12 November 2011

BANJIR THAILAND : DEWAN SENAT & DEWAN RAKYAT BERBAHAS

Banjir perbahasan Bersama satu hari sahaja

Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk membincangkan keadaan banjir bersama, kata Parlimen Presiden Parlimen, Somsak Kiatsuranont.

"Termasuk ketua Senat, kerajaan dan pembangkang telah bersetuju mengenai perkara ini. Satu hari sudah cukup untuk membahaskan keadaan banjir, "kata Somsak.

Senat, kerajaan dan pembangkang mempunyai tiga jam masing-masing untuk membuat cadangan dan berbahas, katanya.

PINJAMAN PTPTN : 104,083 ORANG DISAMAN

69,000 pelajar diperintah bayar balik pinjaman PTPTN

Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperintah agar membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lepas.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

"Tindakan mahkamah ini terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau hari ini.

Ismail, yang juga anggota parlimen Kuala Krau, berkata sehingga September lepas, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 8,143 pelajar yang disenarai hitam Jabatan Imigresen membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta.

Katanya, jumlah itu masih rendah berbanding 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Sementara itu, beliau berkata Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini mencecah RM456.02 juta membabitkan 1.03 juta penyimpan sehingga 30 September lepas-mk

Pindah wakaf surau sudah dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri- Kerajaan Negeri

ALOR SETAR - Cadangan pemindahan surau wakaf Salihiah Kanchut adalah selepas perkara
tersebut dirujukkan kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah dan ia tidak dibuat dengan
sewenang-wenangnya memandangkan surau tersebut adalah harta yang diwakafkan oleh
individu tertentu.

Demikian penjelasan yang diberikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB
Dato' Ir Amiruddin Hamzah kepada Warta Darul Aman. Menurut beliau, apabila cadangan pembangunan Kompleks Tunku Yaakob melibatkan tanah premis Madrasah Salihiah yang dijadikan surau maka beliau bagi pihak kerajaan negeri,berjumpa dengan Mufti Kerajaan Negeri Kedah yang mengetuai Majlis Fatwa; bagi mendapatkan pandangan.

Hasilnya, pihak jawatankuasa Fatwa yang bermuzakarah membenarkan surau tersebut
dipindahkan ke lokasi lain dengan kaedah 'Istibdal' iaitu lokasi baru yang dipindahkan mendapat
manfaat yang lebih besar dari lokasi asal."Contoh yang mudah ialah jika surau wakaf lama hanya dimakmurkan oleh 10 orang tetapi jika dipindahkan ia boleh dimakmurkan oleh 100 orang bersama lain-lain manfaat yang lebih besar, maka tempat wakaf asal itu boleh untuk dipindah atau ditukarganti ke tempat lain," ujar Amiruddin.

Apa yang berlaku terhadap surau Salihiah itu, kata Amiruddin, ia hanya menjadi tempat
berjemaah untuk jumlah yang kecil iaitu para pekerja di sekitar itu sahaja. Surau tersebut tidak terletak di kawasan perkampungan atau taman perumahan.

Menurut Amiruddin, pihak kerajaan telah berunding dengan pemaju supaya membina sebuah
surau dengan keluasan yang lebih besar (dari surau asal) dalam kompleks tersebut.
"Pihak pemaju telah bersetuju untuk membina surau tersebut di aras bawah kompleks bagi
memudahkan umat Islam mengerjakan solat berjemaah serta lain-lain aktiviti," ujarnya.
Katanya, bagi pandangan Majlis Fatwa, oleh kerana tempat asal tersebut adalah surau, maka
'imej surau' hendaklah dikekalkan pada binaan kompleks baru bagi memaklumkan kepada umat
Islam bahawa terdapat surau di situ.

"Hal tersebut juga turut dipersetujui oleh pihak pemaju," ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, surau tersebut bukanlah ganti wakaf kepada surau asal. Ganti wakaf
kepada surau asal akan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang menjadi pemegang
amanah kepada surau tersebut setelah diberikan pampasan oleh pihak pemaju sebanyak
RM1.6 juta.

"Majlis Agama nanti yang akan mengenalpasti dan menguruskan tapak wakaf baru yang akan
memberi manfaat lebih besar dari yang asal," katanya.
Mengenai kenyataan pihak pengurusan surau tersebut yang masih mempertahankan fatwa
bahawa surau asal tidak boleh dirobohkan, Amiruddin memberitahu bahawa apabila terdapat
fatwa baru yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa maka dengan sendirinya ia memansuhkan fatwa
yang terdahulu.

(Warta Darul Aman akan cuba mendapatkan penjelasan lengkap Dato' Mufti berhubung isu

BERITA YANG BERKAITAN

Madrasah berusia 100 tahun akan dirobohkan.
utusankedah@utusan.com.my
Sebahagian penduduk berdemontrasi secara aman membantah pengambilan tanah wakaf oleh kerajaan negeri Kedah di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 10 Nov. – Seluruh kariah Madrasah Sahiliah Kanchut, Jalan Tambang Badak dekat sini sebulat suara akan mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan walaupun notis mengosongkan bangunan daripada kerajaan negeri berakhir hari ini.

Pengerusi jawatankuasa madrasah, Ahmad Hamzah berkata, ahli kariah amat kecewa dengan tindakan kerajaan Pas Kedah yang membenarkan pengambilan tapak dan bangunan madrasah berstatus wakaf khas itu yang mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah. Sehubungan itu, pihaknya mendesak agar satu perbincangan semula diadakan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Jabatan Mufti negeri dan Pejabat Tanah Kota Setar berhubung status sebenar premis di atas tanah wakaf itu.

“Seluruh pemegang amanah dan kariah sangat kecewa kerana kerajaan negeri dan pemaju projek ini melanggar dan mengabaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah sendiri yang dikeluarkan pada 21 Jun 2010.“Jadi kami semua ahli jawatankuasa nekad untuk mempertahankan madrasah ini supaya dikekalkan tanah wakaf khas berusia 100 tahun ini daripada diambil dan membantah sekerasnya bangunannya dirobohkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Difahamkan, tapak madrasah seluas 0.08 hektar akan dibangunkan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob yang turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium. Projek tersebut dikatakan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Bina Darulaman Berhad dan pemaju swasta.

Menurut Ahmad, pihaknya turut keliru dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 21 Jun lepas yang disifatkan membelakangkan pemegang amanah madrasah.“Apa yang menghairankan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bersetuju melakukan pindaan terhadap fatwa yang dikeluarkan sebelum ini iaitu menerima permohonan PKNK agar madrasah ini dirobohkan.

“Walaupun kita sudah memohon secara rasmi agar madrasah ini dikekalkan, namun nampaknya ia tidak diendahkan kerana kami masih menerima notis mengosongkan bangunan ini hujung Oktober lalu daripada Pejabat Tanah Kota Setar yang berakhir hari ini,” katanya.

Katanya, madrasah berkenaan yang mempunyai kira-kira 200 ahli yang berstatus tanah wakaf dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama. “Tanah ini adalah hak orang Islam yang sudah termaktub sekian lama dan kami memilih untuk mengekalkannya seperti sedia ada.

“Apa salahnya di sebalik pembangunan kawasan ini dengan pusat komersial, madrasah ini tetap dikekalkan di tempat asal tanpa diruntuhkan bagi manfaat jemaah untuk menunaikan ibadah serta melakukan aktiviti keagamaan,” katanya.Katanya, madrasah itu kini menjadi pusat kegiatan kelas bahasa Arab dan pengajian agama dan al-Quran selain menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan termasuk ketika bulan Ramadan.

NUTP: Putrajaya laksana guru kerja sembilan jam mulai 2012

NUTP: Putrajaya laksana guru kerja sembilan jam mulai 2012

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.

Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.

“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.

“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini,” katanya.

Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan “kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah.”

