan ??

Hutang 1MDB akan menjadi RM 100 B dan separuh darinya lesap entah ke mana?

5. Usia Tun M pada kebiasaan manusia biasa tidaklah terlalu lama berbaki. Beliau tidak akan sempat menanggung malapetaka dari hutang menggunung itu.

Generasi baharu Malaysia sebenarnya yang perlu lebih peka dengan gaung hutang yang begitu besar dalam masa begitu singkat dengan lompang besar ke mana ia telah dihilangkan tidak terjawab.

1MDB lebih melibatkan kita semua dan anak cucu kita lebih dari melibatkan Tun M.

Kita juga harus bertanya sebagaimana pertanyaan Tun M.

Ke mana lesapnya wang itu?

Untuk negara? Untuk individu? Untuk dana politik ?

6. Berdasarkan laporan terbaharu Sarawak Report yang belum dinafikan, antara lain sejumlah berbilion ringgit telah dimasukkan ke dalam akaun berkait 1MDB di BSI di Singapura antara tahun 2011 - 2013.

PRU lalu adalah pada tahun 2013. Adakah wang yang dipinjam 1MDB digunakan untuk dana PRU Barisan Nasional?

7. Lebih banyak keraguan dan pertanyaan wujud bila tidak adanya ketelusan dan jawab balas yang bertanggungjawab.

Diam atau "silent" membawa dua makna. Satu, dakwaan-dakwaan dan fakta adalah benar dan tidak boleh disanggah. Caranya ialah berdiam diri.

Jika bapa UMNO sepenting Tun M hampir setiap hari melontarkan pertanyaan yang disokong dengan fakta dan data tidak dilayan oleh PM, apatah lagi pertanyaan atau kritikan orang biasa.

Ini memberikan gambaran kepada sistem pengurusan negara kita. Jika negara tidak mempunyai orang seperti Tun M, maka skandal sebesar 1MDB akan selamat disembunyikan??

Hanya dengan cara berdiam diri atau menyiasat orang yang menyuarakan. Kedua-duanya sama buruk.

8. Jika apa yang dibangkitkan oleh para pengkritik adalah tidak benar, apa salahnya PM bersikap telus dengan 1MDB?

Adakan hari terbuka untuk rekod-rekod 1MDB diperiksa oleh Tun M, wakil tiap-tiap parti politik, profesional dan rakyat dalam negara ini dan media. Segala keraguan boleh diperiksa.

Ketelusan akan menjawab segala keraguan.

Sebaliknya, sikap berahsia dan gagal bertindak balas secara profesional seakan membenarkan semua dakwaan.

Jika apa-apa yang didakwa oleh Tun M bahawa RM 27 B lesap (bukan kerugian dan pada perkiraan saya jumlahnya akan menjadi lebih besar jika akaun anak-anak syarikat atau bekas anak syarikat 1MDB diambil kira) dan negara kerugian RM 25 B atas kerugian harga hartanah yang dianugerahkan kepada 1MDB dibawah nilai sebenar pasaran adalah benar, satu malapetakan besar telah melanda negara kita dan Islam tidak mengizinkan ia didiamkan sahaja.

9. Pada waktu DS Najib sebagai pemimpin utama UMNO dan kerajaan diserang bertubi-tubi , anehnya pemimpin lain dan anak buah UMNO hanya bersuara sumbang sekali sekala, kemudian membisu.

TPM kelihatan hanya menunggu DS Najib gugur. Pemuda UMNO hanya pandai melambung badan DS Najib, kemudian diam. Naib-naib Presiden UMNO tidak mengeluarkan pendirian yang bulat atau membantu membuat penjelasan.

Bolehkan DS Najib survive dalam suasana sebegini??

Atau beliau membilang hari?
Jika DS Najib tidak lagi boleh diselamatkan, adalah lebih baik bagi Negara kita segera keluar dari episod ketidaktentuan ini dengan segera.

Lebih cepat episod ini berakhir, adalah lebih baik buat Negara.

10. Apa yang ahli Parlimen PR boleh membantu?

Adakan usul tidak percaya pada DS Najib dalam sidang Parlimen bermula akhir Mei boleh membantu.

