22 Jun 2013

TERHOT ! MENGAPA TENGKU ADNAN PUN JOIN HIMPUNAN # BLACK505 TERJAWAB ??? !!!


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur telah dilaporkan turut hadir di Perhimpunan Black 505 di Padang Merbuk hari ini.

Apa Ku Nan buat kat sana?

Beliau telah dilihat bersama-sama dengan OCPD Dang Wangi, ACP Zainuddin..

Kehadirannya ialah untuk memujuk dan meminta penganjur Blackout 505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka..

Kuala Lumpur: Kerajaan meminta penganjur Blackout505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata, ketika ini perbincangan masih berlangsung antara polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penganjur perhimpunan itu.

"Saya minta mereka pentingkan keselamatan orang awam dan untuk itu penganjur seharusnya berpindah ke Stadium Merdeka, malah pintu stadium juga sudah dibuka.

"Penganjur sepatutnya mengikut peraturan dan tidak bertindak atau provokasi yang boleh mencetuskan keadaan tidak menyenangkan," katanya ketika ditemui di kawasan Padang Merbok sebentar tadi.

Tengku Adnan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika penganjur masih enggan mengubah lokasi perhimpunan.

"Jika bersetuju, penganjur bokeh dapatkan permit daripada polis," katanya Berita Harian

UBAH LOKASI BLACK505, HANYA KHABAR ANGIN UMNO, MENGAPA BELIAU HANYA TURUN DISAAT TERAKHIR !!!

Pembangkang digesa menukar lokasi perhimpunan haram yang dijadual di Padang Merbok di Kuala Lumpur hari ini ke Stadium Merdeka bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat saranan itu semasa melakukan tinjauan di Padang Merbok pada 12.50 tengah hari ini untuk melihat situasi di situ sebelum perhimpunan anjuran pembangkang itu yang dijangka diadakan pada 3 petang.

Beliau berkata Jalan Parlimen, yang terletak dekat dengan padang itu, merupakan antara laluan utama untuk masuk ke ibu negara, terutama pada hujung minggu.

"Ia tidak strategik untuk pembangkang mengadakan perhimpunan di sini. Kita telah membuka Stadium Merdeka untuk pembangkang mengadakan perhimpunan hari ini tetapi mereka degil," katanya yang turut diiringi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan beberapa pegawai kanan kementerian.

Katanya jika pembangkang meneruskan perhimpunan itu di Padang Merbok, laporan polis akan dibuat bagi tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

“Ini adalah tempat public. Walaupun kita telah memberikan kelulusan di Parlimen siapa nak tunjuk rasa pun tunjuk rasalah, tapi kalau boleh di tempat tertutup,” kata beliau kepada pemberita di lokasi perhimpunan sebentar tadi.

Sementara Pengarah Strategi PKR pula mengatakan tempat perhimpunan kekal di Padang Merbok.

“Kita akan tetap ke Padang Merbok, itu hanya khabar angin Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider merujuk kepada berita mengenai pertukaran lokasi perhimpunan ke Stadium Merdeka.




INI ANTARA SPEKULASI YANG DIBUAT? 


 Sebelum itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh memberitahu beliau menerima maklumat perhimpunan berpindah ke Stadium Merdeka dari lokasi asal Padang Merbok.

Mohamad mengatakan masih belum terdapat pengesahan mengenai perkara itu dari pengurusan stadium atau penganjur perhimpunan.




BANTAHAN TERHADAP SPR DITERUSKAN , ANAK MUDA DIRI 100 BUAH KHEMAH... ( +VIDEO )




Padang Merbok yang menjadi tempat himpunan Blackout 505 hari ini mula dibanjiri kira-kira 40 khemah yang didirikan peserta sebaik himpunan selesai kira-kira jam 6 petang tadi.

Ia adalah inisiatif NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan sebahagian daripada penganjur himpunan petang tadi.

SAMM sebelum ini bercadang memanjangkan protes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama dua hari lagi sehingga ke hari anggota parlimen mengangkat sumpah Isnin depan.

kl black505 event camping 220613  Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Redzuan berkata mereka berusaha untuk menyediakan tandas kepada peserta perkhemahan tersebut.