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.
-TMI

PLUS TANDATANGAN PERJANJIAN BARU DENGAN KERAJAAN


KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Utara-Selatan Bhd (Plus), Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (Elite), Linkedua (Malaysia) Bhd dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn Bhd (KLBK), yang kesemuanya anak syarikat milik penuh Plus Expressways Bhd (PEB), secara kolektif, menandatangani perjanjian novasi (penggantian kontrak) dengan kerajaan. Setiap perjanjian oleh syarikat konsesi itu adalah berkaitan novasi hak, tanggungan, manfaat, kepentingan, tugas dan obligasi, kata PEB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat tawaran untuk membeli semua perniagaan dan mengambil alih tugasan PEB dengan bayaran RM23,000,000,000 pada 9 November, 2010.

Pada 29 November, pembuat tawaran bersama itu menubuhkan PLUS Malaysia Sdn Bhd (PMSB) untuk melaksanakan pengambilalihan yang dicadangkan itu, dengan UEM dan KWSP masing-masing memegang 51 peratus dan 49 peratus kepentingan ekuiti.

PLUS Bhd, adalah sebuah syarikat tujuan khas milik penuh PMSB.

Perjanjian novasi itu tertakluk kepada syarat Plus mengemukakan salinan perjanjian yang telah dikuatkuasakan bagi penjualan, pembelian dan pemindahan perniagaan, aset dan tanggungan setiap syarikat konsesi itu dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perjanjian-perjanjian itu ditandatangani.

Serahan lain yang diperlukan termasuklah pengesahan bertulis daripada Plus bahawa bayaran bagi pembelian di bawah perjanjian jual beli itu telah dibuat sepenuhnya serta pengesahan bertulis tentang penebusan/pelunasan awal Sukuk dan sekuriti hutang Islam dalam syarikat-syarikat konsesi itu.-MS

11 November 2011

TONY BLAIR DAN PASUKANNYA MEMBANTU NAJIB & TAIB MEMULIH IMEJ

Alastair Campbell membantu Najib memenang pilihraya akan datang!


Kini Sarawak Report dapat mendedahkan laporan yang berkaitan dengan persoalan bagai mana bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair serta pasukan penasihatnya mengolah corak pemerintahan di negara-negara lain.

Kami telah menjumpai suatu maklumat dari Britain bagai mana Alastair Campbell, yang dahulunya pernah bekerja dengan Perdana Menteri Britain, menyumbangkan khidmat nasihat kepada Najib Razak tentang strategi pilihanraya akan datang!

Perkara ini yang berikutan pendedahan skandal FBC Media yang dilakukan oleh Sarawak Report yang mengatakan bagai mana Najib dan Taib Mahmud pernah membeli publisiti yang disiarkan menerusi stesen-stesen TV seluruh dunia.
Kini Najib kelihatan terdesak dan bersungguh-sungguh membersihkan namanya di persada antarabangsa menjelang pilihanraya akan datang ini.

Sumber kami mengatakan Alastair Campbell pernah beberapa kali mengunjungi Najib di KL, dan pada kali terakhir dia dikatakan berjanji untuk membantu Najib mengenai undang-undang penahanan pesalah-pesalah politik.
Mencari rakan niaga di negara-negara pengeluar minyak?
Kami telah mendapat maklumat mengenai siaran-siaran berita di UK yang melaporkan hubungan niaga dengan negara Khazakhstan.

Alastair Campbell juga telah diketahui berkunjung ke KL sekembalinya dari lawatannya ke Astana, ibu negeri Khazakhstan, di mana dia mengakui memberikan khidmat di situ. Tony Blair sendiri diketahui mengadakan hubungan rapat dengan Nursaltan Nazarbayev, presiden Khazakh, semasa dia masih memegang tampuk pemeritahan.

Nazabayev merupakan seorang ketua negara yang mempunyai rekod tercemar di kalangan ketua-ketua kerajaan, kerana menjalankan dasar-dasar kerajaannya secara kasar ke atas rakyatnya dan juga dibelengu kesalahan-kesalahan rasuah sejak 20 tahun memerintah.

Hubungan Blair dan Najib pernah dilaporkan dalam Sarawak Report berkaitan dengan skandal FBC Media. Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan telah mengupah FBC Media supaya mempromosikan imej-imej baik mereka. Apa yang ingin diketahui umum adalah Blair mengadakan hubungan dengan ketua-ketua negara pengeluar minyak, dan Khazak merupakan negara terkini menjadi rakan niaganya. Suatu perjanjian bernilai $13 juta US dengan Khazak juga telah dimeterai.
Pihak kami masih belum berjaya mendapatkan maklumat bagai mana dia boleh mengadakan hubungan dengan Antara. Para pemberita kami tidak dapat mengesannya menerusi email, telefon atas media-media lain.

Kami telah menerima suatu maklumat yang mengatakan Campbell pernah mengatur lawatannya untuk bertemu dengan Najib di KL, dan agenda utama perbincangan mereka berkisar pada strategi-strategi pilihanraya Najib.
Hubungan tersebut telah mendatangkan kerisauan pada pihak pembangkang di Malaysia, kerana Campbell dipercayai boleh menggunakan keistimewaannya menerusi Tony Blair untuk mempromosikan Najib dan BN di mata dunia, walaupun BN merupakan sebuah parti yang kian popular dengan masalah rasuah dan melanggari hak asasi manusia. Selain itu Sarawak Report dapat mengeluarkan maklumat yang mengatakan Alastair Campbell dipanggil oleh FBC Media berhubung kontrak $5 juta setahun dengan Taib untuk melancarkan kempen terhadap kami berkaitan dengan laporan-laporan rasuah.
Hubungan dengan negara Khazakhstan

Kini pasukan Blair diketahui sedang mengatur hubungan antara Astana dan KL. Kedua-dua ibu negeri berkenaan mempunyai rekod yang kurang baik. Selain itu, anak perempuan Najib, Nooryana, telah dijodohkan dengan anak saudara presiden Khazak, Daniyar Nazarbayev.
Dengan itu beberapa persoalan yang harus ditujukan kepada UK dan KL, apakah tujuan sebenar hubungan KL dengan Blair diadakan, walaupun dia tidak lagi berkhidmat sebagai seorang perdana menteri sekarang
.-SR

11 SEBAB MENGAPA PRU13 TIDAK AKAN DIADAKAN TAHUN INI

KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.

Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:

1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.

3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.

4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.

5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.

6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.

7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.

8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.

9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.

10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.

11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.

Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang.-Mstar

Buku: Najib perlu undur sebelum PRU, korban selamatkan Umno-BN


Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.

Tulisan buku (gambar) itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.
Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."

Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.

"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."

Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil.

"Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.

Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib."

Katanya, pilihan raya umum ke-13 hanya memberi makna kepada Najib jika beliau berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti sokongan di Parlimen, "sesuatu yang sangat-sangat mustahil sebenarnya untuk dicapai."

Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal.

"Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi.

Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang terbaik.

"Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan.

"Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli akar umbi Umno dan BN.

Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".

Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".

Tajuk-tajuk kecil itu merujuk kepada detik dan insiden sepanjang dua tahun lalu khususnya perkembangan sejak awal 2011.

Shahbudin juga menulis, kalau pun desakan untuk berundur lambat muncul, Najib juga sebenarnya harus berundur secara terhormat jika BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

"Rujukan mengenai perkara itu sudah ada dan Najib tidak harus berlengah untuk mematuhinya," katanya lagi.

"Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," kata Shahbudin lagi.

Dengan merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan aktivis Dr Chandra Muzaffar bahawa jalan bagi BN masih belum cerah untuk menang besar, penulis ini menambah, "di sinilah Najib perlu berjiwa besar" demi menjaga nama baik Tun Abdul Razak Hussein, yang juga bapanya dan perdana menteri kedua.-TMI

PETRONAS LUBUK RASUAH

SPRM serbu Petronas, siasat rasuah babitkan pegawai kanan


KUALA LUMPUR, 11 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu bangunan syarikat minyak nasional Petronas baru-baru ini berhubung dakwaan amalan rasuah di kalangan konsultan projek terlibat dalam kerja-kerja meneroka dan mengeluar minyak di perairan Malaysia, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan fail-fail berkaitan turut diambil oleh pegawai-pegawai SPRM dan Datuk Seri Najib Razak telah pun dimaklumkan sebelum beliau pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Perdana Menteri kembali ke tanah air kelmarin.

