30 Jun 2012

PULAK! SHARIFAH AINI AKAN SERTAI PAS?

Sharifah Aini akan sertai PAS?

Mengikut rakan facebook, biduanita negara Dato' Sharifah Aini akan mengumumkan kemasukkannya ke dalam PAS pada bulan Julai ini.

Baguslah, setelah berpuluh tahun bergelumang dalam Umno sebagai seorang selebriti tersohor, mungkin beliau agaknya baru tersedar bahawa Umno tidak membawa insan ke arah ketuhanan.

Sharifah Aini yang berasal dari Johor, sejak akhir-akhir ini begitu berminat menyampaikan lagu-lagu dakwah dan menyanyi untuk kutipan dana anak-anak yatim.

Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di tahfiz Al-Quran.

Walau bagaimanapun, beliau dikatakan tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan pernah dimasukkan ke wad.

Eloklah, walau bagaimana kontroversinya sepanjang kehidupan kita, yang penting di hujung kehidupan kita memilih Islam sebagai ikutan hidup dan perjuangan kerana itu lebih bermakna daripada awal-awalnya Islam tetapi akhirnya memilih jahiliyyah!


Sumber: blogpolitikus.com

Najib gementar: Orang kanan Baginda setuju beri kerjasama dalam perbicaraan Scorpene


Perdana menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa ia telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.

Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Baginda yang telah dipanggil oleh

mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan Najib seperti cacing kepanasan.

“Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami,” kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.

Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang-kurangnya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisen.

Berjalan dengan lancar

Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana-mana pihak menerima atau menawarkan komisen untuk mencapai perjanjian. Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh Najib semasa dia menjadi menteri pertahanan dan ia disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.

Walaupun Najib telah menafikan apa-apa jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno-BN, agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.

Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.

“Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancer,” kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.

Kemarahan rakyat dengan korupsi jangan diambil ringan

SUARAM juga telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi Najib itu.

Bukan sahaja kapal-kapal selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai-pegawai Malaysia, termasuk Najib dan Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.

Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.

Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.

Siapa selepas Jalbir?

Walaupun majlis makan malam pada hari jumaat berjaya, pegawai-pegawai SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya tamat.

Selepas Jalbir, semua akan menunggu bila mahkamah Perancis akan memanggil Baginda, Najib dan menteri pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Baginda dan Najib.

“Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah,” kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini.

Derma boleh disampaikan kepada SUARAM dalam bentuk cek dan juga pemindahan wang di atas talian kepada:

Nama akaun: SUARA INISIATIF SDN BHD

Nama bank: MaybankBhd

Nombor akaun: 5122 9582 0324

Untuk maklumat lanjut, hubungi outreach@suaram.net atau hubungi SUARAM di 03 77843525/ Sarah +013-3470860

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari

Laman web: www.suaram.net

Facebook https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia

Twitter: SuaramTweets

Malaysia Chronicle

Panas! Besan syaitan: Maira cuba kawal keadaan, Najib dan Malaysia malu


Tidak sukar untuk menulis tentang Maira Nazarbayev, besan Perdana Menteri Najib Razak isterinya Rosmah yang kontroversi ini. Sementara itu, elit sosial yang berusia 50 tahun ini telah dituduh oleh suaminya sebagai penyangak bersiri antarabangsa justeru mengundang perhatian media, walau apa cara sekalipun pihaknya cuba untuk memutar belit cerita, Maira dan anaknya Daniyar adalah berita buruk bagi Malaysia dan keluarga Najib.

Maira telah menghantar satu siri 'penjelasan' melalui perundingnya kepada media Malaysia yang dipilih, di mana dia telah menafikan laporan yang ditulis oleh tabloid bereputasi tinggi New York Post dan disebarkan di seluruh dunia oleh media antarabangsa.

Dengan dirinya yang bergaya dan telatahnya tidak ramai pembaca yang bersimpati dengan Maira dan ini bukanlah suatu yang menghairankan.

Sehingga suaminya, Bolat Nazarbayev, saudara presiden Kazakhstan, mengeluarkan kenyataan penuh, ramai yang akan menganggap bahawa Maira terang-terangan menipu untuk membersihkan namanya, anaknya serta melakukan beberapa cara untuk mengawal keadaan untuk Najib dan keluarganya.

Dia berkata, Bolat mendakwa…

Berita terkini yang dikeluarkan oleh jurucakapnya yang cuba untuk membuktikan bahawa dia tiada dalam senarai Interpol, seperti yang didakwa oleh New York Post kerana dia bebas untuk bercuti panjang ke Eropah.

Sama ada dia benar-benar melancong, atau perintah Interpol telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, tiada siapa yang tahu! Sesungguhnya, agak menarik untuk diketahui jika ibu dan anak yang pernah berada dalam senarai orang yang dikehendaki itu.

"Saya tidak sabar untuk bercuti panjang pada musim panas bersama keluarga saya di Eropah.Kita tidak tahu siapa sebenarnya di sebalik dakwaan-dakwaan ini dan tuduhan yang tidak masuk akal yang telah memalukan keluarga saya tanpa sebab, "Malaysian Insider melaporkan jurnalis di New York melaporkan Maira berkata dalam satu kenyataan.

" Dakwaan skandal ini sama sekali tidak benar dan telah dibuat tanpa bukti yang kukuh."

TETAPI apa dikatakan Maira sebagai, "dakwaan fitnah" datang dari dokumen yang difailkan oleh peguam yang bertindak bagi pihak Bolat di mahkamah Manhattan. Beliau juga tidak dapat menafikan ini mahupun peguamnya sendiri mampu untuk berbuat demikian. Bangkangan terbaik darinya adalah bahawa dia telah bercakap dengan Bolat di telefon beberapa minggu yang lalu, "dia amat terkejut apabila mengetahui tentang tuntutan mahkamah ini."

"Dia menjelaskan bahawa dia tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen-dokumen mahkamah, dan dia terkejut mendengar bahawa ini telah berlaku," Maira memberitahu New York Times.

Bolat guna hubungan Maira dengan Najib untuk dapatkan semula hartanya?

Menurut kertas mahkamah di Manhattan, Bolat telah meminta Daniyar anak Maira - yang menjadi tunang anak perempuan Najib - untuk mencari apartmen baginya. Bolat, walaupun telah memberi kuasa wakil kepada Daniyar didakwa meletakkan nama ibunya sebagai pemilik. Dia kemudian menjual bahagian itu kepada anak lelakinya untuk hanya USD 1.

Mengapa kecoh? , Daniyar yang berusia 24 tahun bukan anak Bolat. Maira telah mengubah nama keluarga anaknya dari Kesikbayev kepada Nazarbayev dalam sijil kelahirannya selepas dia berkahwin dengan ahli keluarga presiden Kazakh.

Selain itu, Maira menegaskan bahawa perkahwinannya pada 2001 kepada Bolat masih sah, walaupun dalam tuntutan mahkamah menyatakan Bolat diberi pembatalan perkahwinan pada bulan September tahun lepas.

Jadi siapa yang berbohong - Maira atau Bolat? Adakah Bolat memfailkan kes ini untuk mengugutnya menandatangani semula pemilikan pangsapuri? Adakah Bolat menggunakan sepenuhnya skandal ini DAN hubungan Maira kepada keluarga perdana menteri Malaysia - untuk memberi tekanan kepadanya untuk berbuat demikian? Adakah dia akhirnya mengakui kekalahan? Adakah perjanjian telah dibuat?

Siasatan antarabangsa

Semua telah terbongkar. Tetapi sama ada dia telah berjaya untuk menenangkan Bolat dan memulangkan kepadanya apartmen di New York bernilai USD 20 juta boleh dipertikai.

Walaupun dia dan anaknya bukan penyangak antarabangsa yang dikehendaki oleh polis Kazakh dan Interpol, ia masih tidak boleh mengetepikan kepedihan yang besar terpaksa ditanggung olehnya untuk memerah keluar wang dan harta bekas kekasihnya.