Katanya, kemudahan tandas berdekatan tapak perkhemahan tersebut didapati dikunci kemas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Di sekeliling tapak khemah juga sudah mula kelihatan bendera-bendera SAMM dipacak membentuk satu perimeter.

Pada masa sama, pengusaha gerai yang mula berniaga sejak awal pagi tadi di kawasan tempat letak kereta Padang Merbok masih meneruskan perniagaan mereka menjadikan tempat ini seperti tapak pesta.

Menurut Edy, rancangan asal untuk berkhemah sehingga ke hari parlimen mengangkat sumpah akan ditukar kepada berkhemah sehingga tujuh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.

"Namun, kalau kita boleh bertahan sehingga esok tanpa gangguan pihak luar, itu sudah merupakan satu kejayaan besar," kata Edy.

Tambahnya, mereka mempunyai simpanan khemah tambahan sebagai ganti, sekiranya khemas sedia ada dirampas pihak berkuasa.




Kenyataan Umum
22 Jun 2013 - 7pm

Anak Muda Terus Berhimpun, Dijangka Bertambah Ramai dan Tidak Pulang Sehingga SPR Undur! -

Himpunan di Padang Merbuk masih lagi diteruskan dan masih ramai yang tidak akan pulang selagi 7 anggota tertinggi SPR tidak melepaskan jawatan masing-masing.

Sehingga jam 7 petang tadi, hampir 100 buah khemah telah dinaikkan sedikit demi sedikit. Kelihatan juga bukan sahaja khemah dari kumpulan NGO #SuaraRakyat505, tetapi terdapat banyak lagi khemah datangnya dari orang ramai yang menyokong perhimpunan lebih dari sehari ini.

Dijangka ramai yang kembali memenuhi Padang Merbuk dengan persiapan dan kelengkapan yang cukup. Juga akan bersama sepanjang malam ini adalah termasuk YB Tian Chua, YB Ustaz Marzukh (MP Bachok), Isham Rais, Haris Ibrahim, Arul PSM, che'GuBard dan ramai lagi.

Satu sidang media juga akan diadakan pada jam 9.30 malam ini di kawasan tapak perkhemahan Padang Merbuk. Semua wartawan dijemput untuk membuat liputan.

Ayuh bersama, kita mampu menjadikan kelainan untuk kali ini, Pulang hanya bila menang, anak muda mencipta sejarah. Biarlah malam ini menjadi satu permulaan yang hebat!

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



TERHOT ! PENGAKUAN BERANI TS KHALID ' MENGAKU ALAMI MASALAH KESIHATAN '

Kembali Sihat, Menteri Besar Menghabiskan Masa Melawat Muzium, Memanah

KUALA LANGAT 22 JUN : Setelah dilanda insiden terlelap beberapa saat ketika di sidang media semalam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini kelihatan kembali sihat dan bersemangat menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau ditemui di Majlis Perasmian Program Temasya Adat dan Warisan sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Istana Bandar di sini pagi tadi.



Mengulas insiden berkenaan yang turut disiarkan di media perdana malam tadi, Abdul Khalid mengakui mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkannya terlelap.

“Kadangkala memang berlaku begitu kerana kesihatan, namun saya akan pastikan ianya tidak akan berlaku dalam persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Sudah pasti dalam persidangan DUN, saya akan menumpukan sepenuh fokus dan perhatian terhadap perbincangan dan usul yang dibahaskan,” jelas Abdul Khalid.


Terdahulu, beliau menyempurnakan upacara simbolik perasmian majlis dengan memanah belon sebelum dibawa melawat ke ruang pameran di dalam istana.

Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang itu kemudiannya berpeluang menyaksikan beberapa demonstrasi pelbagai jenis silat dan permainan tradisional gasing, walaupun di bawah sinaran panas matahari.

Setengah jam kemudian, beliau turut meluangkan masa melawat gerai-gerai pameran dan bermesra dengan hadirin sebelum dipelawa untuk menjamu makanan tengah hari yang disediakan secara gotong royong oleh penduduk kampung.


Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Mengenai insiden terlelap itu, Ahmad Yunus, yang merupakan seorang doktor perubatan, menjelaskan bahawa Menteri Besar mengalami masalah kekurangan tenaga semalam.

“Dia (Abdul Khalid) tidak mengambil sarapan pagi semalam. Sebab itu badannya tidak mempunyai gula dan tenaga yang mencukupi, hingga menyebabkannya terlelap,” jelas Adun Sijangkang itu.


Semalam, Abdul Khalid dilaporkan terlelap seketika ketika sidang media diadakan sejurus selesai Majlis Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri.

HOT ! HUSAM DITAHAN MENGIKUT AKTA HASUTAN DAN DIBAWA KE IPD PENGKALAN CEPA





Datuk Husam bertemu dengan Lawyer Sivarasa dan Yb Gobind Singh di Balai Polis Ampang.



Ini berita terkini dari twitter GobindSinghDeo

Dato Husam sekarang dalam perjalanan ke IPD Kota Bahru. Di iringi 4 kereta polis dan lebih dpd 10 pegawai polis. Ditahan berkenaan ucapan di ketereh pd 12.6.13. Disiasat utk hasutan dibawah s4(1) Akta Hasutan. OTW ke IPD Kota Bahru sekrang.


Husam ditahan mengikut Akta Hasutan

Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan.

Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan petang ini menyebut, Husam ditahan pada jam 4 petang di Kampung Pandan, Ampang.

Polis juga mengesahkan bahawa Husam ditahan berhubung satu kenyataan berhubung kehadiran di perhimpunan 'Black 505' hariini.

Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdailypada Isnin lalu.Dalam kenyataan itu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

"Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.Kenyataan itu menerima tentangan keras, antaranya dari seorang bekas pemimpin PAS Prof Madya Mohd Nor Deris yang mahu Husam disiasat kerana kenyataan yang didakwanya sebagai “fatwa sesat” itu.

Menurut Mohd Nor, pandangan itu bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan tidak boleh dibiarkan.

LIVE TV : #BLACK505 PADANG MERBUK 622 - UPDATED




SIARAN LANSUNG : SINI mob.TV


Kinitv :  http://www.kinitv.com/live









MahasiswaMsia Solidariti Mahasiswa Terus berjalan menuju ke brickfield sebelum bergabung ke padang Merbok





#BLACK505 PADANG MERBUK SUASANA AWAL PAGI

Kedahkini akan bersiaran langsung 12.00 tgh hari nanti........





Black 505: Peserta Sudah Sampai Malam Tadi & Pagi Ini



Suasana pagi ini, peserta sudah mula sampai sekalipun acara bermula jam 2.00 petang. Menunjukkan rakyat begitu bersemangat tinggi untuk melawan penipuan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.

Berikut ialah dari lensa Telok Bakong yang menyiarkan gambar-gambar sekitar COUNTDOWN BLACK 505 22 JUN di KLSCAH malam tadi:


Final Countdown menuju #KL226 berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor antara mereka yang hadir seperti Mat Sabu , Tian Chua, Tamrin Ghafar serta ramai lagi

Rakyat yang hadir ke dewan mendengar taklimat akhir menjelang himpunan #KL226 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor

Suasana di dalam dewan

Skrin di pasang di luar dewan 

Mat Sabu memberikan sedikit ucapan 


Suasana di Padang Merbok pada tengah malam, kelihatan ada yang sudah sampai awal-awal lagi

TERHANGAT ; Rangking No.1 Rosmah Mansur Dipertikai Oleh Blogger Umno !!!

Blogger Wanita mesra umno pertikai ranking No 1 DS Rosmah Mansur!

Apakah atas dasar kemelayuan yang tinggi, DS Najib telah diserang sikit demi sedikit sehingga ke Perhimpunan Agung Umno November ini.....




Secara ilmiah hujah yang dibawa olem Mummy Rokiah aku setuju....
Jika dilihat daripada ranking no 2 hingga ke 10 ia telahmempamirkan penglibatan tokoh wanita yang sebenar atau tulin kerana tidak ramai yang mengetahui siapa suami mereka. 