"Pegawai-pegawai penyiasat telah mengunjungi pejabat itu ekoran banyak aduan mahu mendapatkan ganjaran sebagai pulangan kepada syor mendapatkan kontrak," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.

Satu lagi sumber mengesahkan bahawa siasatan SPRM telah dimaklumkan kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. SPRM tidak mengesahkan tindakan mereka kerana bimbang akan menjejaskan siasatan.

Sumber-sumber industri berkata rasuah semakin kerap sejak saban tahun memandangkan Petronas mengurniakan siri kontrak melibatkan pelbagai operasi termasuk usaha mendapatkan lapangan minyak yang baru.

Bagaimanapun mereka tidak mengatakan bahagian di Petronas yang menjadi sasaran siasatan SPRM.

"Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap orang tahu permainan itu," katanya.

Satu lagi sumber memberitahu bahawa pengurusan Petronas telah mengadakan pelbagai mesyuarat untuk membincangkan dakwaan berkenaan amalan rasuah di kalangan pekerjanya, yang merupakan antara mereka yang mendapat gaji paling tinggi di Malaysia termasuk pinjaman perumahan menarik, manfaat perubatan dan insentif-insentif lain.

"Mereka pernah menjadi pekerja terbaik dan jujur tetapi terdapat terlalu banyak kontrak sejak kebelakangan ini dan ada yang mengambil langkah mudah," katanya lagi sambil menambah, ada pegawai Petronas yang hidup di luar kemampuan mereka.

"Terlalu banyak gosip dan cakap-cakap belakang. Ada kontraktor yang mengadu mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek. Jadi tidak mengejutkan SPRM sudah berada di sana," katanya lagi.

Petronas ditubuhkan pada Ogos 1974 dan disenaraikan sebagai antara 500 perbadanan terbesar oleh Fortune Global.Ia menduduki tangga ke-107 tahun lalu selepas berada dalam senarai 100 teratas pada 2008 dan 2009.

Petronas mempunyai lebih 40,000 pekerja tetap di Malaysia dan 35 negara yang mengendalikan operasi.

Komen: Ketelusan Syarikat Petronas kian menghakis, apabila campurtangan POLITIK dalam pengurusan, Kemasukan syarikat KRONI pemimpin kerajaan akan diambil kesempatan oleh Staf Petronas kerana permainan RASUAH berlaku didepan mereka. MUDAH SAJA NEGARA KITA MENUJU KEHANCURAN.

10 November 2011

PANAS!! Keluarga Shahrizat guna RM9.8 Juta Wang Rakyat Untuk Beli Kondo Mewah!!


Percayakah anda jika diberitahu bahawa sebuah keluarga di Malaysia, yang menggembala Lembu mampu hidup dan memiliki sebuah kondominium mewah yang nilainya RM9,758,140.00?

Percayakah anda jika diberitahu jumlah RM9,758,140.00 itu diselesaikan dengan empat kali bayaran bukannya dalam masa satu tahun tetapi empat kali bayaran dalam masa satu hari!!

Itulah yang dilakukan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang menguasai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)..

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.
******************

Laporan SPRM Berhubung Penyelewengan RM9.8 Juta Wang Rakyat Untuk Membeli Kondominium Mewah ‘One Menerung’

Selepas beberapa pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat yang berlaku di National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, KEADILAN pada hari ini tampil dengan bukti kukuh satu lagi penyelewengan.

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.

Butiran 4 pindahan wang tersebut adalah seperti berikut:

TARIKH dan JUMLAH (RM)

2 Disember 2009 jumlah RM699,870.00
2 Disember 2009 jumlah RM694,150.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,199,220.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,164,900.00
Jumlah RM9,758,140.00

Harga-harga kondominium One Menerung di Bangsar bermula pada RM3 juta dan boleh mencecah RM10.3 juta, bergantung kepada saiz unit yang dibeli.

Bayaran untuk pembelian kondominium sebanyak RM9.8 juta ini direkodkan sebagai “hutang” National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi oleh NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

Bayaran untuk membeli sebuah kondominium mewah bagi pihak sebuah syarikat lain yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC. Ia adalah perlakuan pecah amanah yang jelas dan bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan kepada NFC.

Malah, ia juga membuktikan kenyataan-kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ketua Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas adalah tidak benar. Jumlah RM9.8 juta yang diselewengkan untuk membeli kondominium mewah itu dipindahkan dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail, bukannya sebuah akaun amanah khas.

Oleh itu, dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar. Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

KEADILAN percaya maklumat-maklumat ini adalah bukti nyata bahawa satu perlakuan pecah amanah telah berlaku. Oleh itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat dengan diketuai oleh Saudara Fariz Musa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN di ibu pejabat SPRM Selangor, Shah Alam pada jam 1130 pagi ini.

Laporan ini wajar disiasat secepat mungkin memandangkan ia membabitkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia dengan mengheret pimpinan-pimpinan utama ke dalam skandal ini, iaitu:

~Perdana Menteri (yang berbohong kepada Dewan Rakyat);

~Timbalan Perdana Menteri (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang meluluskan projek dan pinjaman RM250 juta);

~Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (yang berbohong dan memberi kenyataan salah di Dewan Rakyat);

~Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (yang mendapat keuntungan dari penglibatan keluarga beliau yang mendapat projek dan bantuan kewangan dari kerajaan); dan

~Ketua Pemuda Umno/YB Rembau (yang cuba memutar belitkan fakta demi melindungi perbuatan pecah amanah)

KEADILAN juga menyeru agar Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
AHLI PARLIMEN MACHANG

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

PKR: LOBI CALON SEMAKIN SENGIT

Nak jadi calon, guna nama Anwar

Kegiatan menggunakan nama pemimpin-pemimpin tertentu untuk mendapatkan kedudukan boleh memberi kesan ke atas prestasi PKR dalam PRU ke 13.

PETALING JAYA: Anggota-anggota PKR yang merebut untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) sering menggunakan nama Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali.
Menurut seorang aktivis politik yang dianggap sebagai orang lama dalam PKR, kegiatan menggunakan nama pemimpin tertentu untuk mendapatkan kedudukan boleh memberi kesan ke atas prestasi parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

“Mereka ni bila bercakap dengan ahli peringkat cabang, balik-balik kaitkan nama, Azmin dan nama pemimpin lain di pusat sebab nak tunjukkan kononnya dia rapat dengan pemimpin tinggi peringkat pusat.

“Walhal, rata-rata ahli akar umbi tak kenal pun mereka sebab sebelum ni tak ada pun nak datang sini, tetapi bila dah dekat nak pilihan raya barulah nampak muka.
“Kami di peringkat cabang sebenarnya meluat tengok perangai orang macam ni,” kata beliau kepada FMT.

“Kalau orang yang lima tahun sekali turun ke bawah ini dijadikan calon, saya percaya prestasi parti akan terjejas dalam pilihan raya nanti berbanding calon dari cabang itu sendiri yang dah masak dengan orang-orang di bawah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ijam di kalangan aktivis politik Dewan Undangan Negeri (Dun) Behrang, Perak turut memberitahu perebutan kerusi calon bagi Dun dan Parlimen di kawasan itu turut melibatkan persaingan lebih dari tiga penjuru termasuk seorang wanita di peringkat cabang.

“Bukan seorang, dua tetapi lebih, termasuk seorang ahli wanita yang semakin giat berkempen supaya dicalonkan untuk kerusi parlimen. “Ada seorang tu pulak, bekas editor sebuah akhbar, datang sini siap dengan makwe dia. “Bila bercakap, nama Anwar, Azmin memang tak lekang dari bibir sebab nak tunjuk kononnya dia ada pengaruh dengan orang-orang di pusat.

Tiada keyakinan diri
Beliau turut menganggap individu-individu yang menggunakan nama-nama pemimpin peringkat pusat sebagai tiada mempunyai keyakinan diri. “Biasanya orang macam ini tidak ada keyakinan diri atau biasanya orang anggap dia tiada apa-apa pun.“Berpengaruh dengan orang bawahan, jauhlah sekali sebab itulah sampai terpaksa berpaut kepada pengaruh orang-orang tertentu yang ada nama untuk dia bergayut.
“Itu pun kalau betul dia ada pengaruh di peringkat pusat, belum tentu lagi dia berpengaruh di peringkat akar umbi di sini.