Rasa bersalah dirinya dan anaknya telah menjadi tatapan antarabangsa, dan berkemungkinan besar, kedua-duanya gagal dalam ujian. Adakah anda mahu mempunyai besan dan menantu seperti ini?

Skandal semakin teruk

Sementara itu, sekutu politik Najib dalam pakatan pemerintah Umno-BN telah menegaskan bahawa skandal itu merupakan perkara peribadi keluarga dan tidak akan meninggalkan kesan ke atas imej Malaysia. Jelas sekali, cara mereka mempertahankan ketua mereka tidak kena.

Penganalisis politik berkata Najib tidak menikmati imej yang baik di mata antarabangsa akibat daripada politik ala Jekyll dan Hyde, di mana dia menganjurkan kesederhanaan di forum-forum global tetapi menggalakkan kekejaman polis ke atas pendemonstrasi aman menuntut pilihanraya yang bersih di Malaysia. Washington Post yang berpengaruh tidak memanggilnya " champion of double " di samping pemimpin Saudi tanpa sebarang sebab.

Di Perancis, perbicaraan mahkamah ke atas beratus-ratus juta euro yang didakwa diterima Najib sebagai komisen haram untuk pembelian 2 kapal selam Scorpene bagi kerajaan Malaysia sedang berlangsung. Dia telah menyatakan bahawa dia tidak akan memberi keterangan – telah memburukkan lagi imejnya dihadapan rakyat.


Di Australia, orang yang berasal dari Malaysia gembira untuk menjadi pemberitahu dan memaklumkan rakyat di Malaysia apabila Najib dan isterinya pergi ke sana untuk berbelanja mengunakan duit rakyat, dan Rosmah yang mempunyai tabiat berbelanja yang meletakkan Imelda 3 ribu pasangan seperti tiada isu.

Di Mongolia, tidak jauh dari Kazakhstan, mereka agak syak pada Najib kerana salah seorang rakyat mereka bernama Altantuya Shaariibuu telah dibunuh oleh bekas pengawal peribadi Najib kononnya kerana dia terlalu banyak tahu tentang perjanjian Scorpenes.

Dan kini skandal terbaru melibatkan Maira yang flamboyan, seorang yang tidak dikenali sebelum berkahwin dengan orang kaya yang mempunyai kuasa. Ia juga mesti diingatkan bahawa presiden Kazakh dianggap oleh ramai sebagai zalim dan kejam dan lebih teruk daripada Idi Amin atau Joseph Stalin.

Malaysia pasti merasa semakin marah apabila mereka tahu bahawa Najib mungkin telah menggunakan wang mereka untuk berbelanja besar bagi majlis pertunangan mewah di Kazakhstan dan kemudian di Putrajaya untuk Daniyar dan anak perempuannya. Sehingga kini, Najib tidak diberikan apa-apa jawapan yang memuaskan ke atas tuduhan bahawa dia menggunakan dana awam untuk tetamu peribadinya.

Daniyar, yang dikatakan bertemu dengan anak perempuan Najib di Columbia, lulus pada tahun 2010. Dia telah dituduh menipu kelayakannya untuk mendapat tempat di Institusi Ivy League. Laporan terkini mengatakan bahawa dia kini berada di Sandringham UK, menaikkan spekulasi tentang siapa yang telah mengesyorkan dia untuk mendapat tempat dalam institusi tentera itu. Adakah Bolat, bekas bapa tirinya atau Najb, bakal bapa mertuanya?

29 Jun 2012

PEREBUTAN CALON MB KEDAH KIAN SENGIT! NAJIB DOK ATUR ORANG DIA?

UMNO KEDAH SEMAKIN LEMAH ????



Blogger dan PENCACAI UMNO kini sudah mula memainkan peranan untuk menengahkan DATUK SHAHLAN sebagai calun PRU13 di Negeri Kedah.Ada juga pencacai UMNO yang beritahu bahawa ia adalah untuk mengantikan BASHAH sebagai MB negeri KEDAH.

Ini adalah kerana ada beberapa pemimpin UMNO negeri Kedah yang sudah mula nampak bahawa BASHAH tidak berpelunag menjadi MB KEDAH jika UMNO menang.

Sebab utama ialah kerana

kependidikan BASHAH yang hanya setakat LCE. Ramai juga orang MELAYU KEDAH tertanya-tanya kenapa BASHAH tak beli sijil PHD macam MENTERI BESAR PERLIS ....

Boleh juga BASHAH tayang pada semua pencacai UMNO yang dia lebih hebat...Tetapi bila seorang demi seorang kantoi akibat beli SIJIL ... terpaksalah ramai pemimpin UMNO lupakan
cara-cara tersebur.

Kalau BASHAH adapun sijil PHD, rakyat dan orang UMNO tidak akan percaya. Ini membolehkan DATO SHAHLAN (S/U Politik NAJIB) melobi dirinya untuk salah satu kerusi di Negeri KEDAH.


Kesian DATO BASHAH dan PENCACAI-PENCACAI yang berangan BASHAH menjadi MB KEDAH ...

Sumber: Sory bro pencacai UMNO ... terima kasih kerana email anda. Bukankah anda dari TEAMMEDIAKEDAH???

Berita berkaiatan perebutan MB Kedah semakin sengit...walaupun belum tentu menang di Kedah.

TUN Sokong MUKHRIZ jadi MB Kedah..!!!



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyokong jika anaknya, Datuk Mukhris Mahathir dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

(Anak bapak...Mukhris dan Mahathir)

Dalam wawancaranya dengan sebuah stesen TV internet, Mahathir berkata, beliau juga akan menolong anaknya itu.

Mahathir juga berkata, dia tahu anaknya itu berminat dalam politik dan akan menolong beliau.

"Tetapi untuk jawatan apa, terserahlah kepada parti membuat keputusan. Jika dia dicalonkan untuk jadi MB, saya akan sokong," kata Mahathir.

Desas-desus bertiup kencang di Kedah kononnya Mukhris, anak ketiga Mahathir itu akan bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya umum akan datang ini.
"Katanya dia akan bertanding di DUN Kota Seputeh," kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria kepada Harakahdaily.

Adun Kota Seputeh sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif (Umno - BN) sebelum ini didapati tidak layak menjadi Adun kerana gagal menghadiri sidang yang diadakan.

Menurut sumber lain pula, anggota Parlimen Jerlun itu tidak berapa berminat untuk bertanding peringkat DUN kerana takut kehilangan jawatannya yang ada sekarang.

Mukhris, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tahu bukan mudah untuk beliau menjadi MB kerana terpaksa bersaing dengan lain-lain pemimpin Umno Kedah yang lebih senior.

"Dia boleh menang kerusi DUN Kota Seputeh itu tetapi adakah BN akan menang Kedah? Jika BN

menang pun, adakah Mahathir Khalid akan setuju dia jadi MB. Di mana pula kedudukan Datuk Ahmad Bashah, Pengerusi Umno Kedah sekarang," kata seorang pengkaji politik antarabangsa kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Menurut beliau, skala pertembungan dalaman Umno Kedah cukup tinggi iaitu 3.5 dari 5 markah penuh.

"Sebab itu, bagi saya, kalau Mukhris bertanding DUN pun bukan kerana dia yakin menang dan mahu sangat tetapi kerana tekanan ayahnya yang mahu legasi beliau diteruskan," kata pengkaji yang berasal dari Amerika itu.+

Presiden PKR : Isu Faekah telah Selesai

PKR tidak campur tangan isu Faekah, kata Wan Azizah



PETALING JAYA, 29 Jun — Datuk Seri Wan Azizah hari ini berkata PKR tidak akan campurtangan dalam isu yang melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Sebaliknya, Presiden PKR ini menegaskan isu tersebut telah pun diselesaikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita ada banyak isu besar untuk dibincangkan dan isu Faekah ini telah diselesaikan oleh menteri besar.

“Masalah dalam parti itu saya rasa tidak penting dan tidak perlu dibincangkan secara terbuka, biar ia diselesaikan diperingkat dalaman,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.