Suami mereka tidak pernah didedahkan, mendapat pendedahan atau mungkin tidak mahu tampil bersama isteri atau mungkin malu media @ ‘media shy’.
Dalam erti kata lain kekuasaan mereka adalah kekuasaan hakiki wanita di atas kewibawaan kaki mereka sendiri tanpa menempel di sebelah kuasa suami mereka.

Hakikatnya wanita yang sebegini mampu bertahan lama dan terus menyumbang kepada masyarakat kerana mereka tidak pernah gusar jika suami mereka tersungkur dalam politik.

Sesungguhnya kekuasaan mereka di luar jakauan kamar tidur dan mereka layak untuk disenaraikan.



Baca sepenuhnya Klik Sini


Kalau pengikut dah tak berkenan,, maka ikut mana sekali pun,, akan dicari juga hujah untuk menolaknya....
~mm

21 Jun 2013

PECAH BERITA : # BLACK505 NAFI TUDUHAN KP KUALA LUMPUR ADA ARAHAN PROVOKASI, RAFIZI AKAN SAMAN ATAS KENYATAAN FITNAH DAN TIDAK BENAR !!!


#black505 Nafi Tuduhan Ketua Polis Kuala Lumpur

Saya terkejut dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mohamad Salleh yang baru dikeluarkan sebentar tadi. Antara lain, kenyataan tersebut menuduh kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

Sebagai jurucakap rasmi kesemua perhimpunan #black505 yang telah dilaksanakan setakat ini, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan #black505. Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis.

Saya juga merupakan penganjur utama kesemua perhimpunan #black505 termasuklah yang akan diadakan esok di Padang Merbok dan terlibat di dalam kesemua perancangan. Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini.

Oleh kerana kenyataan Dato’ Mohamad Salleh itu adalah tidak benar dan memberikan gambaran buruk terhadap saya selaku penganjur, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Dato’ Mohamad Salleh kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.


Saya juga mempertahankan kenyataan saya petang ini bahawa penganjur telah mendapat isyarat tidak rasmi dari pimpinan atasan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama untuk membolehkan perhimpunan esok berjalan lancar. Saya percaya keputusan itu akan diselaraskan di peringkat pimpinan polis dan Kementerian Dalam Negeri selepas ini.

RAFIZI RAMLI

21 JUN 2013



Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran

7:12PM Jun 21 2013

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.

Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.

Dalam kenyataan sama, polis turut mengulangi kenyataan mereka sebelum ini yang tindakan tegas akan diambil terhadap himpunan itu yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa sahaja yang melanggar akta itu dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu berlawanan dengan dakwaan PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' bahawa parti itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok.

Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam.

Dalam reaksi segeranya malam ini, Rafizi berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohmad itu dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

"Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Rafizi berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohmad kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.

Terkini ! Himpunan Black 505 PDRM Sedia Berkerjasama

Himpunan Black 505 sambut baik bantuan PDRM, kata Rafizi
Rafizi Ramli

Penganjur Himpunan Black 505 menyambut baik usaha pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan himpunan membantah keputusan Pilihan Raya 2013 berlangsung dengan aman, selagi tidak memusanahkan harta benda awam, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Semalam berlaku ketegangan diantara penganjur dengan pihak polis berhubung dengan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 itu.

"Saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu penganjuran perhimpunan esok hari, selagi peserta tidak memusnahkan harta awam," katanya.

Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan turut melahirkan penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang walaupun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Kesediaan polis memberi kerjasama dan membantu penganjuran esok disahkan oleh ASP Ananthan Rajoo dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang mengakui telah menerima arahan atasan untuk membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Rafizi berkata, seketariat penganjur juga telah berbincang dengan pasukan perubatan sukarelawan untuk memperhalusi persediaan perubatan sokongan memandangkan keadaan udara yang membimbangkan.

"Saya mengambil pandangan bahawa sejumlah besar orang ramai akan tetap hadir untuk menyertai perhimpunan pada esok hari tidak kira arahan yang diberikan oleh pihak sekretariat.

"Oleh yang demikian, keutamaan utama sekretariat dan pasukan perubatan sukarela adalah untuk memastikan bantuan perubatan sokongan adalah memadai untuk berhadapan dengan sebarang masalah, termasuklah bersabit kualiti udara yang tidak baik akibat jerebu," katanya lagi.