“Sebab yang akan bertungkus lumus bekerja dalam jentera pilihan raya nanti bukannya pemimpin di atas tu, tetapi kami ahli-ahli akar umbi inilah yang akan bekerja keras.
“Yang akan membuang undi pun juga masyarakat akar umbi inilah nanti, bukannya dua tiga kerat pemimpin di atas tu,” ujar beliau lagi.

Ijam turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu yang menganggap PAS Terengganu belum bersedia untuk mengganti Barisan Nasional di negeri itu.
“Saya nak tanya AMK Terengganu, masa Pakatan Rakyat menang di Selangor, adakah PKR sudah cukup bersedia nak mentadbir Selangor?

“Tapi Alhamdullilah, walaupun tak bersedia masa tu, tetapi dengan adanya permuafakatan rakan-rakan dari PAS dan DAP, Pakatan Selangor dapat juga mentadbir, walaupun ada beberapa kelemahan yang boleh dibaiki.

“Adakah AMK Terengganu fikir, PKR dapat menerajui kerajaan Selangor kalau tidak dibantu dengan kerusi-kerusi Dun yang dimenangi PAS?
“Jadi, bila bercakap tu, ingat-ingatlah dalam Pakatan ni bukan ada PKR sahaja tetapi kita ada rakan-rakan dari parti lain juga samada PAS atau pun DAP, bila sampai masa mereka juga bekerja dengan kita nanti,” ujar beliau lagi.-fmt

Komen: PKR Kedah wajar berhati-hati dengan cara pemilihan calon kerana tragedi lompatan ADUN hampir menumbangkan kerajaan PR. Paling utama segala teknikal kelayakan calon perlu diambil kira supaya tiada calon ditolak di hari penaman calon seperti PRU12 yang lalu.

UMNO KEDAH: DOK KALUT SAPA JADI MB BARU

TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA


Watan terdengar dan mendengar satu perbincangan serius antara penasihat PM, beberapa orang pegawai tinggi kerajaan negeri, Senator dari Kedah(BN punya), dan juga beberapa pemimpin kanan UMNO.

Kebelakangan ini, gerombolan para pegawai tinggi JPM seringkali berulang alik ke Kedah dengan dua tujuan, mengirim laporan tentang politik terkini Kedah, dan kedua meninjau pendapat rakyat berhubung calon MB andaikata BN kembali memerintah.

Memang sudah gah bahawa nama DATO ADZMI DIN, CEO SADA dikatakan bakal menjadi MB jika BN

menang. Namun tiga halangan utama yang wajib dilalui oleh DATO MI ialah:

1. Bersedia meletakkan jawatan dengan gaji lumayan selaku CEO SADA untuk masuk bertanding atas tiket UMNO. (Harus difahami DATO MI dilantik kejawatan sekarang oleh MB PAS, jadi timbul kemusykilan DATO MI ni terhutang budi pada PAS atau UMNO???). Bukan apa kita takut dengan laba, elaun dan gaji di SADA yang cukup lumayan, tau-tau DATO MI ni merupakan informer kepada PAS, habis segala rahsia UMNO dikoreknya, sebab tu la kot USTAZ AZIZAN relax saja.. Ini hanya satu andaian, tetapi tidak mustahil menjadi satu kebenaran.

2. Memastikan jika dia menjadi calon, gerakerjanya mantap untuk bolehkan dia menang di DUN Sungai Tiang (itupun kalau DATO MD ROZAI tak kerat dia atau sabotaj).

3. Berdoa sambil berusaha agar BN Kedah menang sekurang kurangnya kerusi minimum untuk bentuk kerajaan negeri, sama ada 20 atau 21 kerusi.


Baiklah WATAN BERTINTA tidaklah minat sangat soal siapa yang patut jadi MB Kedah. Yang penting tugas pertama yang perlu dibuat oleh para penasihat PM yang kerap berkunjung ke Kedah sekarang ini ialah:

1. Mencadangkan nama-nama calon yang popular dikalangan pengundi dan rakyat untuk mewakili UMNO dalam PRU akan datang.

2. Memastikan calon-calon yang dibenci rakyat dan ditolak rakyat kerana masalah peribadi dan liabiliti yang boleh merosakka imej UMNO/BN Kedah tidak dicalonkan semula.


Dua perkara itu sebenarnya yang paling mustahak. Perkara paling induk ialah memberi dan membantu menjalankan gerakerja UMNO/BN Kedah yang sudah agak lama ibarat 'GAJAH SEDANG TIDUR'.

Jika ini boleh dilaksanakan, siapa pun nanti jadi MB Kedah tiada masalah.. BOLEH BUAT KA DUHAI PENASIHAT-PENASIHAT YAB PERDANA MENTERI???????

Bak kata pepatah siapa pun boleh jadi MB, layak jadi MB, kalau TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA.. Tukang urut kaki, perampas isteri orang, kaki kelentong dan pelawak sarkas dan pembawa back hoe boleh jadi EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH DIBAWAH PAKATAN RAKYAT, takan la tukang sapu sampah ka, tukang tarik keta, bouncer atau tukang jual ubat ka tak boleh jadi MB KEDAH untuk wakili UMNO dan BN??

Yang penting rakyat Kedah aman, makmur dan sejahtera untuk selama-lamanya..

Makin lama koi nak jadi kartun dah negeri KEDAH ni nampaknya.. belum apa-apa, menang belum tentu, gerakerja tak hebat mana semua dah pakat geli nak jadi MB... MAMPOIH MACAM NI!!!!!

SUMBER: http://syburi-times.blogspot.com/2011/11/tiada-rotan-akar-pun-berguna.html#ixzz1dGAMJx4z

SHAHRIZAT CUBA 'MELEMBUKAN' RAKYAT

LANJUTAN DAKWAN SKANDAL PROJEK NFC
Kes ini melibatkan wang rakyat yang beratus juta nilainya. Siasatan ke akar umbi perlu dilakukan.Penyelewengan dan salahlaku seperti yang didedahkan oleh Jabatan Audit egara adalah jelas.
Alasan Shahrizat bahawa keluarganya berhak mendapat projek lembu berkenaan kerana mereka telah bekerja kuat adalah teramat lucu dan dilihat cuba "melembukan" orangramai.

Hubungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Md. Noh Omar dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu juga disiasat kerana Noh Omar terlalu kuat membela pemberian projek itu kepada Shahrizat. Dan Shahrizat pula cukup bergantung kuat kepada jawapan menteri berkenaan untuk menjustifikasikan keluarga beliau diberikanprojek berkenaan.

"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani."Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata,"

Najib sepastinya akan menolak Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan kerana beliau juga telah terlibat awal-awal membela pemberian projek itu kepada Shahrizat.
Tiada pilihan lain, Pakatan Rakyat perlu menang di dalam PRU13 ini bagi mempastikan kesemua penyelewengan dan salahlaku ini terbongkar.

Yang bersalah, mengikut hukum kebenAran dan keadilan, perlu dihambat masuk ke penjara. Itu kandang yang sesuai bagi mereka kerana mengkhianati wang rakyat dengan jumlah yang begitu besar.


BERITA BERKAITAN:
Projek Lembu: Apa Hubungan Shahrizat Dan Noh Omar Sehingga Saling Membela?

Shahrizat: Keluarga saya berhak dapat projek lembu



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.

"Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya.

"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran Raja'ah oleh artis seni visual veteran, Dr Sulaiman Esa di Balai Seni Visual Negara di ibu negara petang ini.

Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang.

Sebaliknya, kata beliau, keluarganya berhak mendapatnya (NFC) kerana mereka telah bekerja kuat.

"...menteri dah jawab, dan saya gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik," tambahnya.

"Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi.

Dalam pada itu, Sharizat turut mengambil peluang untuk menempelak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mengaitkan keluarganya dengan projek berkenaan.

