03 Julai 2015

TERPANAS! PUTRAJAYA BERGEGAR LAGI?, APAKAH PUNCANYA

Rakyat Malaysia tak berkenan jawapan pejabat PM mengenai WSJ


Pengguna media sosial tidak berkenan dan tidak yakin dengan kenyataan Putrajaya yang menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Datuk Seri Najib Razak menerima berbilion ringgit yang dipindahkan ke dalam akaunnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Julai, 2015.

Pengguna media sosial kelihatan tidak berkenan dan tidak yakin dengan kenyataan Putrajaya yang menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Datuk Seri Najib Razak menerima berbilion ringgit yang dipindahkan ke dalam akaunnya.

Pengguna Facebook melalui komen mereka menghentam perdana menteri di laman profil rangkaian sosial beliau hampir sepanjang masa sejak beliau berkongsi kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri jam 1.39 tengah hari tadi.

Mereka melepaskan kemarahan, rasa sakit hati dan menghamburkan sindiran dalam hampir 500 komen yang dibuat setakat ini.

"Eerrr.. How about we don't believe you (Macamana kalau kami tak percayakan anda)!!” kata Damien Thanam.

Nicholas Chin menulis: "Our cute PM. like to post in fb rather than speak openly to the ppl (PM kita yang comel, suka tulis posting FB, daripada bercakap secara terbuka dengan rakyat).”

"U should realise by now that you have lost the rakyat's support. No amount of money n propaganda can save you this time (Anda patut sedar sekarang anda kehilangan sokongan rakyat. Sebanyak mana wang dan propaganda pun tak akan dapat selamatkan anda kali ini),” tulis Fariz Zakaria.

Kenny Wan mencadangkan Najib buktikan kepada semua yang beliau memiliki sokongan rakyat.

"100% support you PM Najib. Why not dissolve the parliament and call for early election to show everyone that you will be still democratically elected? (100% menyokong anda, PM Najib. Kenapa tidak bubar Parlimen dan isytiharkan pilihan raya segera untuk tunjukkan anda masih dipilih secara demokratik” katanya.

Zakiy R. Hasham menulis: “Thank you for your services sir. your contributions are highly appreciated, but I think it’s time for you to move on. Wish you the very best in life. (Terima kasih atas perkhidmatan Tuan. Sumbangan anda amat dihargai, tetapi saya rasa tiba masanya anda pergi. Mengucapkan yang terbaik untuk hidup anda)"

Sweekeng Lim menggesa Najib mengisytiharkan hartanya kepada umum untuk membuktikan beliau tidak bersalah, sambil Mahmud Fahrurrazi Uhd bertanya Najib bila beliau akan bertaubat.

Pengguna Facebook Mohammad Fadino Khairuman bertanya adakah Najib membaca semua komen yang dibuat dan akan membalasnya.

"Saya menguruskan sebuah fan page dengan fan 3.5 juta. Jauh lebih banyak dari Pak Jib. Namun walau ada satu comment negative ianya dapat saya perasan dan memberi maklum balas. Jadi janganlah kata Ko tak nampak orang semua tak suka dekat ko di FB ni Jib. #MuhongKuat”

Ramai juga yang mencabar Najib menyaman WSJ kerana laporan itu, seperti Zuhairy Fauzy yang menulis: “ Sue WSJ then. You’re always right, aren’t you? (Kalau begitu, samanlah WSJ. Anda memang selalu betul, kan?)"

Seorang lagi pengguna Facebook, Norakma Mohd Yaman mengatakan: "Kalau setakat tulis sahaja, saya pun boleh buat. Bukti mana, bukti? Samanlah WSJ kalau betul kau di pihak yang betul. Menyampah pula dengan propaganda melalut ini."

Beberapa pengguna turut menulis “Turun harga minyak” sementara Caverna Tan mengatakan: "Pasal tu la adanya GST."

Ada juga pengguna Facebook yang menulis komen yang lucu dan meminta wang saku dari perdana menteri.

Alif Fadzlan Shamsuddin menulis: "ajib nak duit sket."

“Duit raya sikit datok sri…” kata Ahmad Shafuan Muhammad.