PDRM sebelum ini berkata pihaknya akan meminta bantuan pasukan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai Pakatan Rakyat (PR) meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid pasukan polis telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya.

Dalam langkah memastikan keselamatan semasa situasi kecemasan, Rafizi berkata seketeriat dan pasukan perubatan sukarelawan dengan 55 anggota terdiri daripada doktor, jururawat dan paramedik akan ditempatkan ibu pejabat markas perubatan di Padang Merbok, manakala empat markas perubatan sokongan akan turut dibuka di sekitar laluan di Kuala Lumpur ke arah Padang Merbok, iaitu di Dataran Merdeka, Masjid Negara, Kompleks Sogo dan Dataran Maybank.


"Sebanyak empat ambulan dan lima motorsikal perubatan akan disediakan sekiranya ada keperluan untuk memindahkan pesakit terus ke hospital. Petugas bermotosikal akan memudahkan mereka bergegas ke kawasan yang memerlukan sokongan.

"Setiap markas perubatan akan dibekalkan dengan 'automated external defibrillator' atau AED bagi operasi menyelamatkan nyawa (jika diperlukan) dan ubat-ubatan/kemudahan 'drip' bagi tujuan 'advanced life support (ALS)," katanya.

"Dengan persediaan polis dan bantuan sukarelawan perubatan, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turun berkumpul bermula dari jam 12 tengahari esok. Sila bawa sekurang-kurangnya sapu tangan dan air mineral sebagai persiapan sekiranya masalah jerebu berpanjangan," katanya. ~tmi

TERHOT ! SPR MULA GELABAH...APA PUNCANYA?

Selangor tak perlu tubuh suruhanjaya


Abdul Aziz Mohd Yusof

MELAKA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada keperluan bagi Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada PRU13 lepas.

Beliau berkata parti atau ahli politik yang tidak berpuas hati dengan perjalanan PRU13 seharusnya mengikut saluran yang betul dengan memfailkan petisyen di mahkamah.

"Rasa tidak puas hati mengatakan SPR itu dan ini elok dibawa ke mahkamah tetapi berhubung suruhanjaya penyiasatan berkenaan saya tidak pasti apa bendanya, adakah suruhanjaya ini boleh menyiasat SPR yang ditubuhkan di bawah perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil kepada petugas PRU13 di Melaka, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam  SINI  yang mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan PRU13.



Abdul Aziz tak perlu cemas dengan tindakan S'gor


 Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar tidak perlu merasa cemas dengan cadangan kerajaan Selangor yang mahu menubuhkan Suruhanjaya bagi menyiasat penipuan pilihan raya di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang lepas.

Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, reaksi segera Abdul Aziz yang membayangkan kurang bersetuju dengan tindakan Selangor untuk menyelongkar segala penipuan PRU13 itu memperlihatkan seperti ada yang tidak kena.

"Tan Sri Abdul Aziz tidak perlu merasa cemas dan risau dengan pengumuman Tan Sri Khalid, sebaliknya beliau patut memberikan pujian kerana kerajaan Selangor berusaha mencari penyelesaian terbaik dengan mencari punca penipuan yang berlaku.

"Sebagai sebuah badan yang menguruskan pilihan raya secara profesional, SPR telah melaksanakan tugas semasa PRU ke 13 dan kini serahkan sahaja kesemua persoalan itu kepada rakyat untuk membuktikan dakwaan dan beliau tidak perlu mempertahankan dirinya yang menjadi tuduhan," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada PRU13 lalu.

Menurut beliau, penubuhan suruhanjaya itu selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Katanya, kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara itu termaktub di bawah akta berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi menegaskan, langkah kerajaan Selangor itu tentunya untuk membantu meningkatkan lagi integriti SPR di mata rakyat di samping membina imej profesionalisme SPR sebagai pengadil pilihanraya.

Soal petisyen seperti yang digesa oleh Abdul Aziz katanya adalah proses undang-undang yang akan dijalani oleh Pakatan Rakyat, namun suruhanjaya juga sangat wajar untuk diwujudkan bagi menyiasat secara terperinci setiap dakwaan terhadap SPR.