Dr Wan Azizah dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya. — Foto oleh Choo Choy May
Beliau juga menggesa agar semua pihak memberikan lebih penekanan terhadap isu-isu penyelewengan yang lebih besar berbanding pergolakan dalaman parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Wan Azizah juga mendakwa terdapat isu yang lebih besar seperti penyelewengan yang didakwanya Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan isu kapal selam Scorpene, kerana ia melibatkan kepentingan negara.

“Isu-isu itu lebih penting, isu-isu dalaman parti tidak melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Kontroversi gerakan menjatuhkan Faekah dipercayai bermula di laman sosial apabila wujudnya akaun Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah.

Kempen berkenaan turut melihatkan luahan rasa tidak puas hati pengikut PKR selepas Faekah dikatakan telah mempertikai keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR.


Malah, beliau turut didakwa mempunyai kuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagaimanapun menyifatkan dakwaan gerakan menjatuhkan Faekah sebagai “tidak penting dan perlu diabaikan.”

“Ada gerakan juga untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), (gerakan menjatuhkan individu) dalaman atau luaran parti pun serupa.

“Politik adalah ‘dynamic games’ tetapi ada juga yang banyak kenyataan itu ialah kenyataan spekulasi. Jadi kita tidak mengambil usaha itu sebagai satu usaha yang penting,” katanya.

Khalid turut menambah, beliau sedia maklum perkara itu dan PR mempunyai objektif jelas di mana ketiga-tiga parti dalam parti pembangkang itu bekerjasama dengan satu jiwa untuk membentuk sebuah kerajaan alternatif.

Beliau juga turut memuji Faekah ketika ditanya dakwaan setiausaha politiknya itu didakwa bersikap melangkaui dirinya ketika mengeluarkan sesetengah kenyataan media.

“Itu bermakna beliau melakukan tugasnya dengan baik.

“Tujuan utama kita adalah komunikasi, bermakna kita harus menyebarkan maklumat yang betul kepada masyarakat,” katanya
.


Faekah memetik laporan akhbar Sabtu lalu, mengakui telah menulis surat terbabit tetapi mendakwa ia bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan daripada PNSB berhubung perkara berkenaan.

Faekah turut menjelaskan surat itu dihantar bersama beberapa surat firma guaman lain yang turut berminat menjadi panel guaman di PNSB dan syarikat milik kerajaan negeri lain.

Komen: Isu ini dimulakan dari dalam PKR Selangor, mereka yang ketagih projek, juga dalang yang sering mengkucar-kacir Parti diperingkat negeri dengan budaya kotor dan kroni....

KANTOI !!! DANIYAR ADA DI SANDHURST ATAU PD?

TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB

PENGUMUAM UNTUK SEMUA WARGA

mengikut janda bolat
mengikut mira besan najib dan rosmah
anaknya daniyar yang sedang dicari oleh polis new york
sedang berlatih di sandhurt england

gambar dibawah ini baru keluar
dari syarikat pr yang dilanggan mira
syarikat ini berpengkalan di new york

soalannya ialah:


apakah ini kem di sandhurst?
atau ini kem askar di malaysia?


sila lihat logo logo
sila lihat pokok
sila lihat bangunan
sila lihat askar yang lain
dalam gambar ini

sesiapa yang ada pengalaman
sesiapa yang tahu hal tentera
sila buat kajian
sila perhatikan betul betul
sila kembangkan isu ini


LAGI BERITA TAK RESMI

kemana bik mama menghilangkan diri
kenapa tak ada gambar bik mama dengan mira?
apakah bik mama tak setuju dengan anak mira?

gambar daniyar dengan najib ada
tapi tak ada gambar dengan bik mama

pelik tetapi hairan


INI DI UNITED KANGDOM?
ATAU INI DI PORT DICKSON?



NOTA:
inilah suwey yang menimpa najib razak
telah sampai masanya najib diketepikan
telah sampai masanya muhyiddin anak tok guru ambil ali

mana dia pejuang melayu islam
mana dia hasan ali
mana dai ibrahim ali
mana dia zahrin ali
mana dia ezam ali
mana dia ufilda ali

kenapa senyap
kah kah kah

-TT

HOT!! Pamela Anderson’ Malaysia, Lana Nordin, Beraksi Seksi Di Jakarta

Pamela Anderson’ Malaysia, Lana Nordin, Beraksi Seksi Di Jakarta


Amboi siapa ni? Aksinya menyeksakan mata memandang? Haa inilah pelakon sensasi Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. Tapi Lana ni dah lama senyap. Tiba-tiba Mangga Muda ternampak aksi Lana di alam maya. Panas dan hangat gitu.

Inilah antara aksi Lana semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.


Agaknya Lana ingat tak ada yang kenali dia di sana sebab itulah dia berani berpakaian seksi yang menonjolkan sebahagian besar aset sensasinya itu. Tak tahulah siapa bersama-sama Lana ni. Mangga Muda tak kenal sangatlah. Pakwe atau teman rapat dia tu? Mangga muda rasa macam pernah perasan kelibat rakan-rakan Lana tu dalam iklan. Kira mereka aktif dalam peragaanlah.


Mangga Muda: Agaknya cuaca di Jakarta panas sangat, sebab itulah Lana tak nak pakai baju yang menutup tubuh dia. SEJUK SANGAT KER LANA? (http://www.manggaonline.com.my)

28 Jun 2012

NIE BARU KANTOI YB Sri Gading!! Tarik Balik kenyataan gantung Ambiga

Mohamad Aziz tarik balik kenyataan gantung Ambiga


Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.

Mohamad telah diarahkan menarik balik kenyataannya itu oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar.

Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta satu keputusan berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya telah "keterlaluan".

YB TUA KUTUK NI DAH MULA KENCING TAK LAWAS BEB, KAH KAH KAH !

Lu tarik balik ke... tak tarik ke... jawapan nya hanya satu aje Yb oiii... lu tu memang tua kutuk tak sedar diri... kah kah kah... keluar kenyataan berbau Perkauman lepas tu kata tarik balik... rakyat bukan tak tahu apa sebab lu tarik balik... dan sudah semesti nya tarik balik lu tu Yb bukan atas dasar kesedaran dan keinsafan bencikan Perkauman tapi kerana takut undi keatas Umno/Bn bertambah kurang... kah kah kah !.


Yang pasti lagi... penchacai lu yang pertahankan lu sudah tentu meroyan gila babi dengan penarikan balik kenyataan lu itu... kah kah kah... ialah sudahlah dia orang bagai nak pecah kepala otak mencari jawapan bagaimana nak cover lu... habis semua perkataan sula dan rejam keluar dari penchacai Umno/Bn... last last lu pergi tarik balik... kah kah kah... ini yang dikatakan orang Undi dah tentu bertambah kurang dan kebodohan makin bertambah... kah kah kah !.

Sepatutnya lu kena panggil Perkasam ke atau Waris Malaya ke untuk cover lu... baru lah ada glamor sikit dengan disokong oleh Pejuang-Pejuang Bangsat... kah kah kah... ini tidak lu ingat nak jadi jagoh seorang-seorang... mana boleh Yb... kerana lu kena ukur baju kat badan lu sendiri... lu bukan nya mencapai tahap seperti Pejuang-Pejuang Bangsat yang sealiran dengan Umporno tu... dan lagi satu Pemikiran lu tak berubah dan masih pemikiran dizaman pra-sejarah... yang mana Umno/Bn letak tunggul kayu pun boleh menang... kah kah kah !. [sumber klik sini]


hemmmmm..... kalau lu berharap dengan penarikan balik kenyataan lu itu mungkin untuk dicalonkan semula sebagai calon umno/bn... tak apa lu jangan risau gua do'akan lu dapat menjadi calon umno/bn lagi... kerana kalau lu yang bertanding mungkin lebih mudah kerusi sri gading dimenangi oleh pakatan rakyat (pr)... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U
.

MIP

PANAS! KEADILAN: Transaksi RM1/2 juta Awang Adek meragukan

PKR bongkar :Transaksi RM1/2 juta Awang Adek meragukan

Setiausaha Agung parti itu mendakwa terdapat fakta yang membuktikan Timbalan Menteri Kewangan mempunyai hubungan dengan SunPrestige Sdn Bhd.