"Agenda politik mereka begitu jelas. Mereka terumbang-ambing, macam ketua Wanita PKR tu. Saya malulah dia seorang wanita Malaysia macam tu," katanya sinis. -mk

RASUAH : 4 POLIS DIPENJARA & DENDA

SHAH ALAM – Dua anggota polis peronda dijatuhi hukuman penjara empat tahun, manakala dua lagi anggota polis peronda dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah, dua tahun lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM30,000 terhadap Lans Koperal Mohammad Faizatulakma Shamsuddin, 27, atas tiga kesalahan meminta, bersetuju terima dan memperoleh suapan.

Azhaniz juga menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM20,000 terhadap Lans Koperal Mohd Zuraidi Abu Jasam, 26, atas dua kesalahan meminta dan memperoleh suapan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000, masing-masing terhadap Konstabel Zulkfli Jaafar, 29, atas kesalahan bersetuju terima suapan dan Lans Koperal Nor Haffizo Mat Hassan, 27, atas kesalahan memperoleh suapan.

Azhaniz bagaimanapun membenarkan permohonan keempat-empat anggota polis itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi mengarahkan mereka membayar denda hari ini.

Wang ikat jamin berjumlah RM3,500 setiap seorang yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan. – Bernama

09 November 2011

Gaji minimum RM1,500 bagi firma k'jaan negeri S'gor

Selangor hari ini mendahului kerajaan persekutuan dalam melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar RM1,500 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurut Khalid, kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.

Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.

Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.

Sebagai kontras, kerajaan persekutuan belum mampu melaksanakan dasar gaji minimum, yang menurut kesatuan dan Pakatan Rakyat, adalah tuntutan yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kemiskinan.

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA MAHAL DARI PASARAYA

Ke mana subsidi RM40 Juta Kedai Rakyat 1Malaysia?


KUALA LUMPUR 9 Nov: Pakatan Rakyat mempersoalkan kemana hilangnya subsidi sebanyak RM40 juta yang diberikan untuk pembukaan 85 unit Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Ini berikutan terdapat produk-produk yang ditawarkan oleh KR1M jauh lebih mahal berbanding produk yang dijual di pasaraya tempatan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan peruntukan berkenaan yang diumumkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan Belanjawan 2012, 7 Oktober lalu.
“Di mana perginya (wang itu)? Bagaimanakah ia dibelanjakan? Tujuan utama Kedai 1Malaysia adalah untuk meringankan kos serta mengurangkan beban rakyat dengan 250 produk 1Malaysia sehingga 40% lebih murah.
“Kalau dia kata memang murah dari harga dipasaran, kita (Pakatan) buktikan sebaliknya,” Katanya di Parlimen hari ini.


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua yang turut hadir pada sidang media sama membandingkan beberapa barangan termasuk peluntur yang dijual RM0.60 sen lebih mahal berbanding pasaraya lain.

Beliau turut melampirkan satu salinan harga sebanyak 23 barang keperluan yang membuktikan ia tidak semurah didakwa malah ada yang lebih mahal.
“Kenapa PM kita menjanjikan ‘langit’ kepada rakyat yang kononnya harga barang lebih murah tapi sebaliknya?

“PM boleh cakap pada rakyat bahawa barang di Kedai 1Malaysia lebih murah tapi dia juga perlu promosi pasaraya lain yang lebih murah,” sindir Tony Pua.
Dalam sidang media sama, Nurul Izzah turut mempertikaikan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewujudkan Kedai Rakyat MAIWP yang kononnya “menawarkan harga rendah bagi membantu rakyat di sekitar ibu kota terutama golongan asnaf dan rakyat termiskin.
“Saya bangkitkan soalan ini kerana MAIWP pernah terbabit dalam salah guna dana apabila RM31,150 wang zakat diguna bagi membayar peguam dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Izzah.

Sebelum ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mendedahkan wang itu dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Perkara itu diakui sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah dalam jawapannya di Parlimen sebelum ini.

http://www.keadilandaily.com/?p=22735

MESIN ATM LESAP BANK RUGI RM316,000

mesin ATM (dalam bulatan) yang hilang dari sebuah bank di Taman Midah, Cheras semalam.

CHERAS – Tindakan tekad sekumpulan penjenayah melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berbaloi apabila mereka berjaya memecah mesin ATM itu dan melarikan kesemua wang berjumlah RM316,000 dari dalam mesin yang disamun di sebuah bank di Taman Midah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi, kumpulan yang dipercayai terdiri daripada enam lelaki berusia 30-an bertindak nekad dengan menarik serta menyeret sebuah daripada lapan buah mesin ATM yang berada di bank itu.

Penjenayah tidak bertopeng itu menyasarkan mesin ATM yang terletak berhadapan dengan pintu cermin bagi memudahkan mereka menarik keluar mesin tersebut.

Semasa kejadian, bank tersebut tiada pengawal keselamatan.

Suspek-suspek yang mengambil masa kurang 10 minit untuk merompak itu dipercayai menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda bagi menarik keluar mesin itu.

Selepas lapan jam kejadian itu, mesin ATM tersebut ditemui di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Pinggiran Hulu Klang, Ampang Jaya dekat sini.

Jarak antara mesin ATM itu disamun dan ditemui semula kira-kira 15 kilometer.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kecurian mesin ATM itu disedari oleh polis yang melakukan rondaan di Taman Midah sebelum ternampak pintu kaca di bank itu pecah.

“Pemeriksaan mendapati sebuah mesin ATM yang terletak di tengah-tengah daripada lapan mesin hilang,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan mengesyaki lima hingga enam suspek melarikan mesin tersebut dengan menarik dan mengheret berkemungkinan menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda.

Mohan memberitahu, mesin itu ditemui semula pada pukul 11 pagi apabila polis menerima maklumat orang awam yang hairan melihat mesin itu di tepi jalan di MRR2.

Bagaimanapun, kata beliau, pemeriksaan terhadap mesin ATM tersebut mendapati kesemua wang berjumlah RM316,000 lesap.

“Polis sedang menyiasat bagaimana mesin itu mampu dipecah sehingga wang boleh diambil,” kata beliau dengan memberitahu semasa kejadian alat penggera di bank itu tidak berbunyi.

Tambah Mohan, kejadian melarikan mesin ATM di bank di situ merupakan yang pertama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi talian 03-9284 0083 atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Norliza Murad di talian 012-5413005 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-kosmo

SAPA NAK PROJEK NFC JUMPA NOH OMAR

Noh Omar tawar projek NFC kontroversi kepada Pakatan


KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan untuk menawarkan wakil rakyat pembangkang mengendalikan sendiri pusat ternakan lembu ― projek ternakan berkandang kebangsaan (NFC) yang berkontroversi. ― pendirian dibuat ketika bertikam lidah di Parlimen berhubung projek tersebut.

NFC dimiliki oleh suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya Izran and Izmir.

“OK, saya tawar pusat ternakan satelit ini kepada anda,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (gambar) ini ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat.

“Saya sedia tawar projek ini kepada mana-mana anggota pembangkang. Saya akan beri kepada sesiapa sahaja yang berupaya untuk mengendalikan projek NFC,” katanya.

Noh menjawab soalan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang bertanya mengapa hanya 20 daripada 71 pusat ternakan satelit yang dirancang untuk NFC beroperasi.

Omar juga berjata NFC tidak boleh mengeluarkan kesemua pinjaman RM250 juta yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

Katanya, ada syarat-syarat yang dikenakan untuk dipenuhi sebelum boleh mengeluarkan wang daripada dana tersebut.

Katanya, pengeluaran daripada dana tersebut untuk projek itu perlu diluluskan oleh jawatankuasa teknikal, yang diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Noh menjawab dakwaan PKR bahawa penyata-penyata kewangan yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan NFC telah mengeluarkan kesemua RM250 juta sehingga 31 Mac 2009.-TMI

KOMEN: 1. Apa nak jadi ni Noh? Projek dah gagal akibat salah urus dan rasuah. Ada pula nak tawar projek gagal pada orang lain?

2.SPY · 3 hours ago
Kenapa Noh Omar tidak menawarkan jawatan menterinya kepada pembangkang sahala bila gagal menjawab soalan yang dikemukakan? Adalah lebih baik dan bermaruah jika meletak jawatan sahaja jika gagal melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh rakyak.

