05 April 2014

KANTOI! SAH KLIA & MAHB BERBOHONG...LAPORAN KLIA DIPILIH AIRPORT KEDUA TERBAIK DIDUNIA !!!! LIHAT BUKTINYA...


BETUL KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KLIA DI IKTIRAF LAPANGAN TERBANG KEDUA TERBAIK DI DUNIA......

MStar online semalam telah menghebohkan satu negara yang Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA diiktiraf sebagai lapangan Terbang kedua terbaik didunia... betul ke??????

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad berkata, KLIA secara konsisten menerima penganugerahan itu daripada Skytrax sejak 2010, di mana ia melibatkan testimoni usaha MAHB berterusan dalam mempertingkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan yang menggunakan lapangan terbang itu.

"Pencapaian ini sesuatu yang bermakna dan saya mengucapakan terima kasih dan tahniah kepada pasukan bertugas di KLIA, yang terus menaikkan lagi imej KLIA dan reputasi Malaysia Airports," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bashir berkata, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCC) tidak lama lagi, akan menyediakan lapangan terbang yang lebih besar dengan kemudahan lebih baik.

Beliau menambah, ia akan membantu dalam menyokong pertumbuhan trafik yang baik bagi kemasukan ke Malaysia.

"Kita optimistik bahawa kita akan terus memberikan prestasi yang baik apabila KLIA2 hanya akan menyediakan perkhidmatan lebih baik, pada tahap dan pengalaman yang selesa, sebagai nilai tambah buat para pelanggan," katanya.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax itu berdasarkan pencalonan 12.85 juta pelanggan melibatkan 110 kewarganegaraan, meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.

Kaji selidik itu menilai kepuasan para pelanggan dengan 39 petunjuk prestasi utama (KPI) untuk produk dan perkhidmatan lapangan terbang, dari daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli-belah, keselamatan dan imigresen, sehingga ke pelepasan.

Tapi laporan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27hb Mac 2014 pula memberitahu bahawa Lapangan Terbang Changi, Singapura nombor satu dan Lapangan Terbang Incheon, Seoul , Korea Selatan no 2 dan Lapangan Terbang KLIA langsung tidak ada nombor.


DIBAWAH SENARAI YANG DIKELUARKAN.........OLEH  WORLD AIRPORT AWARD:
YANG MEBUKTIKAN  DAKWAAN KLIA TIDAK BENAR.....

The World's Best Airports 2014

1Singapore Changi Airport 
2Incheon International Airport
3Munich Airport
4Hong Kong International Airport
5Amsterdam Schiphol Airport
6Tokyo International Airport Haneda
7Beijing Capital International Airport
8Zurich Airport
9Vancouver International Airport
10London Heathrow Airport

SUMBER : http://www.worldairportawards.com/

ANDA BOLEH LIHAT BUKTINYA DISINI



Skytrax World’s Best Airport Awards 2014

Posted on  by 

The Skytrax World’s Best Airport Awards 2014 were announced this week and held at Passenger Terminal EXPO in Barcelona, Spain.
The World Airport Awards are the most prestigious awards to be given to the airport industry, and are voted annually through a customer satisfaction survey.  The survey is based on 12.85 million customer nominations, includes 410 airports worldwide, and 110 nationalities of air travellers.  Using 39 performance indicators, the services and products tested include: check-in, arrivals, transfers, shopping, security, departures and immigration.
The top award went to Changi Airport in Singapore for the second year in a row.  Said Edward Plaisted, CEO of Skytrax, “ChangiAirport offers a travel experience in itself and continues to develop its quality standards…and genuinely delights and surprises travellers who are lucky enough to enjoy the airport facilities.”  The airport hosts a movie theatre, an incredible 12 metre high slide (yes, for adults), phenomenal shopping and dining, a private lounge with napping rooms, an arcade room, and an interactive art station, where you can learn and try woodblock rubbing, among other East Asian art forms.  Moreover, if a traveller has five hours between flights, s/he is eligible for a free bus tour around Singapore.  It’s no surprise then, that Changi Airport also won the award for Best Airport for Leisure Amenities. Lee Seow Hiang, CEO of the airport responded by saying, “We share this honour with our airport community, for their unyielding commitment to service excellence and with our passengers, for their vote of confidence.”
Canada’s Vancouver International Airport Vancouver placed 9th on the Best Airport list, and first in the World’s Best Airports serving 10-20 million passengers category. It won 2ndplace for the Best Airport Staff in North America category. The Fairmont Vancouver Airport took first place as the Best Airport Hotel in North America.
Toronto’s Pearson Airport Staff were awarded 4th place on the Best Airport Staff service in North America listing, and 5th in the Best Airport in North America category.  Additionally, Pearson Airport was awarded 9th place in the World’s Best Airports Serving 30-40 million passengers category.
Halifax Stanfield Airport was 7th on the Best Airport in North America list, and took 3rd place in the World’s Best Airports serving under 5 million passengers.
Results were posted by Skytrax at BACA SINI