PETALING JAYA: PKR hari ini mendakwa wujud beberapa insiden salah laku Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).


Setiausaha Agung parti itu, Dato Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR meragui hubungan Awang Adek dengan seorang ahli perniagaan bernama Chung Hon Cheong.Menurutnya, Chung adalah pemilik serta pengarah kepada syarikat SunPrestige Sdn Bhd dan Vertex United Sdn Bhd.“Keraguan timbul berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua,” katanya dalam satu kenyataan media.

Saifuddin berkata, terdapat fakta yang membuktikan Awang Adek mempunyai hubungan dengan SunPrestige Sdn Bhd, yang memperolehi kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM.

Katanya, justeru PKR meminta Awang Adek untuk menjelaskan beberapa keraguan antaranya, mengapakah pada 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00?

“Mengapakah Chung menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan pada 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?,” tanya beliau.

Saifuddin juga menyoal sama ada benar isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,122.00 sebulan.

“Benarkah Chung membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek? “Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?,” soal beliau lagi.

Banyak lagi maklumat

Menurut Ahli Parlimen Machang itu, ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insuran hartanah, pembayaran road tax, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Chung.

“Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujudnya hubungan rapat bekas Penolong Gabenor BNM dengan syarikat yang memperolehi kontrak jutaan ringgit dari BNM,” terangnya.Saifuddin juga menyoal, “apakah hubungan ini boleh dijadikan asas untuk Chung menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM untuk menganugerahkan kontrak kepada beliau?”

Sehubungan itu katanya, PKR memberikan tempoh tiga minggu untuk Awang Adek menjelaskan segala dakwaan yang disenaraikan terhadap beliau.“PKR juga mencabar Awang Adek untuk menafikan beliau mempunyai hubungan erat dengan individu dan syarikat terbabit. PKR akan mengemukakan langkah susulan dan mengemukakan bukti-bukti tambahan selepas penjelasan Awang Adek dibuat.



“Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami,” tegas Saifuddin.

Kantoi!!! Maira Bakal Besan Rosmah di Tahan di Dubai

Bakal Besan Najib Di Tangkap Di Dubai


Maira Nazarbayev, ibu kepada bakal menantu Najib dan Rosmah, Daniyar Nazarbayev dipercayai telah ditahan di Dubai semasa beliau sedang dalam perjalanan ke Eropah untuk bercuti. Sumber-sumber yang rapat dengan penyiasatan terhadap wanita berumur 50 tahun itu memberitahu bahawa Maira ditahan pada hari Jumaat lalu oleh polis Dubai berikutan satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh Interpol yang bertindak bagi pihak Menteri Dalam Negeri Kazakhstan.

Bagaimanapun, penahanan Maira masih belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa Dubai. Sumber juga memberitahu bahawa Maira sekarang ditahan di Dubai.

Beliau diwakili oleh tiga syarikat peguam yang berpengkalan di Amerika.Maira ditangkap pada 22 Jun 2012 yang lalu ketika dalam perjalanan ke New York bersama keluarga dan rakan-rakan untuk bercuti.


Untuk berita lengkap dibawah Freemalaysiatoday.

Daniyar’s mom arrested in Dubai?

K Kabilan | June 28, 2012

FMT learns that mother to Prime Minister Najib's future son-in-law Daniyar was arrested last Friday in Dubai based on an Interpol wanted notice.


PETALING JAYA: Maira Nazarbayev, mother to Prime Minister Najib Tun Razak’s future son-in-law Daniyar Nazarbayev, is believed to have been arrested in Dubai as she was about to fly off to Europe for a vacation.

A source familiar with the investigation against the 50-year-old Kazakhstan native told FMT that she was arrested on Friday by the Dubai police based on a wanted notice issued by Interpol, acting on behalf of the Kazakhstan’s Ministry of Internal Affairs.
FMT could not officially confirm her arrest with the Dubai authorities. E-mails to her spokesperson Ronn Torossian also remain unanswered.

“She is being held in custody in Dubai now. She is represented by three US law firms and she has a New York-based PR firm to help her protect her image,” the source told FMT.
“She was arrested at the Dubai airport on June 22,” added the source.
Maira had landed in Dubai on June 18 from the US, on her way to Europe for a holiday with family and friends.

She had then released a media statement through Torossian, stating that she was free to travel and rejected claims that she was wanted by Interpol for various crimes.
She had said that American media reports about the Interpol “wanted” notice were completely inaccurate. Photographs of her in both the New York airport and the Dubai airport were also sent to media organisations to show that she was free to travel.
Her son Daniyar is engaged to Najib’s daughter Nooryana Najwa.

Maira had been in the news lately following a New York Post report which quoted her multi-millionaire ex-husband as claiming that she conned him out of their 4,000 square foot apartment and was wanted for a host of crimes by Interpol.

She, however, maintained that she and her former husband, Bolat Nazarbayev, were still married. Bolat is the brother of Kazakhstan President Nursultan Nazarbayev.
She also dismissed claims that she was wanted in Kazakhstan “for various crimes, including kidnapping, use of threats of physical harm to extract funds from a business associate, and using criminal threats to force another person to transfer real property to the name of a family associate”.
Until press time, there had been no confirmation from the Dubai police and Torossian on Maira’s status.

Kenyataan Razak Baginda kata dia jumpa Altantuya(Amina) di Perancis

Kenyataan Razak kata dia jumpa Altantuya di Perancis

Terdapat beberapa butiran yang bercanggah mengenai Altantuya Shaariibuu, yang timbul ekoran dakwaan polis Perancis dalam kertas siasatan mereka bahawa wanita Mongolia itu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006.

Pada 19 Januari, penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kanan)


mendakwa dalam kenyataan saksi bahawa dia telah bertemu dengan Altantuya - yang dipanggilnya sebagai Aminah - pada akhir tahun 2004 dan pertengahan tahun 2005.

Kenyataan itu yang dirakamkan pada 31 Oktober 2006 - 12 hari selepas pembunuhan Altantuya yang menggunakan bahan letupan - berkata Razak telah memenuhi wanita Mongolia "di pelbagai tempat - Hong Kong, Shanghai, Singapura, Perancis dan Kuala Lumpur".

Gambar kunjungan Altantuya ke Perancis telah disiarkan dalam artikel Asia Sentinel bertajuk 'Siapakah Altantuya Shaariibuu?', yang ditulis oleh John Berthelsen pada 5 Disember 2007.





Panas!! 2 ADUN MCA TERIMA RASUAH DARI LYNAS?

MCA sudah bankrap idea isu Lynas - Fuziah Salleh

Dua ADUN MCA Pahang ke Australia diatas tajaan Lynas dan sekembali mereka ke Malaysia mengatakan bahawa kilang Lynas adalah selamat ialah merupakan dua org ADUN MCA.


Saya merujuk kepada kenyataan Dato Seri Liow Tiong Lai, Dato Ng Fook Heng, Dato Ti Lian Ker dan YB Phang Tzu Ming sewaktu didalam ucapan di mesyuarat agung MCA bahagian Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota yang di laporkan didalam beberapa akhbar bahasa Mandarin hari ini.

Nampak gayanya MCA cukup punyai ketakutan yang amat sangat terhadap saya. Sehinggakan ketiadaan saya di Parlimen minggu lepas dijadikan bahan ucapan utama Mesyuarat Agung Tahunan mereka di Indera Mahkota, Paya Besar dan Kuantan. Saya perhatikan seolah-olah isu Lynas dan saya sudah merupakan mimpi ngeri buat MCA. Saya juga perhatikan bahawa pemimpin MCA sanggup menyebar fitnah terhadap saya semata-mata untuk meraih kembali sokongan yang tentunya sudah cukup hilang terhadap MCA.

Saya pergi keluar negara untuk belajar dan bekerja dan bukan untuk bercuti. Lagipun saya belajar tentang strategi pilihanraya.