"Ada kemungkinan banyak lagi kes penipuan tidak direkodkan atau tidak sempat di bawa ke mahkamah untuk petisyen namun boleh sampai ke pengetahuan suruhanjaya dan rakyat amya.

"Sebenarnya langkah kerajaan Selangor adalah untuk membantu meningkatkan lagi integriti SPR di mata rakyat di samping membina imej profesionalisme SPR sebagai pengadil pilihanraya," katanya

HOT ! PUNCA JEREBU DIKENAL PASTI, LADANG MILIK MALAYSIA TERBAKAR !!!


Ladang milik Malaysia terbakar di Riau

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.


PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

“Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.

“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

“Semuanya milik modal asing dari Malaysia.

“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

76 titik panas di Malaysia

Pemantuan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.

Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura. Kebakaran hutan di Sarawak dan Kelantan ini menambah masalah yang dihadapi negara kerana ketika ini berdepan dengan kabut asap yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera.

Kabut asap Sumatera mulai menyelimuti Johor dan Melaka minggu lalu.

Malaysia menyatakan kabut asap kian hari semakin menebal menyebabkan terpaksa menutup 200 sekolah di kawasan berkenaan. Malaysia juga mengirim surat ke Indonesia meminta Jakarta segera mengatasi kebakaran hutan di Sumatera.

Jerebu di Singapura kian 'tebal'


SINGAPURA - Keadaan jerebu di Singapura bertambah buruk dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat 11 pagi ini mencecah tahapberbahaya iaitu 400, kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100,sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sidang akhbar semalam memberi amaran kepada rakyat Singapura bahawa keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa minggu.

"Kami tidak dapat memberitahu jangka masa masalah jerebu ini. Ia mungkin berlanjutan selama beberapa minggu, dan mungkin agak panjang sehingga musim kemarau berakhir di Sumatera.Kita perlu menyesuaikan tindakan kita dengan perubahan keadaan dan melindungi diri kita dengan cara yang lebih praktikal," katanya.

Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Jerebu Antara Kementerian (HIMC) untuk menyelia usaha menyeluruh di peringkat nasional.Jerebu asap daripada pembakaran hutan di Sumatera, bagi membersihkan tanah untuk pertanian, telah dibawa tiupan angin dari barat daya atau barat dan memberi kesan kepada Singapura serta beberapa negeri di semenanjung Malaysia.

Sementara itu, wakil Singapura mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai Indonesia di Jakarta semalam untuk membincangkan keadaan jerebu yang semakin teruk.Mesyuarat itu diatur Kementerian Luar Indonesia melibatkan pegawai kanan Indonesia, kata kenyataan yang dikeluarkan NEA.

Singapura menegaskan jerebu tetap merupakan masalah rentas sempadan yang bukan sahaja memberi kesan ke atas Indonesia tetapi juga negara serantau. Indonesia memberi jaminan kepada Singapura bahawa ia akan memberi lebih perhatian kepada isu itu.


Pada mesyuarat itu, Indonesia memberi taklimat mengenai rancangannya meningkatkan keupayaan menangani kebakaran dan memastikan agensi-agensinya membuat laporan dua kali sehari kepada pasukan petugas kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Koordinasi bagi Kebajikan Rakyat, Agung Laksono.

Indonesia juga bercadang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di lapangan dengan menghantar penyiasat ke Bengkalis bagi mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat perladangan yang tidak bertanggungjawab.

Berikutan ada laporan dari Kementerian Perhutanan Indonesia bahawa syarikat-syarikat Singapura mungkin terlibat dalam aktiviti pembakaran haram, Singapura meminta Indonesia berkongsi nama syarikat yang terlibat walaupun tanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat itu terletak di tangan Indonesia.


JAKARTA - Indonesia hari ini menghantar helikopternya bagi tujuan mencipta hujan tiruan dalam usaha mengatasi masalah jerebu teruk di Singapura.

Pada satu mesyuarat yang diadakan tengah malam tadi, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan para petugas segera memadamkan kebakaran di pulau Sumatera yang menyebabkan jerebu teruk sehingga menjejaskan negara jiran.