Dengan kerjasama pihak-pihak Umno dan BN juga.

Sekalipun usaha Tun M menukar PM bertujuan memperkukuhkan UMNO, tujuan kita pula ialah untuk menyelamatkan Negara dari malapetaka ini dengan menghilangkan punca mala petaka itu.

Husam Musa
Naib Presiden PAS
27/04/2015


TMJ CABAR - BALING BATU KEPADA DIA KALAU ADA BERANI




“Baling Batu Kepada Saya Jika Berani” – TMJ



KUALA LUMPUR – Insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh selepas tamat aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Perak malam kelmarin bertambah panas dengan reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kejadian itu hari ini.

Tunku Ismail yang ternyata berang dengan layanan buruk diterima penyokong Johor pada malam tersebut mencabar penyokong pasukan lain yang bencikan Harimau Selatan supaya jangan membaling batu kepada penyokong Johor, sebaliknya membaling batu kepada beliau.

“Kepada pahlawan kekunci dan juga kepada semua penyokong bola sepak dari mana-mana negeri, janganlah setakat berani berbunyi di alam maya. Kalau tidak berpuas hati, janganlah membaling batu kepada penyokong JDT.

“Balinglah kepada Presiden PBNJ kerana sayalah yang merevolusikan pembangunan bola sepak negeri Johor. Sila beritahu saya tarikh dan tempatnya dan saya akan datang,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu menafikan penyokong Johor punca kepada kekecohan tersebut sebaliknya mendakwa penyokong Perak yang mencetuskan pergaduhan dengan membaling objek keras kepada penyokong Harimau Selatan.

Titah baginda, pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) yang ketakutan akan dikenakan tindakan pantas membuat laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kononnya penyokong Johor bertindak liar.

Justeru, baginda menyifatkan perbuatan penyokong Perak tersebut menjelaskan sikap tidak bertamadun mereka sejak tahun 2013.

“Sedar atau tidak bahawa tuduhan dilemparkan kepada penyokong JDT tersebut yang rata-ratanya datang bersama keluarga dan anak kecil.

“Mengapa tidak tanya sendiri kepada polis adakah kami yang mulakan dahulu. Lagu “JDT Bangsat” mula berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Perak yang memenuhi stadium malam itu,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tunku Ismail mencadangkan FAM mengambil tindakan dengan mendenda `mata’ yang diperoleh pasukan itu kerana ia lebih berkesan untuk menangani insiden sama berulang.

Baginda turut melahirkan rasa kesal kerana pasukan lain tidak berusaha menangani unsur-unsur negatif dalam kalangan penyokong mereka seperti yang PBNJ lakukan ke atas Inter Johor Firm (IJF).

“Teringat pula satu kisah semasa saya kecil dahulu orang-orang tua Johor berkata. Dahulu semasa manusia bermesyuarat dan duduk diatas pokok, di Johor, orang-orang Johor sudah mula memandu Rolls Royce,” sindir baginda.

Tunku Ismail turut mengemukakan kronologi insiden di Stadium Perak tersebut seperti berikut:

– Selepas tamat perlawanan penyokong Perak berkumpul dan memenuhi lobi utama stadium dan hanya bersurai selepas dikerahkan oleh pasukan keselamatan.

– Jalan utama menuju ke stadium turut dibanjiri penyokong Perak sehingga menghalang laluan kenderaan.

– Dua bas JDT telah dibaling dengan objek keras.

– Perbincangan diadakan oleh pengurusan JDT dan Ketua Polis Daerah Ipoh untuk mendapatkan kebenaran menggunakan trak FRU bagi menjamin keselamatan pemain.

– Penyokong JDT yang berada di stadium diarahkan berkumpul di grandstand dan padang.

– Beberapa penyokong Perak meluru masuk ke dalam stadium dari arah bertentangan grandstand dan membaling objek keras ke arah penyokong JDT.
– Pada pukul 1.00 pagi, penyokong JDT diiringi pasukan keselamatan berjalan kaki ke Kem FRU Sg. Senam (berjarak 300-400 meter).

– Penyokong menaiki bas dan diiringi pasukan keselamatan sehingga jalan masuk ke lebuh raya.