"Byk duit dlm acc?.. mintak sikit.. nak raya ni,” kata Wan Kew pula.

Sementara itu, seorang pengguna dengan nama Borneoartifact Galvin mengucapkan tahniah kepada Najib kerana terkenal di WSJ.

Bagaimanapun, ada segelintir yang tidak terpengaruh dengan dakwaan WSJ dan menulis kata-kata yang positif dalam komen mereka.

Lina Hashim berkata, Najib tidak akan bertindak tidak bijak dengan menyalurkan wang ke akaun peribadinya. "Akal ada fikir. Bulat2 org msia yg kurang akal kena tipu."

Pmoula Ranking menulis: “Najib ialah pemimpin terbaik dan beliau akan teruskan usahanya yang baik di Malaysia. Jadi, para pensabotaj, saya merayu, jangan ganggu perdana menteri kita, biarkan beliau meneruskan pentadbirannya. Teruskan Najib, Allah bersamamu."

Sementara itu, Queenislam al Makkah menulis: "Orang orang negatif macam ni memang banyak, malah pada zaman Nabi pun bersepah. Bertabahlah PM... bukan senang nak capai kemerdekaan, hanya yang tulen yang memahami. Selamat Berpuasa dan Malaysia Boleh!!!-

DIPETIK DARI :themalaysianinsider.com


Dr M: Kenapa LHDN tak serbu Seri Perdana?


‘Individu tertentu’ cuba sabotaj Najib melalui laporan WSJ, kata PMO



Pejabat Datuk Seri Najib Razak berkata, media tempatan tidak sepatutnya menerima sebarang dokumen sebagai tulen melainkan jika ia disahkan pihak berkuasa yang berkenaan, susulan portal berita Malaysia memetik pendedahan yang dibuat Wall Street Journal dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Julai, 2015.

Menyifatkannya sabotaj politik, Putrajaya hari ini berkata, pendedahan Wall Street Journal (WSJ) yang berbilion ringgit disalurkan ke dalam akaun bank Datuk Seri Najib Razak adalah kerja "individu tertentu" untuk melemahkan keyakinan dalam ekonomi, memburukkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata dalam satu kenyataan, media tempatan tidak sepatutnya menerima sebarang dokumen sebagai tulen melainkan ia disahkan pihak berkuasa yang berkenaan, susulan portal berita Malaysia memetik pendedahan yang dibuat WSJ dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

"Walaupun kepimpinan perdana menteri berjaya memimpin ekonomi Malaysia menghadapi cabaran global – seperti yang diiktiraf minggu ini melalui kenaikan taraf Fitch – wujud usaha bersepadu individu tertentu untuk melemahkan keyakinan dalam ekonomi kita, mencemarkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.
"Dakwaan terbaru itu, yang memetik penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang perdana menteri, merupakan kesinambungan daripada sabotaj politik ini," kata PMO dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa menteri mempersoalkan laporan dalam WSJ dan Sarawak Report itu yang mengatakan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyalurkan wang ke dalam akaun Najib melalui beberapa syarikat lain.

1MDB menafikan dakwaan itu.

"Seperti dilaporkan, jenayah kebocoran dokumen, pengubahsuaian dan pemerasan berlaku bagi mengelirukan media dan orang ramai.

"Oleh itu, wajib bagi pengamal media yang bertanggungjawab untuk tidak menerima dokumen sebagai tulen melainkan jika disahkan pihak berkuasa yang berkenaan.

"Mengenai dakwaan itu, perlu diambil perhatian yang 1MDB sudah menyatakan syarikat itu tidak pernah menyalurkan dana kepada perdana menteri," kata PMO.

WSJ dan Sarawak Report mendakwa hari ini, siasatan kerajaan terhadap 1MDB mendapati, wang berjumlah berbilion ringgit disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

Dokumen itu menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan, lapor WSJ.

Urus niaga terbesar, katanya, melibatkan deposit sebanyak AS$620 juta dan satu lagi AS$61 juta pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Sarawak Report melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

Kedua-duanya memetik dokumen siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara sedar mengenai hal itu.

