08 September 2012

Panas ! Koordinator BN Selangor Merengek macam budak Kecil.....



Mohd Zin Dicabar Dedahkan Rancangan Ambilalih KTMB Oleh Swasta Secara Runding Terus


Tindakan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terus-terusan mempertikai usaha kerajaan negeri dalam isu Talam meskipun Akauntan Bebas telah mengeluarkan pandangan bahawa kerajaan negeri telah membuat keputusan komersial yang bijak, menyerlahkan betapa dangkalnya tahap ilmu dan pemahaman beliau dalam pengurusan ekonomi.

Firma audit KPMG yang telah menghabiskan masa sebulan untuk memperhalusi semua dokumen, perjanjian serta suratcara dengan jelas telah menyimpulkan pandangan profesional mereka bahawa tiada unsur-unsur tipu muslihat, salah urus atau kepincangan dalam urusan perpindahan hakmilik hartanah dari Talam kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang telah berjaya mendapatkan semula keseluruhan hutang bernilai RM392 juta.

Saya hairan mengapa begitu sukar untuk Mohd Zin memahami laporan awal audit tersebut. Pada masa sama, saya tidak menolak kemungkinan beliau berperangai sedemikian adalah semata-mata mahu menegakkan benang yang basah demi menutup keaiban rakannya dalam BN semasa mentadbir Selangor sebelum 2008 yang telah gagal dan tidak mempunyai keupayaan serta kekuatan politik mengutip hutang-hutang tersebut. Keupayaan mereka jelas tidak dapat menyaingi kemampuan Dato’ Menteri Besar sekarang yang berpengalaman luas dalam sektor korporat.

Jika Mohd Zin benar-benar jujur mahu menjaga kepentingan rakyat Selangor, saya cabar beliau melihat semula dan mendedahkan kepada rakyat rancangan kerajaan Datuk Seri Najib Razak untuk menswastakan KTMB yang bakal menyebabkan tanah dan aset KTMB bernilai lebih RM50 billion jatuh ke tangan syarikat swasta.



Mohd Zin sepatutnya lebih prihatin dengan menyatakan kerisauan dan bantahan terhadap cadangan Malaysian Mining Corporation ( MMC ) yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk mengambilalih KTMB melalui runding terus. Barang pasti transaksi tersebut hanya akan menguntungkan syarikat dan individu tertentu dan merugikan rakyat Selangor.

Kita semua maklum cadangan pengambilalihan tersebut adalah antara usaha Syed Mokhtar untuk menimbunkan pemilikan hartanah bagi syarikatnya sebagaimana yang telah beliau lakukan terhadap Pos Malaysia menerusi DRB Hicom.

Selaku Pengerusi KTMB, Mohd Zin perlu meningkatkan kesedaran rakyat Selangor dengan mendedahkan syarat dan peraturan yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan aset serta tanah-tanah KTMB yang bernilai lebih RM 50 billion tidak jatuh ke tangan pihak swasta.

Ini adalah isu-isu besar yang sepatutnya beliau ketengahkan. Berhenti merengek dan berperangai seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula. Mohd Zin harus berhenti menyebar fitnah dan terus-terusan berbohong hanya sekadar mahu menegakkan benang yang basah bagi menidakkan kejayaan Selangor dalam isu Talam.

Kerajaan Selangor pada masa yang sama tidak akan duduk diam mahupun tunduk kepada tangan-tangan rakus dan kotor yang mahu mengambil hak rakyat Selangor, baik dalam isu Talam mahupun dalam isu pengambilalihan KTMB. Kita akan lakukan yang terbaik agar hak rakyat dipertahankan mengatasi kepentingan individu haloba.

FAEKAH HUSIN

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...