Ketidak hadiran saya sewaktu perbahasan isu PSC tempoh hari tentu sama sekali tidak menafikan segala usaha saya menentang kehadiran LAMP selama 3 1/2 tahun yang lepas ini. Dan apa pun yang dikatakan oleh MCA tidak boleh menafikan segala usaha tersebut. Rakyat juga cukup memahami bahawa hati saya disebelah rakyat setiap kali isu Lynas saya bangkitkan di Parlimen mahupun di luar Dewan.

Ingin juga saya ingatkan bahawa yang pergi bercuti ke Australia diatas tajaan Lynas dan sekembali mereka ke Malaysia mengatakan bahawa kilang Lynas adalah selamat ialah merupakan dua org ADUN MCA.

Para pemimpin MCA juga tidak langsung bersuara tentang isu Lynas dari 2008 sehinggalah 2011. Mereka membisu sewaktu MITI membawa Lynas ke Malaysia dan ke Pahang pada awal 2008. Mereka juga membisu sewaktu setiap kali saya bangkitkan isu Lynas di Parlimen. Mereka hanya bersuara selepas mereka melihat rakyat menentang Lynas. Mereka bersuara kerana takut kehilangan sokongan rakyat. Maka dengan itu, janganlah mereka cuba untuk menjadi jaguh pula pada ketika ini.

Rakyat lebih mengetahui apa yang mereka inginkan dan apa yang baik untuk rakyat amnya. Pemimpin MCA harus ikhlas berjuang untuk kebaikan dan kesihatan rakyat dan bukan untuk mendapat sokongan semata.

Saya tegaskan disini sekali lagi bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng dan tidak harus dibenarkan beroperasi. Segala laporan PSC yang telah dibentangkan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah merupakan helah untuk membenarkan LAMP beroperasi. Rakyat tidak akan tertipu lagi.

Fuziah Salleh ialah Ahli Parlimen Kuantan dan Naib-President PKR

Habislah Najib : Isu Kontrak LRT , Pegawai SPRM bertindak pantas cari pengadu???

Kontrak LRT RM1 bilion, Najib rebut untuk beri kepada kroni


Selepas berapa jam pendedahan Skandal kontrak LRT, Pegawai SPRM telah datang ke ibupejabat PKR untuk mencari Rafizi tanpa menyatakan sebab-sebab kehadiran mereka. Tindakan pantas SPRM begitu mengejutkan kerana pihak PKR hanya bercadang untuk membuat lapuran pada 29hb.Jun 2012 ketika menyatakan pada sidang akhbar pendedahan dokumen skandal tersebut.

Pihak SPRM memaklumkan mereka menerima arahan terus dari ketua pesuruhjaya SPRM.


PETALING JAYA 27 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan tindakannya menukar kontraktor bagi projek kerja-kerja penyambungan LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, penjelasan itu perlu kerana Najib sudahpun bersetuju dan meluluskan projek itu kepada PDA Consortium seperti diputuskan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikannya selaku Menteri Kewangan pada 25 Januari lalu.



“Dalam kes kontrak kerja sambungan LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion, Najib pada minggu lalu berhasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilapor Business Times 22 Jun lalu.

“Ini bertentangan keputusan JPMK yang bersidang 25 Januari lalu. JPMK adalah jawatankuasa perolehan tertinggi peringkat Kementerian Kewangan dan dipengerusikan Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan.

“Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini (seperti yang didedah KEADILAN).
“Sebaliknya, JPMK mengarah pakej kontrak itu dianugerah kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys pada harga RM1,012,910,000,” katanya yang turut mengedar minit mesyuarat itu hari ini.


Rafizi berkata, keputusan itu turut ditandatangani Najib, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

“Saya yakin campur tangan Najib ini jelas melanggar etika pentadbiran telus dan berbaur penyelewengan kuasa dan oleh demikian, KEADILAN akan membuat laporan polis dan laporan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) terhadap beliau pada 29 Jun ini,” kata Rafizi lagi.

27 Jun 2012

Mengejutkan! Harta Kekayaan Dato Murad RM3.0 Bilion?

Siapa Sebenarnya Dato Murad?

Isu RM3 bilion ditimbulkan Dato Murad sebenarnya harta beliau sendiri
Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.

Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.

Dakwaan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato' Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1994.


Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato' Murad Khalid sendiri.

Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hasil siasatan saya mengenai latar belakang Dato' Murad Khalid menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:

1. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;

2. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;

3. Bahawa melalui satu syarikat bernama Kenworth Sendirian Berhad yang berhubung kait dengan beliau, Dato' Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan

4. Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.

Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Dato' Murad Khalid mengenai kewujudan "master account" yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri.

Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.

Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi oleh musuh-musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau.

Saya menasihatkan Dato' Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang. Saya juga perlu memaklumkan kepada Dato' Murad Khalid bahawa saya mempunyai salinan surat asal beliau kepada Tun Mahathir Mohamad yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno.

Sebelum perkara ini berlarutan, saya imenasihatkan Dato' Murad Khalid tampil ke hadapan meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sudah sampai masanya fitnah selama 13 tahun ini dihentikan supaya rakyat Malaysia boleh maju menumpukan isu-isu negara dan rakyat yang membina.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
27 JUN 2012

Pemimpin UMNO berotak burung Ostrich?


Kita Gantung Pembunuh, bukan Gantung yang Berbeza Pendapat!


Kita gantung yang membunuh Altantuya. Kita gantung pengedar dadah. Kita gantung yang menjual Kad Pengenalan. Kita gantung yang menjual rahsia tentera laut. Kita gantung yang menjual kerakyatan. Kita tak gantung orang yang berbeza pendapat dan pandangan. Hanya untuk sekali sahaja- pemimpin UMNO gunalah otak kamu.

Pemimpin2 United Munafik National Organization( UMNO) bersikap macam burung ostrich yang menyorokkan kepala dalam lubang tanah. Dia ingat kalau dia tak nampak musuh pemangsa, maka musuh pemangsa atau binatang lain tidak nampak akan dia. Hendak kita ketawakan dan kritik mereka, kita serba salah- maklum sahajalah, mereka berotak burung. Kita jadi pandir jika melayan puak UMNO. Tak setuju- tarik kerakyatan! Tak setuju- kita gantung. Tak setuju kita jel!. Inilah kualiti pemimpin UMNO. Hendakkah kita amanahkah negara kepada orang bermutu rendah dan selekeh otak macam ini?

Dr Mahathir sendiri yang kata- memang pemimpin UMNO yang sekarang ini orang2 bodoh dan half past six. Yang cerdik sudah masuk PAS, yang bijak sudah masuk PKR dan yang pandai dah masuk DAP. Yang tolol dan bahlul dan mengeluarkan bahan yang patut keluar dari dubur, di keluarkan ikut lubang mulut sahaja yang tinggal dalam UMNO. Sebab itu Dr Mahathir kata, UMNO sudah busuk sampai ke usus. Kalau kita hendak selamat, maka kita amanahkan negara kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya cakap, Dr Mahathir yang suruh.

Mahukah kita amanahkan pentadbiran negara kepada barisan pemimpin yang tolol lagi bahlul, perasuah dan pembuli? Bagaimana negara hendak maju dalam tangan orang UMNO yang tolol wa bahlul? Rosak dan punah negara kita.
Orang tolol dan kurang akal sahaja yang mengatakan kalau UMNO tidak ada, orang Melayu akan mati, kalau UMNO tidak ada, agama Islam akan hancur dan kalau UMNO tidak ada, Raja Melayu akan lenyap.



Takde orang Melayu mati di Kelantan bila UMNO kalah. Tidak ada orang Melayu yang sengsara bila UMNO tewas di Pulau Pinang- bahkan orang Melayu lebih sengsara di bawah pemerintahan UMNO dan geng jahat nya Gerakan di Pulau Pinang dahulu. Islam tidak hancur ketika PAS memerintah Kelantan dan Kedah. Raja Melayu adalah raja keatas SEMUA rakyat bukan raja untuk UMNO sahaja. Jika Raja Melayu berlagak sebagai Raja untuk UMNO sahaja, maka nanti jika UMNO tiada, raja Melayu lenyaplah. Bersikaplah sebagai raja untuk SEMUA rakyat, baharulah Raja Melayu akan kekal. Bergantung kepada UMNO bererti pendek umur untuk semua orang Melayu.