Kementerian Kewangan berkata sebelum ini, SRC melaburkan dana itu dalam Gobi Coal & Energy Ltd, syarikat berpangkalan di Mongolia, namun butiran lanjut tidak didedahkan.

Transaksi terbaru, menurut laporan itu adalah pada Februari tahun ini. Dokumen menunjukkan SRC International memindahkan RM10 juta ke sebuah akaun milik “Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak” di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.

WSJ turut melaporkan SRC dan bank tersebut enggan mengulas perkara itu. – 3 Julai, 2015.

SUMBER BERITA


BACA LAGI BERITA YANG BERKAITAN SINI


Pemuda MCA: Penafian saja tak membantu



Pemuda MCA menggesa 1MDB supaya memberikan maklumat dan penjelasan terperinci bagi menjawab dakwaan terbaru yang terkandung dalam laporan Wall Street Journal (WSJ).



"Maklumat yang terkandung dalam artikel WSJ adalah amat serius. Apabila sebuah penerbitan terkemuka antarabangsa menyiarkan butiran seperti itu dalam laporannya, 1MDB tidak sepatutnya hanya memberi kenyataan mudah menafikan dakwaan tersebut," kata Ketuanya, Chong Sing Woon dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan menyediakan maklumat dan penjelasan terperinci, katanya, ia akan dapat mengurangkan rasa syak wasangka orang ramai.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa WSJ supaya memberikan bukti yang kukuh berhubung laporan tersebut, di samping mendesak 1MDB, yang dananya didakwa disalurkan ke dalam tabung peribadi Najib, supaya menjawab lebih daripada hanya penafian mudah mengenai isu itu.

Laporan WSJ memetik penyiasat Malaysia yang tidak dinamakan sebagai mendakwa AS$700 juta dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun bank yang dipercayai milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

 Dipetik dari Malaysikini

28 Jun 2015

BERITA PANAS DARI BANGKOK, SAPA PULAK BAKAL KANTOI??


Kadir Jasin pertikai Justo dibayar RM15.5 juta untuk ‘tutup mulut’

Xavier Andre Justo ditahan di rumahnya di Koh Samui Isnin lalu atas dakwaan cuba memeras ugut PetroSaudi. – Gambar ihsan Royal Thai Police, 28 Jun, 2015.

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin hari ini berkata masih terlalu awal untuk bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung kebocoran maklumat daripada Xavier Andre Justo adalah maklumat yang diputar belit.

Bekas ketua pengarang New Straits Times itu turut mempertikaikan jika begitu mengapa Justo yang dituduh bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan syarikat diberi pampasan RM15.5 juta.

"Buat salah dapat pampasan? Tak tahulah pula kalau itu amalan PSI (PetroSaudi International) atau syarikat pak Arab di mana kakitangan yang ‘bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan’ dibagi pampasan.

"Atau si XAJ (Justo) ini dia dibayar RM15.5 juta supaya ‘tutup mulut’,” katanya menerusi tulisan terbaru di blognya, kadirjasin.blogspot.com.

Kadir berkata, jika Justo bukan seorang penipu dan pemeras ugut kelas dunia serta enggan meringkuk dalam penjara, Justo semestinya akan memberitahu polis dan mahkamah Thailand kisah sebenar, jika beliau didakwa.

"Jadi saya tidak hairan kalau penangkapan XAJ di rumahnya di Koh Samui Isnin lalu atas dakwaan membocorkan rahsia kepada laman web Sarawak Report mendebarkan jantung pihak berkaitan dengan 1MDB.

"Jadi negara kita semakin hari semakin ‘terkenal’ seantero dunia kerana 1MDB, FGV dan yang terbaru, Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana disyaki merasuah dalam urusan jual beli harta di Australia.”

Katanya, menurut akhbar Thai, Bangkok Post memetik polis Thailand sebagai berkata, Justo yang berusia 49 tahun dibayar 140 juta baht (kira-kira RM15.51 juta) untuk meninggalkan PSI setelah didapati “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan”.

Beliau juga didakwa menuntut 90 juta baht lagi daripada PSI untuk tidak membocorkan maklumat seterusnya kepada syarikat yang bersaing dengan PSI
.SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...