20 Mei 2019

TERKINI! U.S LANCAR PERANG KEATAS CHINA???

Kapal AS berlayar dekat pulau tuntutan Beijing



Kapal pemusnah, USS Preble didakwa berlayar berhampiran pulau buatan China hari ini.

WASHINGTON - Kapal perang milik tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa telah berlayar hampir dengan pulau yang menjadi tuntutan Beijing di Laut China Selatan.

Perkara itu dilihat bakal mencetuskan kemarahan China selepas perang perdagangan tercetus antara kedua-dua negara terbabit.

Jurucakap tentera AS, Komander Clay Doss mengesahkan kapal pemusnah, USS Preble berlayar berhampiran pulau buatan China hari ini di bawah operasi kedua yang dilancarkan sejak bulan lalu.

"Ia berada pada jarak 22 kilometer daripada Beting Scarborough untuk mencabar tuntutan berlebihan Beijing dan mengekalkan akses ke laluan yang dikawal undang-undang antarabangsa," katanya.

Laut yang kaya sumber itu telah menjadi punca konflik antara Beijing dan Washington yang turut melakukan tindakan provokasi dengan mengerahkan kapal perang dan pesawat ke kawasan perairan itu di bawah operasi rondaan 'kebebasan navigasi'.

Sebelum ini, China telah beberapa kali memberi amaran berhubung aktiviti ketenteraan AS di kawasan perairan itu yang dikhuatiri boleh mencetuskan kemalangan di laut atau udara.

Sejak beberapa tahun lalu, Beijing turut mencetuskan kemarahan negara antarabangsa selepas ia didakwa melakukan penambakan laut dan terus membina beberapa pulau buatan di kawasan yang menjadi pertikaian multilateral di Laut China Selatan. - Agensi

10 Februari 2019

PANAS! CLARE PECAH TEMBELANG HADI


Jangan kelirukan ahli, siapa bagi RM2.5 juta? - soal Clare kepada Hadi

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | Februari 10, 2019



REWCASTLE BROWN: Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik. 

KUALA LUMPUR: Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada ahlinya.

Beliau turut mencabar presiden parti berteraskan Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan kenyataan tidak konsisten beliau berhubung penyaluran dana RM2.5 juta dari UMNO kepada Pas.

“Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik. Dedahkan sumber kewangan. Cabaran pertama saya, siapa yang bagi RM2.5 juta? Menerusi bukti saya kepada mahkamah, saya telah memberikan perincian bukti. Saya memberi perincian bukti bermakna saya serahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab yang mana ia juga kini terdapat di dalam talian.

“Ia merupakan pembayaran secara tunai berjumlah RM2.5 juta oleh pemimpin kanan UMNO kepada Pas sebelum pilihan raya. Bila saya bangkitkan isu ini, Hadi berkata dia tidak tahu siapa yang menyalurkan wang itu. Namun selepas itu, Hadi secara terbuka berkata, bukan UMNO yang menyalurkan wang itu.

“Jadi kenyataan beliau dilihat tidak konsisten. Justeru, perkara pertama yang harus dilakukan Pas adalah mengatakan sama ada mereka tahu siapa yang memberi mereka RM2.5 juta yang masuk ke dalam akaun mereka sebelum pilihan raya secara tunai atau menafikannya dan jika mereka kata tidak atau menafikannya, kenapa mereka memberitahu orang yang mereka tahu bukan UMNO yang memberikan wang tersebut.

BACA: Dakwaan UMNO pindah RM2.5 juta kepada Pas adalah fitnah - Ahmad Yakob

“Jadi persoalan juga, mengapa mereka menerima wang tunai begitu banyak daripada orang yang mereka tidak tahu siapa. Itu cabaran saya kepada Pas,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.

Jelasnya, kewajipan untuk mengemukakan bukti pada ketika ini adalah di tangan Pas dan bukan dirinya.

“Kenapa saya yang perlu memberikan butiran itu? Pas yang membuka akaun mereka, menunjukkan wang apa yang masuk, tunjukkan dari mana sumbernya dan dibelanjakan untuk apa.

“Bagaimanakah mereka mendapat wang untuk bertanding di beberapa kerusi pada pilihan raya lalu? Maksud saya, mereka hanya perlu menjelaskan semuanya, jadi kita boleh yakin bahawa ia adalah wang yang mana ia adalah dari ahli-ahlinya seperti yang mereka dakwa,” tambahnya.

Pada 2016, Clare menerusi portal Sarawak Report mendedahkan Pas menerima wang berjumlah RM2.5 juta daripada UMNO.