3.Amirul · 6 hours ago
Penyelewengan tetap penyelewengan. Jangalah berputer belit.Janganlah melindungi mereka yg membuat salah. Tindakkan mesti diambil terhadap mereka yang menyeleweng, walau siapa sekalipun.

HENTI PTPTN : RAKYAT IKAT PERUT PEMIMPIN TERBURAI PERUT

Henti PTPTN: Rakyat didahulukan atau dibebankan?


Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang dilihat satu lagi bukti rakyat terus dibebankan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata tindakan itu sekaligus bercanggah dengan gagasan '1Malaysia' Datuk Seri Najib Razak kononnya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.Sambil menyifatkan ianya sesuatu yang sangat malang buat generasi anak muda, mantan ketua penerangan PAS itu juga mendakwa, kerajaan menjadikan rakyat sebagai mangsa ketirisan pemborosan yang diamal kerajaan.

"Tindakan ini adalah satu lagi dalil kerajaan yang ada pada hari ini tidak mendahulukan rakyat sebaliknya membebankan rakyat. Ini adalah gara-gara ketirisan,pemborosan, rasuah, pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan pada hai ini,

"Nampaknya kerajaan pada hari ini kering idea untuk menjana mendapatan negara, sebaliknya jalan pintas ialah dengan menyuruh rakyat ikat perut, sedangkan pemimpin terburai perut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Pada tahun depan, dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion.

Mengulas lanjut, Idris berkata, sebagai pemerintah negara, tugas utama kerajaan adalah berusaha menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.Di dalam apa cara sekalipun ujarnya, mana-mana kerajaan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sosial ini apatah lagi pendidikan adalah keperluan wajib dalam sebuah negara.

"Manakah slogan rakyat di dahulukan yang terpampang di media-media propaganda BN.

"Apakah kerajaan sudah tidak mampu untuk mendapatkan kewangan lebih kurang RM 6 bilion setahun bagi menampung perpelanjaan PTPTN?," soalnya lagi.

Menurutnya, wang sebanyak itu boleh didapati jika kerajaan dapat memperbaiki teguran Ketua Audit Negara yang setiap tahun melaporkan kepincangan kerajaan ketika menguruskan kewangan negara.

Sementara itu, tindakan itu juga tambahnya merupakan kayu ukur yang membezakan pentadbiran BN dengan Pakatan Rakyat.

Ketika kerajaan BN memaparkan sikap tidak bertanggungjawab, negeri-negeri Pakatan pula memerah otak bagaimana untuk mengagihkan kekayaan kepada rakyat dengan berbagai- bagai skim untuk kemudahan rakyat seperti skim kifalah, air percuma, menurunkan cukai tanah, Tabung Wawasan Anak Selangor, tuisyen percuma.

"Ini adalah signal awal kepada rakyat, jika BN menang di dalam PRU akan datang banyak lagi tanggungjawab kerajaan akan dilepaskan.
"Barang pasti ialah petrol, gas, tol, gula, dan tepung akan naik. GST akan diperkenalkan semua subsidi akan dikurangkan," katanya.
-HD

08 November 2011

Najib diminta jelaskan kehilangan RM1.43 bilion wang rakyat


KUALA LUMPUR 8 Nov: Jawatankuasa pemantauan Audit Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kehilangan Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara sebanyak RM1.43 bilion, kata Pengerusinya, Azan Ismail.

Ini kerana katanya, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi Kumpulan Wang Luar Jangka setiap tahun sepatutnya sama dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), iaitu sebanyak RM1.5 bilion.
“Namun, berdasarkan LKAN 2010, jumlah yang dicatatkan hanyalah RM79.14 juta dan jumlah itu berbeza dengan jumlah yang dinyatakan pada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang jumlahnya mestilah RM1.5 bilion
.

“Maknanya, berlaku ‘kehilangan’ wang rakyat kira-kira RM1.43 bilion. Dengan itu, kita menuntut penjelasan dari Datuk Najib menjelaskan segera isu ini,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Turut serta, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussoff.

Menurut Azan, walaupun artikel 103 Perlembagaan Persekutuan membenarkan menteri membelanjakan Kumpulan Wang Luar Jangka, namun ia mestilah diganti dalam kadar yang paling segera.
“Malangnya, sehingga 31 Disember 2010 yang sudah berakhir, jumlah itu tidak digantikan dan kita mahu penjelasan ke mana ‘disembunyikan’ wang rakyat ini kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan artikel 103,” katanya.

Dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu turut menunjukan data yang dikutip dari Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi 2010, 2011 dan 2012 dan LKAN 2010.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22707

ZULFADLI JUARA REMAJA DUNIA


JUARA remaja dunia, juara remaja Asia, juara Sukan Komanwel Remaja dan juara remaja kebangsaan.
Itulah pencapaian bintang badminton muda negara, Zulfadli Zulkifli yang dilakarnya sepanjang tahun ini.Simboliknya, kesemua kejayaan tersebut dilakar ketika dia bakal menamatkan karier selaku pemain remaja pada tahun ini.

Ini kerana, usia Zulfadli bakal menjangkau 19 tahun pada tahun depan.

Berdasarkan pencapaian itu, dia kini disebut-sebut sebagai calon paling sesuai bagi menggantikan tempat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei andai dia bersara kelak.

Bagaimanapun, bagi Zulfadli yang bernaung di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), dia tidak mahu terburu-buru untuk memikirkan sasaran itu.

Sebaliknya, dia meletakkan sasaran dua hingga tiga tahun lagi untuk menggalas cabaran sebagai pemain No. 1 negara di pentas antarabangsa kerana masih banyak perlu diperbaiki terutama dalam corak permainannya.

"Saya tipu kalau saya katakan saya langsung tidak memasang impian untuk menjadi pemain No. 1 negara. Mana-mana pemain sekalipun pasti memikirkan perkara yang sama seperti saya.

"Namun, bukan mudah sebenarnya untuk bergelar pemain No. 1 negara. Banyak perkara yang perlu diperbaikinya terutama dalam corak permainan. Saya perlu bersedia dari semua aspek.

"Dalam tempoh terdekat ini, memang sukar untuk saya untuk menggalas cabaran sebagai pemain No. 1 negara tetapi saya meletakkan sasaran selama dua hingga tiga tahun lagi daripada sekarang," kata Zulfadli ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Kelmarin, Zulfadli mencipta sejarah baharu dalam arena sukan badminton tanah air apabila menjadi pemain Malaysia pertama muncul selaku juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Taiwan.

Malah, dia turut membantu skuad badminton negara muncul juara dalam acara berpasukan campuran pada kejohanan yang sama.

Sebelum itu, dia turut mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Asia 2011 di India Julai lalu sebelum memenangi pingat pada temasya Sukan Komanwel Remaja di United Kingdom, September lalu.

"Alhamdulillah, segala usaha serta kerja keras saya selama memang berbaloi dengan muncul juara dalam kejohanan-kejohanan besar.

"Malah, yang paling menarik, kesemua kejuaraan dalam kejohanan besar saya capai pada tahun ini. Ia telah menutup karier saya sebagai pemain remaja dengan pencapaian yang membanggakan," jelas Zulfadli.

Zulfadli bakal menggalas cabaran negara pada Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sandakan 2011 yang bakal bermula pada 22 hingga 27 November ini sebelum menghadapi Grand Prix (GP) Terbuka Macau tiga hari kemudian.

Dia bersama barisan pemain badminton remaja negara negara yang lain telahpun selamat tiba di tanah air dari Taiwan semalam.-kosmo

BAJET SELANGOR : RM700 JUTA UNTUK PROGRAM KEBAJIKAN

Perhatian pada Bajet Selangor: Adakah ia cukup untuk mencegah BN?


Menteri Besar Khalid Ibrahim bakal membentangkan Bajet Selangor 2012 pada hari Rabu, dan beliau telah membayangkan bahawa ia mungkin akan menjadi bajet seimbang walaupun tekanan untuk mencatu 'barangan' lain di hadapan pilihan raya umum mengejut yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

Bagaimanapun, Khalid boleh diharap bagi mengumumkan perkara yang mesra rakyat seperti perumahan yang mampu dimiliki, warga emas dan program air percuma yang popular.