26 April 2015

GAMBAR-GAMBAR KEJADIAN GEMPA BUMI DI GUNUNG EVEREST


100 pendaki Everest terperangkap, laluan pulang ke Base Camp terhalang


Para pendaki gunung everest berada di Camp 1 dan 2 selepas laluan pulang ke Base Camp terhalang dengan runtuhan salji ekoran gempa bumi di Nepal semalam. Foto: AP

Lebih 100 pendaki gunung Everest dilaporkan selamat di Camp 1 dan 2 di gunung tertinggi dunia itu, selepas gempa bumi berukuran 7.9 Skala Richter melanda Nepal semalam.

Pengerusi Persatuan Pendaki gunung Nepal, Sherpa Ang Tshering berkata, kini pihaknya berdepan kesukaran untuk memindahkan kesemua pendaki gunung itu dari Camp 1 dan 2 ke Base Camp.

"Kami berdepan masalah untuk memindah semua pendaki tersebut kerana laluan kembali ke Base Camp menerusi salji terjun Khumbu, terhalang akibat runtuhan salji ekoran gegaran akibat gempa bumi," katanya kepada Reuters hari ini.

Kata Sherpa itu lagi, runtuhan salji yang melanda di bahagian kem mempunyai tekanan dan kekuatan dua kejadian runtuhan salji di dua gunung berbeza.

"Khemah kami diliputi serbu salji.

"Setakat ini sebanyak 17 mayat pendaki telah dijumpai dan 16 pendaki lagi mengalami kecederaan ekoran bencana itu," katanya. - Reuters


In this photograph taken on April 25, 2015, Nepalis and other climbers, porters and rescue teams help carry a person injured by an avalanche that flattened part of Everest base camp. Roberto Schmidt/Agence France-Presse/Getty Images

Iswari Paudel, managing director of Himalayan Guides Nepal, a Katmandu-based trekking firm, said he had gotten word that the avalanche killed four people who were working on the mountain for his company.

Continue reading here.

In this photograph taken on April 25, rescuers carry a Nepali guide injured by an avalanche that flattened parts of Everest base camp. Roberto Schmidt/Agence France-Presse/Getty Images



In this photograph taken on April 25, rescuers look for survivors after an avalanche that flattened parts of Everest base camp. Roberto Schmidt/Agence France-Presse/Getty Images


Rescue team personnel carried an injured person towards a rescue helicopter at Everest base camp on April 26. Roberto Schmidt/Agence France-Presse/Getty Images


A rescue helicopter prepared to land to pick up the injured from Everest base camp on April 26, a day after an avalanche triggered by an earthquake devastated the camp. Roberto Schmidt/Agence France-Presse/Getty Images

Nepali members of expeditions watch as a rescue helicopter takes off with the injured from Everest base camp on April 26. Roberto Schmidt/Agence France-Presse/Getty Images

A view of the Everest Base Camp on Sunday, a day after an avalanche triggered by an earthquake devastated the camp. Roberto Schmidt/Agence France-Presse/Getty Images

PENYOKONG JDT MENGAMUK SETELAH TEWAS DAN BOJAN PULAK DIGANTUNG


‘Serang penyokong perbuatan melampau’




Pemain pasukan JDT Mohd Safee Mohd Sali mencetuskan kekecohan ketika menentang Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Perak malam tadi.

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) akan membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan liar segelintir penyokong Johor Darul Takzim (JDT) selepas perlawanan Liga Super 2015 antara kedua-dua pasukan itu, di Stadium Perak, di Ipoh malam tadi.

Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas menyaksikan penyokong JDT bertindak membaling besi ke arah penyokong Perak.

"Mereka baling besi tapi tidak kena, cuma kena bahagian kerusi. Saya lihat sendiri penyokong JDT pergi ke bahagian pintu D dan mengejar penyokong kita.

Ketika itu nasib baik ada pagar yang hadang jadi penyokong kita pun lari. Ini melampaui batas sebagai penyokong Malaysia.

"Dalam mesyuarat sebelum ini, kami sudah bincang dengan polis, biar penyokong Perak dengan pemain keluar terlebih dahulu.