Ia dipercayai sebahagian daripada dana RM90 juta yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini.

05 Februari 2019

PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!


Penganalisis jelaskan kenapa baht Thailand naik mendadak berbanding ringgit

Ranjit Singh dan Robin Augustin


Pakar strategi mata wang berkata, ekonomi Malaysia terperangkap dalam masalah mata wang memandangkan kerajaan baru masih tidak jelas dalam membuat keputusan berkaitan polisi ekonomi. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Prestasi baht Thailand jelas semakin meningkat dibandingkan dengan ringgit pada 2019.

Ketika ini, baht diniagakan pada kadar 100 baht bagi setiap RM13 – tahap tertingginya berbanding ringgit pada masa kini.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kenaikan nilai baht.

“Satu daripada sebabnya adalah lebihan akaun semasa yang dialami Thailand.

“Ringgit naik berbanding dolar AS baru-baru ini, tetapi ini bukan disebabkan kekukuhan ringgit. Ia disebabkan prestasi lemah dolar AS itu,” kata pakar strategi mata wang dari Singapura.

Ekonomi Malaysia terperangkap dalam masalah mata wang memandangkan kerajaan baru, yang dipilih pada pilihan raya umum ke-14 9 Mei lalu, masih tidak begitu jelas dalam membuat keputusan berkaitan polisi ekonomi.

Satu kes menjadi contoh ialah “flip-flop” (berubah-ubah) berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM110 bilion oleh kerajaan, dengan menteri mengeluarkan kenyataan bercangah.

Projek itu sepatutnya ditangguhkan disebabkan kedudukan kewangan Malaysia yang ketat, tetapi kenyataan tertentu yang dibuat menunjukkan seperti keadaannya berbeza.

Pakar strategi mata wang itu berkata, ini menghakis keyakinan pelabur terhadap ekonomi yang terbeban oleh masalah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Rizab tukaran asing Thailand, pembuatan dan pertumbuhan perusahaan, semuanya menunjukkan daya tahan ekonominya terhadap persekitaran luar yang lebih keras,” katanya kepada FMT.


Kekuatan baht katanya, boleh berterusan, terutama selepas dolar AS/baht Thai memecahkan sejarah trend menaiknya selama 5 tahun.

Profesor Nazari Ismail dari Universiti Malaya berkata, di tengah-tengah tumpuan kepada pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac, angka ekonomi yang kuat yang muncul dari negara itu menjadi perhatian.

Statistik rasmi dikeluarkan baru-baru ini oleh kementerian kewangan Thailand menunjukkan prestasi ekonomi negara itu lebih baik pada 2018, dibandingkan dengan tempoh sama pada 2014.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2018 mencapai 4.8%, tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Ini digerakkan, antara lain, oleh kenaikan 6% dalam eksport barangan dan perkhidmatan dan juga kenaikan pelaburan sektor swasta dan sektor awam, masing-masing mencatat angka 3.1% dan 4%.

Satu ukuran tentang bagaimana ekonomi berjalan secara berkesan dan faktor pengeluaran digunakan dipanggil “kadar utilisasi kapasiti pengeluaran”.

Indeks yang penting ini naik daripada 63% pada suku pertama 2014 kepada 72.4% pada suku pertama 2018
Sekali lagi, ia merupakan kadar paling tinggi negara itu bagi tempoh 5 tahun.

Industri pelancongan Thailand yang berkembang memainkan peranan penting dalam kejayaan ekonominya, dengan jumlah pelancong asing naik hampir setiap tahun, iaitu dari 25 juta pada 2014 kepada 35 juta tahun lepas.

Kenaikannya adalah 40% hanya dalam tempoh 4 tahun. Pelancongan menyumbang 25% daripada KDNK Thailand.

Bagaimanapun, tidak semua penganalisis bersetuju bahawa kisah pertumbuhan Thailand ini dapat bertahan.

Nazari berpendapat pergantungan Thailand pada hutang luar meningkat lagi dalam tempoh pertumbuhan semasa.
Hutang luar Thailand naik kepada AS$158 bilion (RM649 bilion) pada suku ketiga 2018 daripada AS$154 bilion (RM632 bilion) pada suku kedua 2018.

“Angka hutang suku ketiga paling tinggi and mungkin menuju kepada keruntuhan,” katanya.