"Helahnya ialah bagaimana untuk memberi gula-gula tanpa perlu meminjam wang, seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan. Secara umumnya, memastikan bajet yang seimbang atau sedikit defisit disyorkan disebabkan ekonomi yang tidak menentu di masa hadapan. Apa yang pasti ialah ekonomi akan menjadi lebih teruk sebelum ia menjadi lebih baik, jadi jangan gunakan semua peluru anda sekarang," kata seorang pakar ekonomi di brokeraj yang disokong oleh bank kepada Malaysia Chronicle.

Sesungguhnya, berikutan kritikan keras yang dilontarkan kepada RM232bilion bajet persekutuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khalid boleh dijangka bagi mahu mengelakkan kesilapan yang sama. Penasihat kewangan Selangor Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan, juga akan memainkan peranan yang sederhana di dalam pelan perbelanjaan.

Bajet yang seimbang

Selangor merupakan permata Pakatan Rakyat, dan cara di mana parti gabungan itu menguruskan keadaan negeri yang paling maju akan diteliti oleh semua pihak termasuk penganalisis kewangan dan ahli-ahli politik saingan. Sebagai petunjuk betapa pentingnya negeri ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara peribadi mengetuai pertuduhan BN untuk mendapatkan semula kawalan ke atas Selangor. Beliau telah berjanji untuk menggunakan semua cara dan kaedah untuk berbuat demikian.

Bagi tahun 2012, Khalid dijangka mengumumkan jumlah peruntukan kira-kira RM1.5bilion, meningkat daripada RM1.43bilion yang diperuntukkan bagi tahun 2011. Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan Bajet sedikit defisit, tetapi Selangor yang mencatatkan rizab tunai tertinggi dalam 28 tahun, tahun ini berkemungkinan untuk mengimbangi bukunya.

"Saya menjangka Bajet Selangor untuk mengikuti corak belanjawan yang sama bagi tahun 2009, tahun lepas dan tahun ini, dengan satu siri program-program kebajikan dan pemerkasaan sosial untuk membantu golongan miskin untuk bersaing dengan kos sara hidup yang meningkat, serta untuk mengekalkan dan meningkatkan infrastruktur asas dikawasan luar bandar dan kampung-kampung yang baru, "akhbar Star melaporkan ADUN Bukit Tunku,Lau Weng San berkata demikian.

"Kami hanya membelanjakan apa yang kita perlukan dan kita tidak mengambil lebih daripada itu. Walau bagaimanapun, di sepanjang jalan, jika terdapat keperluan untuk membelanjakan ke atas sesuatu yang penting, kita akan melihat ke dalam akaun kami untuk melihat sama ada terdapat dana yang mencukupi," kata ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh.

Kebajikan, pendidikan, perumahan mengikut beban

Daripada peruntukan RM1.5 bilion, Khalid telah membayangkan RM700juta akan pergi ke arah program-program kebajikan. Beliau dijangka untuk terus menyalurkan RM500juta "Mesra Usia Emas" atau program Mesra Warganegara Emas. Kira-kira RM150juta diperuntukkan setiap tahun untuk memberikan 20 meter padu air percuma kepada setiap isi rumah.

Kerajaan negeri juga dijangka memberi tumpuan bagi membantu bawah 10% hingga 20% daripada golongan miskin kerana mereka adalah kumpulan yang paling lemah, dilanda beberapa siri kenaikan harga selepas Najib mengurangkan subsidi.

Lau juga menjangkakan beberapa manfaat bagi pelajar-pelajar di negeri ini. "Pada masa ini, kita tidak memberikan apa-apa biasiswa dan pinjaman pelajaran kita tidak menarik seperti yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," katanya.

Pakatan Rakyat, yang telah memperjuangkan gaji minimum bagi pekerja, juga dijangka memperkenalkan gaji minima sebanyak RM1,500 untuk kakitangan syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor.

Kumpulan pendapatan pertengahan yang lebih rendah boleh mengharapkan perumahan yang mampu dimiliki, dengan berita telah tersebar bahawaPerbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina 11,000 unit rumah yang berukuran antara 850 dan 1,000 kaki persegi yang dijual pada harga RM100,000 setiap satu.

Projek lain yang dijangka akan diumumkan dalam bajet ialah program televisyen litar tertutup bernilai RM3juta, pilihan raya kerajaan tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, RM5juta untuk pembangunan kampung-kampung baru dan RM4juta untuk pembangunan kampung-kampung tradisional.

Setiap bahagian pilihan raya negeri boleh mendapat RM1juta bagi menaik taraf jalanraya, jambatan dan longkang.

Perakaunan bagi setiap send an mengakhiri rasuah

Walau bagaimanapun, bukan semua orang gembira dengan butir-butir spekulasi Belanjawan. BN, yang merupakan pembangkang di Selangor, pasti akan mencari semua cara dan kaedah untuk mencemarkan nama baik pelan perbelanjaan.

Antara mereka ialah ahli Dewan Undangan MCA Kuala Kubu Baru Wong Koon Mun, yang mengomel dengan skim perumahan mampu dimiliki. Beliau mendakwa Menteri Besar mempromosikan projek-projek PKNS dengan mengorbankan pemaju swasta.

"Pembangunan persendirian adalah sangat mahal sekarang disebabkan oleh premium penukaran tanah tinggi. Premium kini berdasarkan nilai baru tanah ditukar, bukannya nilai awal tanah seperti sebelum ini yang diamalkan oleh kerajaan Barisan, " kata Wong. Beliau juga menimbulkan keraguan tentang bagaimana Selangor Pakatan boleh menguruskan semua 'grand' pelan di bawah bajet yang 'seimbang'.

Tetapi pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain berkata ia tidak sukar. "Helahnya adalah tidak menggAMALKAN rasuah dan gunakan kesemua wang tersebut dengan betul. Ia menghasilkan perbezaan yang besar," naib presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Doktor peribadi Michael Jackson bersalah,penjara 4 tahun


Dr Conrad Murray digari selepas juri mengumumkan keputusan mereka dalam perbicaraan berkenaan kematian Michael Jackson, semalam.


LOS ANGELES, 8 Nov — Doktor peribadi Michael Jackson didapati bersalah menyebabkan kematian penghibur tersohor itu dua tahun lalu.
Dr Conrad Murray, 58, dibawa keluar dari mahkamah dengan digari selepas juri Los Angeles, pada akhir perbicaraan selama enam minggu, mencapai keputusan sebulat suara.

Doktor itu yang berhadapan dengan hukuman penjara selama empat tahun akan dijatuhkan hukuman pada 29 November ini.

Dia didakwa melakukan pembunuhan tidak sengaja ke atas Jackson pada 25 Jun 2009.

Murray sebelum ini mengaku tidak bersalah kerana memberikan penyanyi “Thriller” satu dos maut ‘anaesthetic propofol’ yang terlalu aktif — yang biasanya digunakan dalam pembedahan - yang diputuskan sebagai punca utama kematian raja pop itu.

Pendakwa berhujah bahawa Murray bertindak cuai dalam menguruskan bahan itu untuk membantu Jackson tidur. Bagaimanapun peguam pembela pula mendakwa Jackson sendiri yang mengambil dos tersebut.

Ekoran keputusan juri, hakim mengarahkan Murray, yang dibebaskan dengan diikat jamin sejak dua tahun lalu, ditahan sehingga hukuman dijatuhkan akhir bulan ini.

Murray yang tidak memberi keterangan dalam perbicaraan, tidak menunjukkan apa-apa perasaan ketika keputusan diumumkan.

Ibu Jackson, Katherine dan kakak mendiang Rebbie menitiskan air mata ketika keputusan dibacakan.

Jackson ditemui mati di rumah agamnya di Los Angeles pada 25 Jun 2009 ketika berusia 50 tahun, kira-kira tiga minggu sebelum memulakan siri konsert di London. — Reuters

07 November 2011

MARINA MAHATHIR SELAR TV3

Marina Mahathir selar media, Seksualiti Merdeka bukan promo seks bebas


Ambiga Sreenevasan bercakap kepada media selepas kenyataan diambil polis di pejabat Tenaganita di Jalan Gasing, Petaling Jaya petang ini dengan ditemani (dari kiri) Maria Chin Abdullah, Irene Fernandez, Pang Khee Teik dan Marina Mahathir. ― Foto oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 7 Nov ― Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyama jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.
Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.