Mari kita lihat lagak pemimpin berotak burung ostrich ini. Pemimpin gerombolan UMNO rasa memadai dan mencukupi hanya dengan mengeluarkan penafian. Bila di tuduh ada skandal rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, maka pak menteri yang bertanggung jawab merasakan cukup dan padan hanya dengan mengeluarkan kenyataan menafikan nya. Orang kata ya- dia kata tidak. Ini kualiti pemimpin UMNO yang mengatakan ‘come on give him some humanity’.

Yang terlebih bodoh antara pemimpin UMNO ialah mereka yang enggan menggunakan bahan yang ada antara dua telinga mereka. Dan saya tidak bercakap mengenai hidung mereka. Jadi apabila otak tidak di gunakan( sebab mungkin tidak ada lansung), pemimpin UMNO menganjurkan jalan pintas.

Bila Ambiga menjuarai suatu aliran yang menyusahkan UMNO, maka mereka berteriak tarik balik kerakyatan Ambiga. Habis Ambiga hendak di hantar di mana? Bukankah kerakyatan itu sesuatu yang di jamin dan di lindungi oleh undang undang negara bukan undang2 UMNO? Ambiga itu lahir di mana?

Yang lebih dasyat, ada wakil rakyat UMNO yang terkurang cerdik di Malaysia menyarankan agar Ambiga di gantung. Bukankah ini suatu ugutan bunuh dan jika ugutan bunuh, polis kita nanti report di buat kah? Satu Malaysia dah baca ugutan bunuh ini, maka polis patut tangkap siapa yang bercakap mengenai perkara itu. Undang2 kita ini mob rule kah?

Apabila isu demi isu di timbulkan- pemimpin UMNO merasionalkan ia sebagai cubaan mencermarkan imej pemimpin negara? Hendak cemar apa jika sememang dan sebermula nya imej sudah tercemar?

Jika isu yang di timbulkan terhadap semua pemimpin UMNO adalah usaha memburukkan nama orang UMNO menjelang PRU, maka apa pula kita hendak klasifikasikan isu2 yang di timbulkan terhadap pemimpin pembangkang? Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu jangan di perbodohkan oleh UMNO lagi. Jika kita bersedia mengutuk isu2 yang di timbulkan terhadap UMNO sebagai mainan politik semata2- maka kesediaan serupa mesti di beri keatas segala isu terhadap pemimpin parti pembangkang.

Semua isu terhadap Anwar Ibrahim misalnya adalah gimik politik UMNO yang kian terdesak. Pengkudaan institusi Raja2 Melayu adalah gimik politik UMNO. Hanya kali ini sahaja UMNO menunjukkan merekalah yang menjuarai Raja2 Melayu terhebat dari orang lain. Di masa yang lain, UMNO lah yang hendak gantung raja2 Melayu.

Saya sarankan, kalau kita nak gantung, kita gantung semua pegawai imigresyen, pegawai jabatan pendaftaran yang membiarkan orang asing mendapat kad pengenalan dan kerakyatan segera. Ini terang2 pengkhianatan dan pengkhianatan terhadap Raja dan Negara di hukum gantung. Kita gantung orang yang menjual rahsia tentera laut Malaysia. Komisyen yang dia dan sahabat2 pengkhianat nya terima adalah hasil pengkhianatan dan pengkhianat semua nya mesti di gantung.

Kita gantung semua yang mencuri perbendaharaan negara. Yang membawa lari duit gelap sebanyak RM 1.3 trillion dalam tempoh 10 tahun, di tangkap semua dan di gantung.

Oleh: SakmongkolAK47

PANAS!!! PENIAGA ASING KUASAI KUALA LUMPUR ?



Hampa baru sedark kut, bukan peluang niaga depa dah sapu siap boleh mengundi pulak? Ini mesti kes nak mintak kauta lot bazar-bazar musim bulan Ramadhan dan Hari Raya lepas tu hampa dapat pun dijual kepada pendatang asing juga.

‘Makhluk perosak’ punca kebanjiran peniaga asing
Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di'alibaba'kan.


PUTRAJAYA: Tindakan beberapa pegawai pihak berkuasa yang menjadi ‘makhluk perosak’ didakwa sebagai punca kebanjiran peniaga asing di sekitar Kuala Lumpur.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, ini disebabkan wujudnya penglibatan pegawai yang berada dalam agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selain Jabatan Imegresen, polis, dan beberapa persatuan peniaga yang melindungi peniaga asing.

Katanya, disebabkan kelonggaran itu peniaga tempatan terjejas sehingga terpaksa bersaing dengan warga asing terutamanya dalam isu mendapatkan tapak perniagaan.

“Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di’alibaba’kan,” katanya kepada pemberita dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.





Beliau turut bimbang sekiranya peniaga asing diberi peluang menguasai perniagaan bazar Ramadhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, dan beberapa bazar utama sekitar Kuala Lumpur bulan depan.

“Mereka ni tak bawa untung kepada kerajaan. Mereka warga asing tak bayar cukai. “Secara purata dalam sebulan 45 kali Jabatan Imegresen buat operasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya tapi warga asing tetap wujud,” katanya.

Beliau sebelum itu bersama kira-kira 250 peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum mendesak satu suruhanjaya khas bebas membanteras kebanjiran penjaja asing diwujudkan.

Peniaga terbabit yang bernaung di bawah NGO itu berkumpul dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini pukul 2.00 petang tadi dan menyerahkan memorandum kepada pegawai khas Perdana Menteri Datuk Razali

Banteras peniaga asing di KL


PUTRAJAYA 26 Jun - Kerajaan digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat kebanjiran peniaga asing yang kini menguasai ruang-ruang niaga strategik di ibu kota.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, peniaga-peniaga asing itu juga menguasai pelbagai sektor jualan sekali gus menutup peluang peniaga bumiputera.

Beliau mendakwa, pihaknya mengesyaki kehadiran peniaga asing tersebut didalangi individu, persatuan dan pihak berkuasa tempatan.

"Kami minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tubuh jawatankuasa membela nasib peniaga-peniaga tempatan di Kuala Lumpur yang semakin mengecil akibat peniaga asing.

"Keadaan ini mungkin berpunca daripada pegawai kerajaan sendiri yang terlibat melindungi mereka termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis dan imigresen yang memakai lesen untuk berselindung," dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri bagi mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas membanteras peniaga asing di Lembah Klang, di sini hari ini.

Memorandum itu diterima Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim.

Menurut Mohd. Ridzuan, kerajaan juga tidak sepatutnya memberi 'muka' kepada semua peniaga asing itu untuk terus menguasai perniagaan di Lembah Klang.

"Di Pasar Borong Selayang penuh dengan warga asing terutamanya Myanmar yang berlagak samseng dengan badan penuh tatu dan sebagainya.

"Kerajaan perlu bekukan terus mereka ini kerana di Myanmar sendiri mereka menghalau dan membakar umat Islam," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan hasil serbuan Jabatan Imigresen terhadap peniaga asing di Lembah Klang dan Putrajaya tetapi kemudiannya kawasan itu dipenuhi peniaga asing semula.

"Kita sudah membuat kajian dalam sebulan sebanyak 45 kali serbuan dilakukan oleh Jabatan Imigresen tetapi yang peliknya mereka ini masih wujud sebab itu kita minta jawatankuasa ini ditubuh. Adakah Jabatan Imigresen makan angin?

"Pengarah Imigresen perlu menjelaskan status mereka ini, berapa peniaga sudah ditangkap dan kita mahu penyelesaiannya," katanya.

Siasatan skandal Scorpene buat Najib panas Pungkok

Siasatan skandal Scorpene menyukarkan Najib dengan PRU makin hampir

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 bilion) pada 2002.

Dipetik laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau berkata pihak pembangkang sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online.

Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut.

Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan “pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi”.

“Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat,” kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib.

Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada “agensi pelancongan” yang diwujudkan bagi mencetuskan “pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya.”

PEMBUNUHAN ALTANTUYA


Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya.

“Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar,” kata Breham.

Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu.

Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan.

Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan.

Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara.

Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.

Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006.

Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.

Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad.

“Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib),” kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram.

PANAS.....PENGERUSI PAC AKUI : KEMENTERIAN KEWANGAN DAN PERTANIAH TERUK!!!

NFC: SOP Kementerian Kewangan, Pertanian lemah




KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata ini termasuk kelemahan dalam aspek memberi arahan dan kawalan dalaman Kementerian Kewangan kepada agensi-agensi yang tidak mantap.



"Didapati pegawai yang mewakili kementerian (kewangan dan pertanian) dalam NFC tidak begitu mahir dalam tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah. "Mungkin tahu (tanggungjawab) tapi tindakan-tindakan untuk pastikan sesuatu
urusan berjalan dengan sepatutnya tidak dibuat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa tersebut di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Turut hadir pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua kementerian berkenaan serta wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar.



Azmi yang juga Anggota Parlimen Padang Besar, berkata PAC dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengeluarkan SOP baru untuk dipatuhi pegawainya yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat atau projek.

"Saya tidak tahu setakat mana ia akan ditingkatkan tapi kami berharap ia akan dipertingkatkan," katanya.

Seorang lagi anggota PAC, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata antara SOP yang diberi perhatian dalam penilaian mesyuarat hari ini adalah cara perjanjian projek ladang lembu itu dirunding dan dimeterai.

Selain itu, pengeluaran wang, pengawalseliaan laporan kemajuan, tugas pengarah syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan serta pengendalian akaun syarikat juga diteliti.

Azmi berkata PAC juga meminta kerjasama Jabatan Audit Negara untuk meneliti beberapa dokumen tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.

"Kami gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua kementerian dan sokongan Ketua Audit Negara...EPU (Unit Perancang Ekonomi) juga ada di sini untuk membantu kami," katanya.


Selain itu, Azmi berkata pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadual hadir mesyuarat seterusnya esok. - Bernama

26 Jun 2012

MAKLUMAT BOCOR ; DOKUMEN SKANDAL SCORPENE TERDEDAH!!!!

70 DOKUMEN TELAH DIMUAT TURUN DIINTERNET MULAI SEMALAM...



DOKUMEN berkenaan skandal Kapal Selam Scorpene telah mula dimuatnaik ke internet sejak semalam. Namun dokumen tersebut berbahasa Perancis, silalah download.

Difahamkan dokumen tersebut dihantar oleh individu yang tidak dikenali kepada Asia Sentinel yang berpengkalan di Hong Kong. Ia merupakan laporan hasil daripada serbuan dan penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Perancis berhubung skandal tersebut Pada 7 April, 2010.


Maklumat lanjut berkenaan dokumen tersebut boleh rujuk di sini [Asia Sentinel] - 70 DOKUMEN
http://www.scribd.com/collections/3678742/The-French-Malaysian-Submarine-Scandal-the-Documents




Mendalam dan Kotor: Skandal Kapal selam Malaysia
Ditulis oleh John Berthelsen
Isnin, 25 JUNE 2012
 
Scorpene menyelam: Tidak cukup dalam
Dokumen pendakwaan yang bocor menunjukkan corak salah laku rasmi dalam kedua-dua negara


Satu kempen dua dekad oleh Perancis-syarikat milik negeri pertahanan gergasi DCN dan anak-anak syarikatnya untuk menjual kapal selam kepada kementerian pertahanan Malaysia telah menyebabkan dalam memperkusut lama daripada ugut, rasuah, menjajakan pengaruh, penyalahgunaan aset korporat dan penyembunyian, antara lain tuduhan , menurut dokumen yang disediakan untuk Sentinel Asia.

Sebahagian dari kekejaman nampaknya telah berlaku dengan pengetahuan pegawai tinggi kerajaan Perancis termasuk kemudian asing Menteri Alain Juppé dan dengan persetujuan bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, menurut dokumen itu, yang terdiri daripada 133 fail yang berasingan dan beratus-ratus muka surat. Mereka telah dibentangkan kepada Majistret Pendakwa Perancis di Mahkamah de Grand instance de Paris pada bulan Mei dan Jun 2011.
Peguam Perancis telah mula menyediakan sepina untuk ahli politik terkemuka Malaysia termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan semasa, Ahmad Zaki Hamad dan beberapa tokoh-tokoh.

Dokumen-dokumen yang telah dihantar tanpa nama untuk Asia Sentinel melalui laluan yg memutar yang membawa mereka ke Brussels, Belgium, Lagos, Nigeria; Brazzaville, Congo; Libreville, Gabon, kemudian Leipzig, Jerman dan akhirnya ke Hong Kong. Dokumen-dokumen, ditulis dalam bahasa Perancis, boleh didapati dalam koleksi dalam akaun Scribd Asia Sentinel.

LINK di sini untuk melihat dokumen. http://www.scribd.com/collections/3678742/The-French-Malaysian-Submarine-Scandal-the-Documents





Dokumen-dokumen yang telah disusun akibat satu serbuan pada April 7, 2010, apabila sejumlah penyiasat dari itu unit jenayah anti-terancang dan kewangan Direktorat di Perancis Polis Kehakiman swooped turun pejabat DCN, di 19 rue du Kolonel Pierre AVIA di Paris Arondissement 15, dan empat lokasi lain, menuntut supaya pegawai terkejut memberikan mereka akses kepada peti besi, fail dan komputer. Mereka mengumpul beribu-ribu dokumen yang membentuk sebahagian besar gambar-gambar yang dihantar ke Sentinel Asia.

Bersama-sama, mereka yang hadir dakwaan memberatkan pegawai Malaysia yang Matlamat adalah untuk mengemudi bayaran € 114,960,000 (AS $ 114,300,000 pada kadar pertukaran semasa) melalui sebuah syarikat swasta yang bernama Perimekar Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Razak Baginda ketika itu ketua unit pemikir Malaysia dipanggil Penyelidikan Strategik Malaysia, yang berkaitan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, parti politik terbesar di negara ini.

Pembayaran itu ternyata telah melanggar Konvensyen OECD Rasuah, yang mengesahkan Perancis pada 30 Jun, 2000. Pada 29 september, 2000, mengikut D00015 dokumen, DCNI, anak syarikat DCN, telah mengambil tindakan pembetulan "selepas Perancis menyertai konvensyen rasuah.

Kontrak menyimpulkan selepas tarikh tersebut adalah untuk akan disalurkan kepada Eurolux dan Gifen, syarikat-syarikat yang dipegang oleh Jean-Marie Boivin, kewangan ketua bekas DCN itu, dan beribu pejabat di Luxembourg dan Malta masing-masing Boivin yang sedang disiasat kerana telah dimainkan 1 peranan pusat dalam yang tindakan "pembetulan, "dengan apa yang telah digambarkan sebagai" komisen aneh "perjalanan melalui berkubang syarikat-syarikat yang ditubuhkan di kawasan perlindungan cukai di seluruh dunia. Antara dokumen-dokumen yang menunjukkan Boivin dibayar untuk menghantar Razak Baginda pada bertamasya ke Macau dengan teman wanita itu, Altantuya Shaariibuu, seorang warganegara Mongolia yang kemudiannya dibunuh oleh dua pengawal peribadi Najib.

"Satu perjanjian yang berasingan menetapkan pampasan lain yang terdiri daripada amaun tetap bebas daripada harga sebenar kontrak utama," satu dokumen membaca merujuk kepada pembayaran kepada Perimekar. "Ini telah dibuat selaras dengan peraturan dalaman [DCN] dan [subsidiarinya] Thales dan OECD. Mendapat manfaat daripada dana ini tidak sukar untuk membayangkan: puak dan hubungan keluarga Encik Razak Baginda. Di samping itu, dana ini akan mencari jalan mereka kepada parti politik yang dominan. "Adalah parti dominan politik Malaysia dan UMNO.

