05 September 2012

Panas ! Rumah Terbuka Adilfitri pula di Serang

Peniaga "serang" rumah terbuka Aidilfitri DAP negeri

Kalau hendak protes dan berdemo buatlah di tempat dan waktu sesuai ini main taram je..ini sah golongan syaitan-syaitan yang kurang waras....


GEORGETOWN. - Seramai 20 peniaga kecil Padang Kota Lama berhimpun di hadapan perkarangan Balai Rakyat Jalan Patani, di sini malam tadi yang menjadi lokasi sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran parti DAP negeri.

Wakil peniaga M. Balakrishnan, 54, berkata perhimpunan itu adalah sebagai tanda protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa gagal membela kebajikan peniaga kecil di Padang Kota Lama.

Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila exco kerajaan negeri dikatakan enggan bertemu peniaga berkenaan untuk membincangkan masalah mereka.


Tinjauan Bernama pada pukul 9.30 malam, mendapati beberapa buah kereta milik exco kerajaan negeri, mula meninggalkan lokasi walaupun majlis baru bermula pada pukul 8.30 malam.

Para peniaga terbabit kelihatan menahan dan mengetuk cermin kereta dipercayai milik exco kerajaan negeri serta menunjukkan kasut sambil melaung-laungkan kata-kata kesat.

Sepasukan anggota skim rondaan sukarela (SRS) cuba mententeramkan keadaan namun tidak berjaya dan berikutan kejadian itu terdapat beberapa kereta yang kemek.

Difahamkan majlis rumah terbuka itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman; Exco Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri Abdul Malik Abul Kassim; dan Exco Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan, Lim Hock Seng.

Perhimpunan itu bersurai apabila anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 40 minit selepas kekecohan berlaku.-Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...