"...dan barulah penyokong dan pemain JDT keluar. Kita juga telah mengambil langkah awal dengan mengarahkan semua penyokong JDT masuk ke kawasan padang dan masa itulah perkara ini terjadi," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga akan membuat tuntutan ganti rugi kepada FAM selepas mendapati beberapa papan iklan rosak akibat kejadian tersebut.

"Kalau kita tidak cukup kawalan keselamatan mereka akan menyalahkan kita. Tetapi bila sudah cukup kawalan keselamatan, segelintir penyokong pula bertindak liar. Jadi saya rasa kalau perkara ini dibiarkan berlarutan imej bola sepak negara akan tercalar dengan sikap sebahagian penonton ini.

"Malah saya difahamkan dalam stadium ada juga pergaduhan antara penyokong JDT sendiri yang terdiri daripada dua kumpulan berasingan. Namun, kita dapat halang agar pergaduhan itu tidak berpanjangan," katanya.

Beliau berkata sebanyak 570 anggota keselamatan termasuk daripada Pafa telah ditugaskan untuk menjaga ketenteraman pada perlawanan malam tadi.

Ketika ditanya berhubung pemain JDT menaiki kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) selepas perlawanan tamat, beliau berkata, ia sebagai langkah pencegahan demi menjaga keselamatan pemain.

"Dalam mesyuarat, memang kita minta supaya pemain dibawa masuk dalam kenderaan FRU kerana kita tahu ada segelintir penyokong yang menunggu di celah pokok dan baling batu, jadi itu merupakan langkah mengelak daripada terkena pemain.

"Ia bukan disebabkan kejadian itu (pergaduhan) tetapi secara kebetulan. Jika tidak berlaku pun, memang kita dah putuskan untuk berbuat demikian dalam mesyuarat," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Perak menewaskan JDT 2-1. - Bernama

Bojan Diarah Berehat Selepas Tewas Kepada Perak



Bojan Hodak (depan) menerima surat direhatkan daripada pihak pengurusan pada Sabtu. Minggu lalu B. Sathianathan (belakang) diarahkan berehat oleh ATM.

PETALING JAYA: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merehatkan Bojan Hodak sebagai jurulatih pasukan serta-merta.

Keputusan mengejutkan itu dibuat pada Sabtu apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memberitahu jurulatih dari Croatia serta tiga pembantunya - Nenad Bacina (pembantu jurulatih), Miro Petric (jurulatih kecergasan) dan Antonio Sisis (jurulatih penjaga gol) agar ‘mengambil rehat’.

Ketika dihubungi, Hodak mengesahkan ada menerima surat daripada pihak pengurusan mengenai perkara tersebut, namun dia enggan memberi sebarang komen.

Hodak yang membawa JDT menjulang gelaran pertama liga super musim lalu menjadi jurulatih Liga Malaysia yang ketiga diberitahu ‘berehat’ musim ini.

Minggu lalu, jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B.Sathianathan direhatkan selepas aksi buruk The Gladiators selepas meraih tujuh kemenangan sahaja musim ini.

Manakala bulan lepas, Kelantan FA membuat perubahan drastik dengan menukar jurulatih George Boateng dari Belanda menjadi ketua jurulatih kanan dan pengarah teknikal gara-gara aksi buruk pasukan.

JDT kini mencatat 15 mata daripada sembilan perlawanan daripada 12 pasukan liga.

Mereka mengekalkan rekod bersih tanpa tewas di Stadium Larkin dengan memenangi empat perlawanan. Sebaliknya keputusan di tempat lawan tidak selancar di laman sendiri apabila mencatat tiga seri dan dua tewas.

Jumaat lalu, skuadnya tewas 2-1 kepada Perak di Stadium Perak walaupun mereka membuka jaringan awal.

Pasukan ‘Harimau Selatan’ itu juga turut terkeluar daripada saingan Piala FA yang menjadi finalis musin lalu selepas tewas kepada juara bertahan, Pahang pada aksi pusingan kedua pada Mac lalu.

Bagaimana pun, mereka mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFC dengan mengetuai Kumpulan F (9 mata) dan hanya memerlukan satu mata untuk layak ke kelompok 16 pasukan terakhir. ~ Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...