“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.

Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.

Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.

Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.

“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.

“Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?” kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.

Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.

“Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.

“Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini,” kata beliau.

“Jaga-jaga, TV3.”

BLOGGERS PRO-UMNO DILIWAT !?

PANAS!! Pihak Mana Yang Meliwat Bloggers?!
Riuh rendah sekarang ni, pihak blogger pro kerajaan (termasuk Mc). Mendakwa, ada pihak yang telah mengaut keuntungan besar hasil daripada penjualan nama-nama blogger.
Maknanya hasil daripada titik peluh blogger yang berjuang, mengorek isu 24 jam sehari + 7 hari seminggu telah diraih oleh pihak lain. Kiranya kes kebas hasil tuaian orang lain.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Orang lain buat kerja penat nak mampus, orang lain pula yang mengaut untung hingga kaya raya. Maklumlah mereka mempunyai akses untuk keluar masuk JPM dan agak rapat dengan pihak berwajib. Mereka mengunakan peluang ini untuk menipu dan mendakwa blogger2 pro kerajaan ni dibawah jagaan mereka.

Mc sendiri pernah di hubungi pihak tertentu yang mendakwa mereka ini dari JPM dan meminta pengenalan diri untuk mengenal pasti kita. Kemudian dengan alasan yang sangat budiman, pihak ini berjanji akan membantu blogger dari segi kemudahan dan juga elaun.

Namun sudah hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Apa yang dijanjikan hanyalah mitos kosong yang cuma menyedapkan telinga. Sedangkan hakikat sebenar, habuk pun takdak.

Sudah la apa pun takdak, tiba2 dapat pula berita mengenai ada orang yang menjual nama blogger untuk dapat meraih claim dari JPM. Siapa la yang tak panas?

Harap kepada orang yang tahu mengenai perkara ini dan tahu mengenai individu yang busuk itu. Dedahkan segera!! Jangan sampai nasi menjadi bubur baru nak bertindak, kalau sampai tahap tu, agaknya semua dah terlambat.

Blogger sepatutnya menubuhkan satu pertubuhan khas untuk membela nasib2 blogger yang terainaya dan membela semua blogger yang berdaftar dibawahnya. Jangan harapkan UMNO, kerana UMNO, sememangnya lambat dari segala hal. Biasala kerajaan..

Baru-baru ni ada pihak dari UMNO pusat menghubungi Mc dan menawarkan bantuan dan perkara yang sama seperti diatas. Semuanya masih dalam perbincangan. Namun pengalaman mengajar kita. Alhamdullilah kalau ada yang sudi dan ikhlas (tanpa sebarang agenda) membantu blogger persendirian macam Mc ni.


McTheory:
Duit punya pasal, halal haram pun depa tolak tepi
sumber : http://kedahkekl.blogspot.com/

Saifuddin: Rakyat muak dengan politik tanpa integriti


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bimbang ketandusan integriti di kalangan ahli politik akan menambah rasa jelak rakyat terhadap politik negara sehingga mereka memulau pilihanraya umum akan datang.

Jika ini berlaku, katanya, pembangunan Malaysia akan terjejas kerana parti yang menang hanya mendapat mandat rakyat minoriti tetapi ditolak oleh segmen terbesar penduduk yang bertindak menolak proses demokrasi itu.

"Yang saya bimbang nanti, yang mengundi itu adalah minoriti sebab majoriti tidak mengundi dan tidak kisah tentang politik. Kita mungkin akan mencetuskan suasana di mana negara akan berjalan tetapi sistem-sistem tertentu akan bertemu dengan banyak halangan.

“Ini kerana setiap kali kerajaan membuat keputusan, tidak kiralah kerajaan mana atau parti mana memerintah, majoriti rakyat tidak akan bersetuju (dengan keputusan itu),” kata Saifuddin dalam wawancara eksklusif dengan AntaraPos.com.

Adalah dianggarkan hampir empat juta rakyat daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka adalah generasi belia.

“(Apabila) majoriti rakyat tidak bersetuju, itu akan membantutkan pembangunan," katanya.

Politik melampau

Saifuddin juga membayangkan keadaan sebegitu tidak mustahil akibat politik melampau yang

diamalkan sehingga menebalkan sikap acuh tak acuh rakyat terhadap arena politik negara.

Justeru, menurut beliau, ahli politik mempunyai tanggungjawab mendokong perjuangan yang menzahirkan nilai-nilai murni dan bukan yang menambah rasa sinis rakyat terhadap ahli politik dan parti yang mereka wakili.

"Kalau kita sesama kita boleh tingkatkan integriti, termasuk juga idealisme perjuangan dan kualiti dalam perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri, kalau kita boleh tingkatkan secara bersama, misalnya dalam parlimen, kita (boleh) berdebat dengan bahasa yang indah.

"Barulah kita lihat status parlimen sebagai institusi membuat undang-undang yang tertinggi. Kalau kita berbeza pandangan pun, kita bersetuju untuk berbeza pandangan dengan harmoni. Tidak perlulah sampai jerit menggunakan perkataan yang tidak elok,” katanya.

Menurut Saifuddin, perilaku tidak senonoh dalam parlimen tentunya menyuburkan rasa sinis di kalangan rakyat terhadap politik.

"Dia sinis bukan sahaja kepada pihak tertentu tetapi dia sinis kepada parti politik. Jadi apabila saya melihat kenapa orang muda tidak mahu mendaftar sebagai pemilih, saya bimbang bahawa itu sebab utamanya.

"Dia menjadi putus asa dengan politik dan ini malang kepada masa hadapan negara kalau orang muda sudah menolak politik. Maka kita tidak mahu terjadi yang mengundi dalam pilihanraya itu adalah minoriti," katanya.

Sudah muak

Saifuddin berkata fenomena generasi belia semakin muak dengan aliran politik negara memang wujud, jika “sesi-sesi teh tarik” beliau dengan golongan muda dijadikan sandaran.

Sesi-sesi itu menunjukkan adanya belia yang " tidak percaya politik langsung dan ada yang tidak percaya parti- parti politik tertentu.

"(Bagi mereka) majoriti orang politik sama sahaja. Mereka kata orang politik ini suka cakap sahaja tetapi tidak buat dan selepas itu begitu begini dan sebagainya.

"Jadi bila saya tanya sudah daftar sebagai pemilih? Saya tidak mahu daftar (jawap mereka); ditanya lagi kenapa? Mereka menjawab saya tidak mahu mengundi. Buat apa undi, mereka kata, tidak jadi apa pun. Jadi ini yang saya katakan "sinis" atau skeptik terhadap politik," kata Saifuddin.

Walaupun tidak mempunyai angka lengkap mengenai jumlah golongan yang sinis terhadap politik negara dan tidak mahu mengundi, Saifuddin tetap bimbang.

"Katakanlah setiap bulan saya buat dua sesi pertemuan dan setiap kali itu bertemu dengan 20 orang, maknanya katalah 10 kali bertemu, maka dalam 10 kali bertemu itu, saya jumpa dua orang yang berprinsip begitu, maka angka itu besar ya," katanya-mk

KERAPU KERTANG DIJUAL RM16,000 SEEKOR

Jual seekor ikan kerapu dapat untung RM16,000
SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam.

IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.

Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.

Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.

Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.

KITA BUANG SAJA PERLEMBAGAAN JADIKAN NEGARA NEGARA DIKTATOR

Aziz Bari: Menteri bias, saya sedia muncul di pentas Umno


KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya.

Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih “dalam kerangka dan idea” yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz (gambar) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno.

“Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Malah Aziz juga berkata, “tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?”

Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti,” kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, “saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled.”

Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama.

Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah.

“Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?” katanya lagi.

Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian.

“Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar,” katanya lagi.

“Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan,” kata Aziz lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Aziz pula menjawab, “saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled.”

Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat.

Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Tambah Khaled, antara yang hadir adalah ahli Umno Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIA berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja awal Ogos lalu.

Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Siasatan polis dan UIA dilaporkan sudah selesai.-TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...