World's Best Airport Rating 2010
2010

2009
1
Singapore Changi Airport
3
2
Incheon International Airport
1
3
Hong Kong International Airport
2
4
Munich Airport
5
5
Kuala Lumpur International Airport
7
6
Zurich Airport
4
7
Amsterdam Schiphol Airport
8
8
Beijing Capital International Airport
17
9
Auckland Int'l Airport
10
10
Bangkok Suvarnabhumi Airport
16

LAPURAN UTUSAN INI SAMA DENGAN LAPURAN SKYTRRAX.......
SINGAPURA 27 Mac - Lapangan Terbang Changi dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh pengguna udara buat tahun kedua berturut-turut dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2014, pada Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol pada Rabu lalu.

Ini merupakan kemenangan kelima oleh lapangan terbang itu dan pertama kali dalam sejarahnya memenangi kejayaan tersebut untuk dua tahun berturut-turut.

Lapangan Terbang Incheon berada di tempat kedua, diikuti Lapangan Terbang Munich, Lapangan Terbang

Antarabangsa Hong Kong, Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda), Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, Lapangan Terbang Zurich, Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver dan Lapangan Terbang Heathrow, London.

Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax Edward Plaisted berkata, kemenangan menerima anugerah berprestij itu buat kali kedua berturut-turut menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Changi bukan sekadar sebuah lapangan terbang biasa.
- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140328/lu_09/Lapangan-Terbang-Changi-terbaik-dunia#ixzz2y0GtRzGL
© Utusan Melayu (M) Bhd

PANAS! BENARKAH ...CHINA BULI MALAYSIA DALAM KRISIS MH370?


Hakikatnya China sebuah kuasa besar....apa nak dibandingkan dengan malaysia dari segi ekonomi , jumlah rakyat dan kekuatan ketenteraan mereka.....

Hanya Malaysia yang perasaan sebuah negara yang kononnya maju dan hebat dengan media yang tertutup,  apabila berlaku krisis...barulah tersedar dari lamunan syok sendiri.....

Bagaimana... MAS nampak gah tetapi hanya menanggungi rugi berpanjangan....kehebatan sebuah syarikat wajar membawa keuntungan dan menguasi pasaran dunia....bukannya modal  sentiasa disuntik oleh kerajaan ....cuma untuk mengisi kantong kroni-kroni pemerintah....... 

MH370: Malaysia harus kaji semula hubungan dengan China, kata bekas duta





Protes ahli keluarga penumpang China daripada pesawat MH370 yang hilang. Menurut pensyarah Universiti Malaya, Datuk Ahmad Mokhtar Selat, China mempunyai kecenderungan membuli dan menunjukkan sikap 'demanding' dalam menghadapi krisis MH370. 

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menunjukkan wajah sebenar China dalam hubungannya bersama Malaysia, kata bekas duta yang turut mencadangkan agar hubungan bersama China dikaji semula.

Menurut bekas diplomat dan bekas pensyarah hubungan antarabangsa Universiti Malaya Datuk Ahmad Mokhtar Selat, daripada segi hubungan antarabangsa, sesebuah negara tidak akan membuat tuntutan kepada negara sahabat seperti yang dilakukan China terhadap Malaysia.


“Membuat tuntutan adalah tindakan yang ‘unfriendly’. Dalam krisis MH370, China membuat banyak tuntutan yang merumitkan Malaysia,” kata Mokhtar kepada The Malaysian Insider.