Agensi bencana negara berkata, dua buah helikopter dengan peralatan pembenihan awan dihantar awal pagi tadi dari Jakarta dan Pulau Borneo bagi mengekang masalah jerebu.

“Mudah-mudahan, kita mendapat hujan tiruan hari ini,” kata jurucakap agensi, Sutopo Murwo Nughoro lapor AFP.

Sehingga jam 11 pagi tadi, indeks udara di Singapura berada di tahap paling bahaya apabila mencecah 400 sehingga boleh mengancam nyawa kepada pesakit dan warga tua.

22 JUN , 1 Blackout Malaysia Hanya Desakan SPR Letak Jawatan, Polis Jangan Panik !!! ( + Video )

Blackout 505: 1 Blackout Malaysia

#PdgMerbok622

Tuntutan 3 Perkara:

1. Mendesak Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 5 anggota panel SPR meletak jawatan.
2. Menuntut kawasan yang berlaku pertikaian agar diadakan pilihanraya semula.
3. Menuntut agar dihentikan sebarang proses persempadanan semula dan apa-apa juga proses lain sehingga anggota SPR yg baru dibentuk semula melibatkan kesemua pihak.



Di Sungai Petani Kedah pagi ini
 




Minta Bantuan Askar Bukti Polis Panik

Kenyataan Terbuka
21 Jun 2013

Minta Bantuan Tentera Bukti Polis Panik

Cadangan pihak polis untuk meminta bantuan tentera bagi menghadapi kemaraan rakyat pada himpunan kemuncak Black505 cuba dilihat sebagai satu ugutan serius. Namun SAMM berpandangan sebaliknya setelah menghalusi polemik terbaru caturan regim pemerintah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya cadangan dari Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid bukan sahaja satu usaha untuk menakutkan rakyat, tetapi juga kerana kedudukan pihak polis hari ini yang tidak lagi mendapat kepercayaan dan kepedulian daripada rakyat.

Satu demi satu arahan polis dilanggar oleh rakyat kerana rakyat percaya arahan polis ini dilontarkan oleh mereka yang mendirikan sebuah kerajaan hasil dari penipuan pilihanraya. Buktinya, di Kelana Jaya ratusan ribu hadir walaupun diancam oleh pihak polis. Situasi sama juga berlaku di hampir seluruh negara apabila bermacam arahan polis untuk mengagalkan himpunan Black505 dilanggar oleh rakyat.

Juga, satu demi satu tindakan pihak polis dalam mengekang kebangkitan rakyat membuktikan pihak polis lebih mengutamakan 'kedudukkan' kerajaan 46% Barisan Nasional berbanding keselamatan dan aspirasi rakyat. Bermula dengan penangkapan beberapa pimpinan parti dan aktivis ketika menjelang perhimpunan aman #SuaraRakyat505 di Amcorp Mall 25 Mei lalu, kemudian sekali lagi pihak polis hilang pertimbangan apabila menangkap anak muda yang melakukan aksi spontan 'flashmob' di depan Sogo baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, pihak polis juga muncul dengan begitu ramai anggota mengepung lokasi flashmob seluruh negara memperlihatkan betapa paniknya regim terhadap gerakan mobilisasi ke arah 22 Jun. Harus diingat, peserta flashmob tidak melakukan apa-apa kesalahan, hanya 'mencuri' perhatian dengan aksi spontan dan ia bukan satu jenayah.

Malah jumlah kematian dalam lokap yang tinggi dengan tiada penyelesaian yang konklusif juga telah memberi impak besar mencalarkan reputasi polis. Maka apabila semua permasalahan yang melibatkan institusi polis ini dicampur, rakyat hilang rasa hormat.

Di atas kelemahan ketara ini, maka timbullah idea mengarut untuk memanggil askar datang membantu. Idea menggunakan tentera ini mengimbau kembali peristiwa berdarah Lahad Datu beberapa bulan lalu. Maka jelaslah rakyat negara sendiri yang berhimpun menuntut demokrasi dikerah berdepan dengan askar sedangkan pengganas Suluk diberi layanan istimewa. Hanya selepas 3 minggu perkampungan di Lahad Datu 'ditawan' barulah askar diberi ruang untuk masuk campur. Ini hanya berlaku di Malaysia, rakyatnya yang ditipu terus ditindas penuh kezaliman.