03 Februari 2019

MARUAH PAS TERSUNGKUR


Maruah PAS yang kian terserlah
oleh : Raja Bahrin Shah




ULASAN | Saya hadir banyak kenduri kahwin di Terengganu semalam. Di sana saya mendengar perbualan hangat dan ditanya bertubi-tubi berkenaan berita hangat penarikan balik saman PAS ke atas Sarawak Report.

Ramai yang bertanya itu terdiri daripada anggota dan penyokong setia PAS yang menanti ketibaan April 2019. Mereka telah pun dimaklumkan oleh pimpinan mereka bahawa Sarawak Report akan didakwa kerana memfitnah PAS. Sebelum PRU ke14 pula penyokong PAS telah diberitahu mereka telah menang kes tersebut walaupun ia belum lagi bermula.

Pekara yang menggemparkan orang ramai ialah penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah tanpa Sarawak Report perlu menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepada PAS.

Lebih menggemparkan lagi adalah Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dengan megah menyatakan beliau berpuas hati dengan penyelesaian yang dicapai dan Sarawak Report tidak perlu menarik balik atau memadamkan artikel tersebut - yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno - di lamannya. Artikel tersebut masih tersiar di laman untuk bacaan umum seluruh dunia.




Tambah menakjubkan lagi ini bermakna kandungan artikel tersebut bukanlah fitnah dan adalah benar. Di mana letaknya maruah PAS dalam isu ini?

Ramai bertanya di mana maruah PAS yang menarik balik kes ini dan membenarkan artikel tersebut terus disiarkan. Anggota dan penyokong PAS pula bertanya di mana RM3 juta yang dikutip daripada mereka, kononnya untuk kes saman malu itu?

Saman pun tidak, malu masih ditanggung apabila tuduhan PAS menerima RM90 juta dari Umno terus disiarkan.  BACA LAGI

17 Jun 2018

TERKINI! KHABAR ANGIN BERTIUB KENCANG NAJIB NAK LARI MELALUI THAILAND??

Foto Alexander Pittsuwan Thomprason.


"Najib dan rosmah sdg holiday kat langkawi...siam dgn langkawi bukan jauh mana..saja la nk habaq kt JIM dan PDRM.."

Foto Alexander Pittsuwan Thomprason.

Berita dipetik  dari facebook   SUMBER

Antara komen-komen  FB dibawah  gah dalam Kumpulan  LANGKAWI SANA SINI 

Dato Bawang Merah tanjung paus dgn jerotot dkat sgt dgn lngkawi
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan4j
Ikh Wan Tanjung Paus dan Jerotot? kat mana tu?
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan19m
HalimLangkawi HalimLangkawi Tiga2 nawi rawi saidi mokalu nk dok dalam....cuba la tlg najib meresap keluaq....hihihi
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan4j
Abdullah Man Angin barat laut sambut Ds Najib mai langkawi ...
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan4j
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan4j
Syazmel Ismail trus ribut harini jibon mai
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3j
Mohd Fahmi dasyat najib punya kuasa leh buat ribut no... ribut bukan kuasa allah

kkan lagi reaksi
Rosli Ismail Escort jgn tak escort.... Maaa lepaaa zikit... dalam 20minit.... Kok lipis atau temelang sedaihhh brenti... Time tuuu jenoh nak kesan dah....
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3j
Jamie Gardner Wow...akhirnya p obersea jgk...
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3j
Khairul Aswad Ramli Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3j
Hasbullah Kasa Jacks Black perasan depa ne nk lari p siam dah.. Hahahahaha.. Bahaya dia ne.. Mat rawi pon org siam dia kenal byak
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3j
Mus Malek Dia bukan mai bercuti sebenarnye.....
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3j
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan3j
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan2j
Rokisham Sham Pdrm.bot bot nelayan tolong bagi perhatian ysa


Najib, Rosmah bercuti di Langkawi

 Diterbitkan pada 17 Jun 2018


Difahamkan Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor datang bersama 13 ahli keluarga untuk bercuti selama tiga hari. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Jun, 2018.


BEKAS perdana menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor tiba di Langkawi malam semalam untuk bercuti rehat bersama keluarga di pulau legenda itu.

Difahamkan Najib dan isteri datang bersama 13 ahli keluarga untuk bercuti selama tiga hari.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama malam ini berkata Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi lebih kurang 8 malam semalam.

Tanpa mengulas lanjut, Nawawi berkata beliau bersama pimpinan lain UMNO Bahagian Langkawi menyambut ketibaan bekas perdana menteri itu sebagai tanda memberikan sokongan moral kepada Najib sekeluarga. – Bernama, 17 Jun, 2018.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...