“Di samping usaha mencari dan menyelamat, Malaysia terpaksa pula menangani isu-isu emosional. Ianya tidak mungkin timbul jika pemerintah China mengambil pendirian yang tidak bersifat ‘demanding’,” tambah beliau lagi.


Menurut Mokhtar yang pernah menulis buku “Tebusan Tupac Amaru: Pengalaman duta Malaysia di Peru”, pendirian pemerintah China menyebabkan rakyatnya melakukan tindakan keterlaluan.

“Demonstrasi dan kata-kata saperti "I want my son back," tidak mungkin meredakan keadaan. Hati yang tenang dan pendirian negara China yang lebih bertimbang rasa sudah tentu meredakan keadaan dan memungkinkan Malaysia memfokuskan tenaga kepada krisis yang sedang dihadapi,” katanya.

“Kini terbukti, dalam situasi krisis, negara China bukanlah rakan yang boleh diharapkan. Ianya mempunyai kecenderungan membuli. Selama ini China membuli Filipina dan Vietnam, dan Malaysia harus bersifat waspada.”

Menurut Mokhtar, dalam pesawat MH370 terdapat juga warganegara asing saperti Australia, Amerika Syarikat, Indonesia dan lain-lain lagi tetapi negara tersebut tidak bertindak seperti China yang melatah dan cuba menunjukkan kekuatannya.

“Maka Malaysia harus mengkaji semula hubungannya dengan China,” katanya.

Dalam sejarah Malaysia moden, hubungan Malaysia dan China bermula apabila Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein melawat China pada 28 Mei 1974 selepas hubungan kedua-dua negara terputus akibat perang dingin di antara blok kapitalis pimpinan Amerika Syarikat dan blok komunis pimpinan Soviet Union.

Pertemuan antara Razak dengan Presiden Mao Zedong di Beijing menyebabkan hubungan muhibbah antara dua negara ini terjalin semula atas tapak yang kukuh.

Sokongan Malaysia agar China dikembalikan kedudukannya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1971, menjadi pemangkin kepada acara menandatangani Kenyataan Bersama Malaysia-China yang memungkinkan hubungan diplomatik diwujudkan secara rasmi.

Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menjalin hubungan rasmi dengan China, kemudiannya menyumbang kepada persepsi yang positif kepada negara Asean lain untuk menjalin hubungan diplomatik dengan China.

Ahli keluarga penumpang MH370 dari China sejak awal lagi mengatakan Malaysia tidak memeberikan mereka maklumat tepat mengenai kehilangan pesawat itu.

Di Beijing, demonstrasi diadakan di hadapan kedutaan Malaysia sebagai bantahan kepada kerajaan Malaysia yang dikatakan tidak menggendalikan kehilangan MH370 ini dengan baik.


Bagaimanapun, bagi menjernihkan keadaan Duta China ke Malaysia, Huang Huikang minggu ini mengatakan beliau yakin hubungan China dengan Malaysia akan bertambah erat walaupun rakyatnya mengkritik dan marah terhadap Putrajaya dalam mengendalikan tragedi MH370.

Huang berkata republik tersebut menghargai dan berbesar hati dalam usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mencari pesawat hilang tersebut.

"Kami tidak pernah katakan China marah, kami tidak pernah katakan China tidak berpuas hati dengan perkembangan setakat ini," kata beliau di Kedutaan China di Kuala Lumpur minggu ini.

Sudah masuk minggu keempat selepas MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pasukan mencari dan menyelamat dari pelbagai negara kini memfokuskan pencarian di Lautan Hindi selepas satelit Australia, China, Perancis dan Britian menemui objek dipercayai berkaitan dengan MH370.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada apa-apa objek ditemui di kawasan pencarian melainkan sampah sarap. ~tmi

KEADAAN DAN PERANAN MARKAS TENTERA US DI DIEGO GARCIA -SAKSIKAN SENDIRI


INFO: Keadaan Markas Tentera di Pulau Diego Garcia


INFO: Keadaan Markas Tentera di Pulau Diego Garcia (12 Gambar) | Luasnya cuma 44 km2. Letak pulau karang itu terpencil di tengah Samudera. Jaraknya jauh dari mana-mana daratan. Dataran terdekat adalah Selatan India, lebih kurang 1.790 km.