Pertahanan Spree Malaysia

Kisah pada dasarnya bermula apabila Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Mahathir pada tahun 1991 dan memulakan tokokan besar-besaran tentera di negara ini, mengatur pembelian kereta kebal, jet Sukhoi, bot peronda pantai dan kapal selam. Yang memulakan persaingan sengit antara Perancis, Jerman, pengilang Sweden, Russia dan Belanda, yang seterusnya pergi mencari kroni-kroni yang paling berkesan kepimpinan Malaysia untuk membantu mereka. Menjelang tahun 1995, menurut dokumen DC00078, Thales anak syarikat DCN, telah kehilangan keluar dengan pengeluar Jerman Kockums AB, yang telah diwakili oleh Amin Shah, digelar "Onassis Malaysia" kerana perniagaan dan beliau kepentingan perkapalan, yang adalah hampir untuk kemudian-kewangan menteri Daim Zainuddin dan disyaki sebagai seorang lelaki depan bagi kepentingan Daim.

Pihak berkuasa Perancis seolah-olah untuk melawan dengan membayar "yuran perundingan" menurut dokumen tulisan tangan yang dipanggil "Perjanjian Perundingan" yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada Okt 1, 1996 antara DCN wakil Emmanel Aris Antarabangsa dan Angkatan Tentera Malaysia utama bernama Abdul Rahim Saad. tujuan adalah "untuk memulakan kembali DCNI dalam senarai pendek tender selepas ia telah ditolak oleh Kerajaan Malaysia" pada Dec 14, 1995, menurut dokumen Perancis.

Saraan yang akan dibayar dalam dua lot, AS $ 20,000 sebelum 31, Jan 1996, dan AS $ 80,000 selepas penerimaan. Nampaknya ia berjaya. Rahim kini pengarah urusan sebuah syarikat bernama ARS Sehajatera Sdn Bhd, yang membekalkan peralatan logistik untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Walau bagaimanapun, terdapat soalan sama ada Rahim yang pernah dibayar. Satu memo yang dijumpai dalam fail DCN berkata dia "meluahkan rasa tidak puas hati dan mengisytiharkan sokongan untuk Agosta [pengilang Sepanyol Scorpenes untuk DCN] kapal selam sejak 1996 tetapi dia tidak mempunyai apa-apa berita dari DCNI sehingga kini. 'Dia berkata, beliau menganjurkan aktiviti rendang untuk mempromosikan tawaran Perancis ... Beliau mengadu tidak telah dibayar bagi perkhidmatan. "

Akhirnya, menurut dokumen, Amin Shah mula kehilangan pengaruh dengan kerajaan selepas Daim Zainuddin meninggalkan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan. DCN dan anak-anak syarikatnya mula yang pemutus wujud sumber-sumber lain pengaruh dalam kerajaan Malaysia.

Satu percubaan untuk menarik Tan Sri Razali Ismail, seorang diplomat Malaysia yang paling cemerlang, gagal. "Ia akhirnya gagal dan Encik Abdul Razak Baginda telah dipilih untuk menggantikannya," dokumen ambil perhatian. "Peranan kedua ialah untuk memudahkan prosedur penyerahan kepada kerajaan Malaysia dan menteri-menteri yang bertanggungjawab, khususnya Menteri Pertahanan, dengan siapa dia mendakwa mempunyai hubungan rapat."

Menurut D000112 Dokumen, "... Razak Baginda telah mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi, isterinya, Mazlinda Makhzan, adalah kawan rapat isteri Menteri Pertahanan. Oleh itu, Baginda telah menjadi pusat rangkaian. Kedua-dua syarikat adalah di pusat rangkaian ini: Terasasi, yang berkaitan dengan Baginda, dan Perimekar, yang pada mulanya dikuasai oleh Mohamad Ibrahim Mohamad Nor, yang juga rapat dengan Daim Zainuddin. Walau bagaimanapun, dengan Daim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas meludah dengan Mahathir, Razak Baginda mengambil lebih pemilikan tunggal syarikat itu melalui isterinya.

"Kontrak pertahanan utama di Malaysia seperti di negara-negara lain memerlukan pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau [politik] organisasi," kata dokumen itu. "Di Malaysia, selain daripada individu, parti pemerintah [UMNO] adalah penerima terbesar [agak daripada Perimekar, syarikat yang suruhanjaya itu]. Perunding [ejen atau syarikat-syarikat] sering digunakan sebagai rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan tersebut dan menerima komisen untuk pengetua mereka. "

Jantung Deal yang

Sejak beberapa tahun akan datang, dokumen-dokumen menunjukkan, yang kontrak itu datang dekat membuahkan hasil Razak Baginda dan Najib maneuvered di Perancis untuk mendapatkan tawaran yang terbaik untuk diri mereka dan UMNO, yang mewujudkan memperkusut syarikat melalui dana yang akhirnya akan lulus.

Aktiviti-aktiviti mereka termasuk penubuhan beberapa syarikat termasuk syarikat Perimekar pada tahun 2000 sebagai kenderaan corong pelakuan € 114,900,000 kepada Razak Baginda dan lain-lain, dengan isteri pemegang saham utama Razak Baginda. Pelan itu nampaknya mempunyai kelulusan Mahathir. Kabel diplomatik Menteri Luar Juppé berkata, "syarikat yang dipilih oleh kerajaan untuk projek kapal selam adalah ... Perimekar. Pilihan ini adalah tertakluk pemberitahuan rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia Kementerian Pertahanan ... Nota bahawa ini keputusan Kementerian Kewangan telah diambil manakala Perdana Menteri sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan, selepas pemergian Tun Daim. "

Syarikat Perancis muncul mempunyai tidak ilusi fungsi Perimekar. Dokumen ambil perhatian bahawa "Perimekar adalah sebuah syarikat liabiliti terhad dengan modal MR5 juta (€ 1.4 juta) yang mana 1 juta disediakan. Ia dicipta pada bulan Ogos 1999 ... ia tidak mempunyai rekod jualan sepanjang tahun 2000. Pemilikan dalam proses penstrukturan semula. "

Sebagai Asia Sentinel telah dilaporkan sebelum ini, dokumen D00087 menunjukkan bahawa Najib menuntut AS $ 1 bilion "syarat" untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd "tinggal di Perancis." Nota, bagaimanapun, tidak menjelaskan dengan tepat apa yang bermakna.

Maklumat itu terkandung dalam nota faks dari Francois Dupont, wakil Asia Thales International Asia, kepada ketuanya dan tetapi notasi dalam dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah tidak rumit. Dupont menunjukkan bahawa pertemuan dengan Najib pada 14 Julai 2001 akan mengambil tempat dengan "keadaan" yang disebutkan di atas tetapi ia tidak diketahui jika mesyuarat yang berlaku
.


Sepanjang jalan, Jasbir Singh Chahl, salah satu syarikat-syarikat bersekutu Razak Baginda pada Perimekar, memutuskan dia tidak dibayar cukup. Dalam memo beberapa DCN, Jasbir Chahl menuntut 1/4 penuh jumlah Perimekar € 114,960,000.
Walaupun permintaan beberapa, tidak ada sebarang petunjuk bahawa Chahl telah pernah dibayar. Beliau telah disapina sebagai saksi dalam kes itu, tetapi selepas 1 menunjukkan kepada peguam Perancis yang beliau akan bekerjasama, beliau telah berkata dia tahu tiada apa-apa jua urusan. Beliau dikatakan menjadi sangat sakit dan mengalami beberapa bentuk kanser.

Dokumen lain yang dibuat awam oleh Asia Sentinel awal menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya € 36,000,000 mengalir dari anak syarikat DCNS Terasasi Hong Kong Ltd, yang pegawai utama disenaraikan sebagai Razak Baginda dan bapanya. Najib adalah Menteri Pertahanan dari 1991 melalui masa apabila kapal selam telah dihantar pada tahun 2002. Terasasi hanya wujud sebagai nama di dinding sebuah firma perakaunan daerah Wanchai di Hong Kong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...