SAMM yakin institusi ketenteraan negara punya kredibiliti yang cukup untuk tidak dicemari oleh arahan-arahan berkepentingan tertentu, berbeza dengan institusi polis.

SAMM juga yakin walau apa pun terjadi, walau apa jua halangan, jutaan rakyat berani akan menuju ke Padang Merbuk Jalan Parlimen pada tanggal 22 Jun bagi merebut kembali demokrasi yang digelapkan dan seraya itu mengembalikan kemenangan rakyat yang dirampas. Semua sedia hadir dan tidak pulang sehingga dalang penipuan PRU13 iaitu SPR tidak meletak jawatan.

Ingat kita takut? jangan mengarut, kita tunjukkan RAKYAT KEDEPAN!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Hot : Punca Mayat Lim chin Aik Dibiarkan Berkubur di Jalan Macalister Terbongkar !!!



Teori bagaimana mayat Lim Chin Aik hilang

Kalau sebelum ini, arkitek dari Singapura menyebut bagaimana kereta dipandu Lim Chin Aik berkecai seumpama tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.

Kali ini bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong berpendapat mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m.

Panjang konkrit penebat kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap bahagian tempat duduk pemandu, Kok Khong.

“Ia betul-betul mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke dalam tanah,” kata Kok Khong.

“Dia akan terbunuh serta-merta.”

“Bayangkan sebatang pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas pecah dan memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di bawah tanah.




“Bahagian-bahagian kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter.”Hanya 10 meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti,” katanya.”Selebihnya masih tertanam bersama mangsa.” – mStar

Kerja-kerja penggalian juga tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana struktur tanah yang lemah dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan, kata Khok Khong.

Gambar kecil , Mendiang Lim

Hot ! Annuar Belasah FAM Lagi, Siapa dibelakang beliau?


Annuar kritik FAM lagi!

Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa terus memberi tekanan terhadap pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan program latihan Harimau Muda A di Eropah dan siri jelajah skuad negara ke Australia.

Ahli Parlimen Ketereh itu menerusi akaun facebook miliknya, mempersoal langkah badan induk bola sepak negara menghantar skuad kendalian Ong Kim Swee menjalani latihan selama beberapa bulan di Slovakia yang sebelum ini dijelaskan sebagai persediaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar penghujung tahun ini.


“Selepas pasukan dihantar berlatih jauh di Slovakia, difahamkan seorang demi seorang pegawai melancong ke sana. Berapakah kos ini semua? Sukan SEA (berlangsung) di negara ASEAN (Asia Tenggara) tapi berlatih di Eropah.

“Pegawai dan isteri tidak perlu berulang-alik ke Eropah atas alasan pergi melihat pasukan berlatih,” katanya.




ANNUAR (kiri) dan Datuk Sri Shahidan Kassim, dua individu yang didenda FAM.

Malah Annuar mempersoal cara pemilihan ejen yang mengatur program di Slovakia.


Tan Sri Annuar Musa
Setelah pasukan dihantar berlatih jauh nun di Slovakia,difahamkan seorang demi seorang pegawai Melancong ke sana..Berapakah kos ini semua?SEA game di negara ASEAN tapi berlatih di eropah..Dikhabarkan segalanya di atur seorang ejen YG MEMBUAT "good business" dari program ini..Bagaimana cara ajen ini di pilih?tender?quotation?..dan siapa memilih dan meluluskannya?sumber bayaran nya dari mana?..


kalau KJAAN di harap KJ menyemak nya..Kalau dari wang tajaan liga M ia mendukacitakan ..APAKAH EXCO FAM terlibat dlm semua keputusan ini?Adakah EXCO kenal ejen yg mengatur ini?....SEMUA PASUKAN NEGARA LAIN BERLATIH DLM NEGARA SENDIRI..mereka belanja dana yg terhad..Pegawai & isteri tak perlu berulang alik ke Eropah atas alasan pergi utk tengok pasukan berlatih....wallahuaklam!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...