Pulau ini pertama kali ditemui oleh pelaut Portugis sekitar tahun 1512. Setelah Perang Napoleon tahun 1814, pulau ini jadi milik Inggeris. Semasa dunia ke II tahun 1942, Inggeris memanfaatkan Diego Garcia untuk menjadi markas angkatan udara untuk misi-misi pengintaian dan memburu kapal selam dan kapal perang Jepun di Lautan Hindi


Tahun 1966 Inggeris sepakat memberi kebenaran kepada Amerika Syarikat untuk mendirikan pangkalan militan di Pulau Diego Garcia. Tempat ini adalah strategik untuk operasi militan AS di sekitar Lautan Hindi semasa era perang dingin.

Amerika menempatkan beberapa kapal perang, pengebom dan tempat pembekalan logistik di pulau ini. Markas ini dipercaya jadi tempat 'inteligent' Amerika Syarikat dengan segala kelengkapan canggihnya.

Beberapa operasi militan yang digelar dari Diego Garcia adalah perang Teluk tahun 1991, Perang Afghanistan tahun 2001 dan Perang Iraq tahun 2003.

Daerah ini juga dikatakan bebas dari imbasan satelit mahupun radar negara mana pun. Ini yang membuat mana-mana Pesawat yang melintas seolah-olah hilang tanpa jejak.
















Berita Utusan Malaysia mengutip Cabal Times menjelaskan analisa itu. Cabal Times adalah sisipan misteri dan berita konspirasi.

Beberapa bukti menguatkan andaian ada pesawat disembunyikan di Pangkalan AS Diego Garcia.


DUNIA MULA FOKUS TENTANG PULAU TENTERA INI SEBAGAI DISTINASI TERAKHIR MH370?....ANDA FIKIRLAH SENDIRI KEBENARANYA.....

Analisis Muktahir Mh370 : Segalanya Sudah Diketahui?


Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya.

Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan.

Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :

1)Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2)Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3)MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

4)Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurutnya, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

5)Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

6)Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

7)Kapten Nik Ahmad Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

8)Datuk Kapten Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

9)Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.

Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susur alur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.

10)Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 dirampas, ia tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

11)Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

12)Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

13)Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

14)Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

15)Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.




Jelas, pada awal analisis Datuk Kapten Nik Huzlan - beliau secara sangat berhati-hati menganalisis cara MH370 dikendalikan. Melalui cara itu, maka hipotesis boleh dibuat dengan lebih kemas. Jika MH370 dipandu dengan cara cekap dan profesional semasa ia hilang daripada kawalan rada - maka MH370 sebenarnya tidak mengalami sebarang kerosakan teknikal atau mekanikal - sebaliknya ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan kita semua.

Terkini, setelah hampir sebulan MH370 tidak ditemui, dan dengan pendedahan data terbaharu berkenaan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China - telah membawa kita kepada satu tahap kesimpulan yang lebih menyakinkan.

Dan sekali lagi hipotesis Kapten Nik Huzlan menjadi sandara. Sebenarnya secara tidak langsung, Kapten Datuk Nik Huzlan telah pun memadamkan segala teori dan hipotesis sebelum Ini! Sudah lebih 3 minggu berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi MH370 yang mengandungi pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini.

Dan melihat kepada bukti terbaru ini, maka sekali lagi Kapten Datuk Nik Huzlan mengukuhkan hujahnya seperti berikut :




1-Nampak terang di sini pesawat MH370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah

2-Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang

3-Dan ini bermakna pesawat MH370 tidak mengalami sebarang kerosakan seperti yang dipercayai oleh seorang juruterbang berpengalaman.

4-Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaharu ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja.
Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.

5-Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat MH370 melakukan pusingan kanan

6-sebaik sahaja co-pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang.

7-Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.

8-Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?

9-Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.

10-Dan, jikalau ada kecemasan sekalipun, mengapa juruterbang atau pembantunya tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?

11-Bahkan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.

12-Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Pulau Pinang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi. Apa jawapan Kapten Nik Huzlan?

Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini. Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

Kapten Nik Huzlan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat MH370 mengalami kerosakan tidak benar.

04 April 2014

BERITA GEMPAR MH370 ! SISTEM DATA BERCETAK HILANG DAKWA NGO SAMM?

Data penumpang, kargo MH370 dihilangkan seperti data kemasukan Altantuya?


Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mempersoalkan langkah pihak berkuasa menghilangkan semua data penerbangan pesawat MH370 termasuk penumpang dan kargo dihilangkan daripada sistem Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Langkah itu, ujar Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin hanya menguatkan kepercayaan bahawa wujudnya permainan kuasa besar dunia di sebalik tragedi kehilangan misteri pesawat malang itu.

“Apabila SAMM cuba menghubungi pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo, respon yang diperoleh adalah semua tidak berani bercakap berkenaan penerbangan itu.



“Kunci mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terbabit dan mengapa semua data berkenaan penerbangan mebabitkan penumpang serta muatan dihilangkan dalam sistem.

“Melalui carian SAMM, sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. ‘Manifest’ dan ‘load-sheet’ untuk penerbangan dihilangkan! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


Katanya, sebelum ini kewujudan kargo misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan itu sudah menjadi pengetahuan umum walaupun cuba dirahsiakan kerajaan.

Beliau turut mempersoalkan jumlah sebenar warga asing yang masuk dan keluar dari negara ini dengan menggunakan pasport palsu dengan mudah.

“Daripada segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas. Polis dan DCA sendiri ‘bertengkar’ dalam media.



“Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara, yang mana ketika perbicaraan kes pembunuhannya rekod kemasukan wanita itu didapati hilang,” katanya.

Badrul Hisham juga tidak menolak kaitan isu kehilangan pesawat MH370 dengan isu Agensi Perisikkan Pusat (CIA) Amerika Syarikat menempatkan seorang agennya dalam pejabat Peguam Negara sedikit masa dahulu.

“Kepada Najib, kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca daripada kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu di bawah karpet?

“Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah, watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

“Amat lemah, Malaysia hanya mengikut cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat terbabit tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula,” katanya.  ~ SUMBER


KENYATAAN UMUM SAMM:

MH370 ; Najib kami tahu kamu terhimpit , bercakap benarlah dengan rakyat

Kenyataan Umum

4 April 2014

MH370 ; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini.

Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara.

Pasport palsu


sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ?

dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .

Kapal Selam tidak berkemampuan

Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk operasi SAR. Saya (dan juga beberapa pimpinan politik seperti YB Lim Kit Siang) telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya. Menteri telah menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR. 

Operasi menggunakan kapal selam bukan operasiSearch and Rescue, sebaliknya cuma Search sahaja adakah kapal selam kita tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakan bot nelayan laut dalam juga miliki sistem tersebut. Kedua yang lebih penting ialah kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal untuk menghalalkan pembelianya sumber pihak TLDM sendiri dipetik menyebut akan turut digunakan untuk SAR (rujuk AFP 3 Sept. 2009) sila klik http://chegubard.blogspot.com/2014/03/kenyataan-media-12-mac-2014-mh370.html . Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu.


sistem radar lemah

sistem pertahanan negara begitu lemah, kebocoran melalui sempadan darat, sempadan air malah sempadan udara sekali pun. MH370 telah membuat pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum bertindak. Ini amat memalukan.

Malah kita kelihatan amat lemah bergantung dengan data dan carian perbagai pihak.


Kenyataan Menteri berbelit - belit dan berpusing pusing

dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia kepada kenyataan sepupunya yang merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan tidak pernah konsisten dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia. Itu belum mengambil kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.

Malah kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa.Apa sebenarnya berlaku ?

Amat simpati dengan keluarga mangsa dan gusar dengan imej serta aspek keselamatan negara, maka dengan ini SAMM mendesak Najib untuk menjadi lebih tegas.

telah menjadi rahsia terbuka mengenai wujudnya satu 'kargo' misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut. Maka pihak berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya ? 

Apabila pihak SAMM cuba menghubungi pihak - pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo tersebut respon yang diperolehi ialah semua tidak berani bercakap apa - apa mengenai penerbangan tersebut. Kunci Mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terlibat dan Mengapa semua data mengenai penerbangan iaitu mengenai penumpang dan muatan dihilangkan dalam sistem. 

Melalui carian SAMM sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga semuanya telah dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. Manifest dan load-sheet untuk penerbangan tersebut dihilangkan ! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ?

Semua ini menguatkan kepercayaan bahawa ini ialah permainan kuasa besar dunia dan semua penumpang serta anak kapal menjadi mangsanya.

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?

Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas".

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.

Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.


Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...